Rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Rezeki masing-masing dah ditetapkan.
Jangan sedih, mungkin Allah nak kita perbanyakkan hal Akhirat kita supaya dari situ Allah bagi rezeki Dunia yang lebih luas pada kita.

Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.

Begitu juga, apabila diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah dan pelbagai rintangan lain, hati tetap sabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.

Manakala bagi yang tidak bersyukur, bermakna mereka kufur kepada nikmat Allah SWT, merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan mudah dihasut oleh syaitan.

Mengkhianati amanah yang diberi, tamak dengan harta, sentiasa merasa tidak puas melihat kesenangan orang lain dan tidak takut kepada azab Allah SWT.

Oleh itu, jadilah hamba yang bersyukur kerana mengetahui segala nikmat datangnya daripada Allah SWT dan menterjemahkan rasa syukur dengan menggunakan kurniaan itu pada jalan yang diredai-Nya.

Sudahkah kita bersyukur semalam? Jom bersyukur hari ini! ❤️

Jangan lupa baca Quran ya!

Masjid Di Hatiku

بَشِّرِ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Riwayat Abu Daud (561)

Lagi Artikel

Ikut Kami