Sebagai pelajar Universiti atau pekerja yang baru menceburi alam pekerjaan, kita sangat mementingkan nilai samada kecil atau besar. Dengan jumlah tanggungjawab dan komitmen yang semakin bertambah selari dengan usia yang semakin meningkat, maka adakah pengetahuan dan pengurusan kewangan kita juga meningkat?
1. Menabung
Mulakan tabiat simpanan ke dalam akaun walaupun dengan jumlah kecil. Untuk memastikan kewangan kita didalam keadaan yang stabil, maka teknik menyimpan ini haruslah dilakukan secara berdisiplin.
2. Elakkan Berhutang
Elakkan berhutang atau menangguh pembayaran. Hal ini kerana, kerap berhutang akan menyebabkan hutang tersebut bertambah dan tidak akan mampu menyelesaikan masalah kewangan dengan baik, sekaligus akan semakin berkurang wang simpananya. Pastikan setiap hutang direkod untuk mengelakkan sebarang penipuan.
3. Catat Setiap Wang Keluar Masuk.
Sediakan buku nota kecil dan catat setiap sen yang keluar, atau lebih mudah sekiranya kita menggunakan aplikasi money changer. Mengapa pentingnya mencatat setiap yang sen yang keluar? Hal ini demikian kerana, kita dapat mengenalpasti kemana wang dikeluarkan dan digunakan.
4. Mengutamakan Keperluan
Antara perkara penting dalam menguruskan kewangan adalah dengan tidak berboros. Hal ini demikian kerana, mengutamakan keperluan daripada kehendak akan membantu kita dalam berjimat .