Soalan: Adakah benar pernyataan berkenaan dengan “Menuntut Ilmu dari Buaian ke Liang Lahad” merupakan dari Hadis Nabi SAW.?
اطْلُبُوا العِلمَ مِنَ المَهدِ إِلى اللّحْدِ
Maksudnya : “Carilah (tuntutlah) ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.
Jawapan:
Islam amat menggalakan umatnya untuk menuntut ilmu sedari kecil lagi. Bahkan di dalam kehidupan seharian kita, kita sangat memerlukan ilmu pengetahuan walau hanya untuk sekecil-kecil perkara. Namun, pernahkah anda mendengar ungkapan “Menuntut ilmu dari buaian ke liang lahad”?.
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah telah menerangkan perihal “Menuntut ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” bahawa ia bukanlah hadis Nabi SAW, bahkan ia cuma adalah perkataan yang direka oleh manusia biasa dan tidak boleh disandarkan atas Nabi SAW. Ia adalah hadis palsu yang masyhur di lidah-lidah manusia. namun yang menghairankan adalah apabila karya-karya yang disusun berkaitan hadis-hadis yang masyhur tidak menukilkan hadis ini.” [Qimah al-Zaman , 30]
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa “Menuntut ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” bukanlah datangnya dari potongan hadith, bahkan ia juga termasuk didalam kategori Palsu. sesungguhnya menuntut ilmu wajib ke atas semua muslim tidak mengikut pangkat umur seseorang kerana tanpa ilmu, manusia akan hidup didalam kegelapan.
Wallahua’lam
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan