Kubalas Lemparan Batu Dengan Sekuntum Bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Masih terngiang-ngiang kata-katanya sewaktu kami bergaduh tempoh hari,

“kau ni muka dah lah tak cantik, kerja pun tak ada, kau ingat ada lelaki nak pandang kau ke?”

Aku seperti biasa hanya diam hingga mengalir air mata, sebak dalam hati Tuhan sajalah yang tahu..  Entah apa yang tak kena di matanya sedangkan ini kehidupanku, kenapa dia pula melebih? Haih…. Lebih kuah dari sudu!

Hari demi hari aku tanam kebencian dalam hati untuknya. Kata-katanya tidak patut! Aku ni berteman dengannya sudah lama, sampai hati dia hembur kata sedemikian rupa!

Sudah empat hari kami tidak bertegur, bukan dia yang tidak mahu menegur, tetapi aku lah yang menjauh darinya.

Patutkah aku begini? Ya Allah, Islahkan jiwa ini agar tidak membenci sesama sendiri.. tetapi hati ini masih terluka. Perlukah aku menegurnya seperti biasa?

Aarghhh, biarlah. Aku tak peduli!

Tanganku menggapai telefon bimbit, aplikasi facebook sahaja yang terlintas di benak fikiran.

Sedang aku membaca dan melihat posting-posting yang lalu di feed, mataku tertangkap satu kata-kata..

Aku tersentak seketika. Allahu.. aku terlalu ikutkan perasaan. Aku mulai sedar, dalam hidup ini tiada yang sempurna, manusia tak pernah terlepas dari berbuat salah. Aku sebagai seorang muslim perlulah berlapang dada dan bersikap lebih memaafkan.

Walau dicaci dan dihina, maafkanlah..

Maafkan, bukan menyimpan dendam.

Seharusnya, kubalas lemparan batu dengan sekuntum bunga, itulah antara contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketikamana terlalu banyak penderitaan dan cemuhan yang Baginda terima, tetap Baginda berbuat baik

Tuhan, maafkan aku kerana terlalu beremosi.

أستغفر الله العظيم

Masjid Di Hatiku

بَشِّرِ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Riwayat Abu Daud (561)

Lagi Artikel

Ikut Kami