Suami Miskin, Isteri Masih Setia, Rahsianya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Sebelum kahwin, saya ada duit.. Mungkin menjadi faktor wife mahukan saya.. Ni andaian saya sahaja, dan bagi saya.. tak kisahlah macammana pun..
.
Tapi waktu nak berkahwin.. bisnes saya jatuh dan duit habis langsung.. Bank saya langsung takde duit.. inilah saatnya mungkin cinta dia teruji.
.
Tapi dia belanja semua.. duit kenduri, duit makan minum transport sepanjang duduk di Thai sebulan. Sampai kering duit simpanan dia sendiri..
.
Saya tanya, kenapa masih mahu kahwin dengan saya.. Nak beli cincin pun tak mampu..
.
Katanya.. (Rahsia.. Takleh cerita)
.
Selepas itu, sy kata pada dia..
.
Yang jatuh itu hanya bisnes..
Abg masih berdiri..
.
Sejak itu,
.
Saya bina balik bersama dia, Dan kini bisnes sales beratus ribu setiap bulan berbanding puluhan ribu sebelum berkahwin..
.
Rahsianya dimana?
.
Rahsianya, suami isteri mampu membina apa sahaja jika merancang dan melaksana bersama..
.
Kerana suami isteri akan saling menjaga, saling melengkapi, saling menasihati dan menerima..
.
Jadi, kepada suami isteri di luar sana.. ampa juga boleh bina apa sahaja jika dilakukan bersama..
.
Para suami, jangan mengejar wanita lain.. Hadirnya seorang isteri sudah cukup untuk menjaga nafsu kita. Fokuslah pada impian bersama isteri.
.
Dan para isteri, jangan berhenti memikat suami dan jadilah seseorang yang menyempurnakan impian bersama.
.
Harapan saya kepada tuan hamba semua.. Kenali lah diri dan tuan hamba akan jumpa jalan tuan hamba sendiri.. Walaupun di luar sana ada banyak jalan.. ur path is only one.

Rujukan: Mfa Mohamad Faez Azizan

Masjid Di Hatiku

بَشِّرِ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Riwayat Abu Daud (561)

Lagi Artikel

Ikut Kami