Nurflix? Bunyi Macam Netflix tapi Ini versi Islamik.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Nurflix merupakan platform streaming video yang akan bermula pada Oktober ini dengan siara percuma selama tiga bulan. Pengerusi Nurflix, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohd Tahir berkata, tempoh tiga bulan itu dierikan agar Nurflix boleh mendapatkan maklumat balas sekali gus menambah baik khidmat dan menetapkan harga langganan pada kadar mampu.

Apa yang menarik dengan Nurflix?

Platform ini dibangunkan sebagai platform hiburan dengan kerjasama antara golongan ulama’ dengan karyawan Industri Kreatif.

Menurut Pengerusi Nurflix  lagi, dalam arus kemodenan serta perkembangan platform streaming dalam talian sekarang yang sangat mencabar dengan lambakan konten-konten yang tidak selari dengan tuntutan agama, hal ini menjadi kebimbangan buat anak-anak dalam memilih bentuk hiburan yang sesuai.

Namun, dengan Nurflix, beliau menjamin kandungannya akan ditapis dengan sebaiknya menerusi panel penasihat kandungan yang dipanggil Nurpath. Hal ini bagi memastikan setiap kandungan menepati nilai-nilai Islam berteraskan akidah, adab dan akhlak serta selamat ditonton oleh pelbagai golongan.

Untuk peringkat permulaan, sebanyak 12 tajuk daripada pelbagai jenis kategori termasuk drama dan filem akan disiarkan. Nurflix.TV akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2021.

Masjid Di Hatiku

بَشِّرِ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Riwayat Abu Daud (561)

Lagi Artikel

Ikut Kami