Sejahat-jahat manusia pasti ada sekelumit rasa untuk berubah menjadi baik.
Apabila mati orang tuamu, maka hilanglah satu doa yang mustajab.
Adik-beradik dan saudara mara merupakan aset terdekat untuk kita berbuat kebajikan dan memberi kebaikan.
Jika rakanmu berbuat salah, tentu sedikit sebanyak hatinya berasa menyesal dan ingin membetulkan kesilapannya.
Allah maha besar rahmatNya, meski dosamu tinggi melangit, namun pengampunannya seluas alam semesta.
Hidup ini sangat singkat, tidak perlu untuk bermasam muka. Jika berselisih faham, segera jernihkan ia. Jika ingin berbuat kebaikan, jangan berkira, tak perlu ditangguh atau berfikir lama.
Jagalah silaturrahim kerana kelak ia akan menjadi kenangan semata-mata.
Senyumlah dan maafkanlah orang-orang yang bersalah kepadamu, kerana seburuk-buruk sikapnya, pasti ada sekelumit rasa bersalah atas perilakunya.
Sentiasalah memohon rahmat dan pengampunan Allah kerana kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia.
Menjaga hati daripada berkarat dan terpengaruh dengan anasir-anasir yang buruk bukanlah satu pilihan tetapi ia satu kemestian. Pada hati itu cerminan diri, jika elok sekeping hati maka eloklah sekujur jasadnya. Antara tips untuk mendapatkan hati yang baik dan suci adalah dengan melazimi dan menghayati bacaan al-Quran. Jangan sesekali membiarkan hari-hari yang kita lalui, sunyi daripada membaca Al-Quran.
Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya jiwa seorang lelaki yang tidak didiami sesuatu dari al-Quran adalah seumpama rumah yang roboh.”
Jika mendambakan hati yang kuat, jiwa yang kental sentiasalah melazimi bacaan al-Quran tidak kira sesibuk mana pun kita bekerja atau kita belajar, cubalah sedaya upaya untuk membaca al-Quran sekurang-kurangnya dua muka surat sehari. Jika tidak mampu, satu muka surat sehari juga memadai.
Sesungguhnya, sangat berbeza di antara hari-hari yang diisi dengan al-Quran dengan hari-hari yang tidak diisi dengan Al-Quran. Pasti, hari yang dimulakan dengan bacaan al-Quran terasa lebih tenang, lebih mudah dan lebih proaktif berbanding hari yang tidak dimulakan dengan bacaan Quran.
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya,
lalu berpesan,”Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.
Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.”
Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.
Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik.
Lalu bertanya,Si ibu : “Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?”
Jawab si adik: “Saya ikut pesanan ayah.”
Si ibu : “Apakah pesanan ayahmu?”
Jawab si adik : “Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.”
“Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
“Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula,
lalu bertanya.Si ibu : “Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?”
Jawab si abang : “Saya ikut pesan ayah.”
Si ibu : “Apa pesanan ayahmu?”
Jawab si abang: “Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG.
Jadi , semua saya JUAL TUNAI.
Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.”
“Kedua , ayah berpesan. “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.” Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.”
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa. Rasulullah ﷺ bersabda: “Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Ahmad). Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, InsyaAllah kita akan memperolehi rumah di Syurga
#2 Berselawat Kepada Rasulullah ﷺ
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa bersholawat kepada baginda Rasulullah kerana bagi setiap sholawat, Allah akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya. “Barangsiapa yang bersholawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda”. (Hadis Riwayat Muslim)اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍDi dalam masa satu minit, kita boleh bersholawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan sholawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
#3 Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Allah akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ: “Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad). Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek (أستغفر الله العظيم)“Astaghfirullah hal adzhim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali
#4 Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WASAP sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang. Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.Sabda Nabi Muhammad ﷺ: “Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari)
#5 Lafaz Tasbih
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu:– سبحان الله و بحمده – – سبحان الله العظيم – “Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim.” (Hadis Riwayat Muslim). Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
#6 Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, InshaAllah Allah juga akan memberikan doa yang sama buat kita. Rasulullah bersabda ﷺ : “Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.” (Hadis Riwayat al-Thabarani)
#7 Sebarkan kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.Moga bermanfaat
Zaman sekarang bila sebut soal pernikahan, yang berlegar-legar di kepala ialah duit! Seringkali inilah yang menjadi kegusaran paling utama. Belum cerita bab hantaran, itu lebih menyesakkan kepala. Banyak persoalan yang mungkin bermain di fikiran, antaranya:
“sudah nikah nanti, isteri aku nak makan apa?”
“Duit rumah dan kereta macam mana?”
Akhirnya si lelaki menangguh-nangguh urusan pernikahan sedangkan hati sudah teramat cinta!
#1 Takut Miskin
Tahukah kalian bahawa salah satu tugas syaitan ialah menghembuskan ketakutan akan kemiskinan dalam diri anak adam, takut miskin kerana bersedekah. ia ada direkodkan dalam surah al-Baqarah ayat 268:
Maksudnya:” Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji.”
Jadi tidak mustahil, ketakutan kita untuk menjadi miskin setelah bernikah itu juga datangnya dari syaitan. Syaitan tidak suka melihat kita berbuat baik apatah lagi mendirikan masjid. Maka, dibisikkan banyak perkara sehingga mematikan fikiran untuk berfikir soal menghalalkan hubungan. Jangan berlama-lama dalam berhubungan kerana ia membuka ruang-ruang syaitan untuk menjerumuskan anak adam dalam lembah dosa.
#2 Kecukupan
Allah menjanjikan kecukupan bagi orang yang menikah sepertimana Firman-Nya dalam surah An-Nuur ayat 32:
Maksudnya: “Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kalian, dan orang-orang yang layak menikah dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan wanita. Apabila mereka miskin, Allah akan memberi kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya”
Perlukah kita berteka-teki tentang rezeki pada esok hari sedangkan Allah yang Maha Kaya memberi rezeki buat hamba-hamba-Nya?
HATI-HATI dengan tipu daya syaitan. Jika sudah suka, jika sama-sama sudah cinta dan sudah menepati hukum-hukum harus atau wajib menikah, Segerakan bernikah. Soal rezeki, serahkan pada Allah. Dia Maha Mengatur segala sesuatu.
Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun bererti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti.
Di dalam Al-Quran surah Al-Ahqaf juga ada disebutkan tentang umur 40 tahun:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun.”
Al-Tsa’labi rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Allah menyebutkan umur 40 tahun kerana ini sebagai batasan bagi manusia dalam keberhasilan maupun keselamatannya.”
Oleh itu, di dalam surah al-Ahqaf telah diberi panduan untuk manusia berdoa dengan doa berikut:
“Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau ridhoi, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertobat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim.”
(Qs. Al-Ahqaf 15)
Dalam ayat ini juga Allah berpesan supaya:
1. Berbakti kepada kedua ibu-bapa yang telah banyak berkorban. Pada usia menjejak 40 tahun, pasti ibu bapa sudah mencapai usia 60 tahun, pada usia begini, mereka perlu banyak bantuan dan perhatian. 2. Mensyukuri nikmat iaitu dengan beramal soleh yang diredhaiNya. 3. Bertaubat dan berserah diri, maksudnya tidak mahu lagi buat maksiat dan menyedari kita adalah hak Allah dan akan kembali kepadaNya. Maknanya apabila sudah mencapai umur 40 tahun sudah tidak ada dosa, sudah capai puncak keIslaman dan berjaya mendidik putera dan puterinya.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (QS. Ath Tholaq: 2-3)
Dalam ayat ini diterangkan bahawa Allah akan menghilangkan bahaya dan memberikan jalan keluar bagi orang yang benar-benar bertakwa pada-Nya. Allah akan mendatangkan padanya berbagai manfaat berupa dimudahkannya rezeki.
Rezeki adalah segala sesuatu yang dapat dinikmati oleh manusia. Rezeki yang dimaksud di sini adalah rezeki dunia dan rezeki akhirat.
Oleh itu, orang yang bertaqwa tidak pernah berasa miskin, mereka diberi kecukupan oleh Allah SWT juga diberi ketenangan jiwa.
Orang kata nak sekian-sekian. Kena buat sekian-sekian.
Kita pun buatlah segala macam yang disuruh.
Sebab apa kita ikut?.
Sebab nak berjaya. Sebab nak rezeki bertambah. Nak bisnes maju. Nak sales sejuta. Nak harta bertimbun. Nak naik pangkat.
Akhirnya, kita tak sedar terms “rezeki” yang kita inginkan semua tu berpaksikan material keduniaan semata.
Salah ke?
Tak. Tak salah kita nak minta semua tu.
Tapi, cuba betulkan balik mindset kita untuk apa kita buat semua amalan tu.
Kita betulkan dengan sentiasa meletakkan Allah di permulaan niat.
Lepas tu mintalah keberkatan masa dalam hidup. Dikurniakan rahmat dan redha-Nya. Boleh menjadi sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Pendek kata mintaklah sesuatu yang boleh bawa manfaat di akhirat. Bila bermatlamatkan akhirat, Allah akan cukupkan urusan di dunia.
Moga-moga Allah selamatkan kita daripada tipu daya dunia dan menjadikan kita mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Maksudnya : “Wahai Rasulullah! Aku berkehendak pergi ke medan perang dan sungguhnya aku datang untuk mendapatkan pandangan tuan. Maka bersabda Rasulullah : Adakah kamu masih mempunyai ibu? Jawabnya : Ya. Rasulullah bersabda : Maka kamu berkhidmatlah untuknya dan berbuat baik kepadanya maka sungguhnya syurga itu di bawah kedua telapak kakinya.”
Hadith ini diriwayatkan oleh An-Nasaaie di dalam Sunannya dan Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan Ibnu Majah di dalam Sunannya dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Kabir.
Maksud syurga di bawah tapak kaki ibu itu sebagaimana berkata oleh Imam Munawi :
الأمهات يُلتمس رضاهن المبلغ إلى الجنة بالتواضع لهن، وإلقاء النفس تحت أقدامهن والتذلل لهن
Artinya : “Bermula segala ibu itu dituntut akan redhanya yang menyampaikan kepada syurga ialah dengan merendah diri bagi mereka dan mencampakkan diri di bawah kemulian mereka dan tidak sombong terhadap mereka.” (Kitab Faidul Qadir)
Kita berdoa dengan harapan dimakbulkan kerana kita yakin, kita punya Tuhan yang maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Kekasihnya juga menyatakan bahawa doa adalah senjata bagi setiap mukmin. Seringkali, apabila ditimpa musibah kita berdoa minta dikuatkan, apabila inginkan sesuatu kita berdoa minta dipermudahkan. Namun dalam berdoa, perlu dititikberatkan beberapa adab agar permintaan dimakbulkan sesuai harapan.
#1 Langitkan doa bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain
Dulu, orang arab jahiliyah berdoa begini:
اللهم ارحمني ومحمدا ولا ترحم أحدا
ya allah rahmati kami dan Muhammad, dan janganlah rahmati orang lain selain kami.
Jangan jadi seperti orang arab jahiliyah yang hanya berdoa untuk diri mereka bahkan untuk kelompok mereka. Tetapi berdoalah untuk seluruh umat. Walaupun kita berbeza, tetapi kita menebar doa untuk semua.
Sedangkan ikan di laut turut meminta ampun pada Allah untuk manusia yang mengajak kepada kebaikan, semut-semut di dalam sarang meminta ampun untuk orang yang berbuat baik apatah lagi kita sesama manusia.
#2 Berdoa dengan yakin dan bersungguh-sungguh
Tunjukkan kesungguhan, tadah tangan dengan betul, jangan sekadarnya sahaja. Tunjukkanlah bahawa kita sungguh-sungguh meminta. Allah terlalu luas kasih sayangnya. Bayangkan, jika kita punya anak, lalu anak kita meminta-minta mainan di pasar raya, sudahlah si anak sentiasa mendengar kata, meminta dengan bersopan tanpa membentak-bentak di hadapan orang, kita sebagai orang tua pasti berusaha untuk membelikannya.
Apatah lagi Allah ar-Rahman ar-Rahim?
#3 Tetap berdoa walau belum dikabulkan
Jangan sombong atau futur dalam berdoa. Jangan sesekali terlintas di dalam hati “yang lama masih belum dikabulkan kenapa nak berdoa lagi?”
sayyidina Umar al khattab berkata
“aku tidak tahu sama ada doaku dikabulkan atau tidak, namun aku terus berdoa kerana aku yakin doa itu ibadah.
#4 Berdoa dengan merendah diri
ادعو ربكم تضرعا وخفية
Surah Al-A’raf:55
Salah satu adab meminta adalah dengan merendah diri bukan membentak dan meninggi diri. Bayangkan jika kita bawa proposal untuk membentangkan cadangan kepada Dato’ atau Tan Sri, pasti kita datang dengan merendah diri.
Begitu juga jika kita ingin berdoa kepada Allah, Tuhan yang meminjamkan udara untuk kita bernafas setiap hari, WAJIB kita meminta pada-Nya dengan perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya. Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar, dengan kemalasan, dengan samar-samar keyakinan, terus bagaimana Allah ingin mengkabulkan?
Kesimpulan
Doa menjadikan seseorang itu tidak bangga, kerana ia yakin bahawa jika ia berjaya, sesungguhnya doanya dikabulkan dan kejayaan itu ada campur tangan Tuhan, jika tidak berjaya, dia tidak stress kerana dia yakin senario yang Allah titipkan lebih indah dari apa yang dia minta dan sangkakan.
Sejak Covid-19 membantai seluruh dunia, masjid-masjid dan surau-surau ditutup serta merta. Orang ramai tidak boleh pergi ke masjid apatah lagi beribadah di dalamnya. Solat berjemaah di rumah, Solat jumaat dimansuhkan buat sementara waktu. Laungan azan tanda masuk waktu sayup-sayup kedengaran dengan lafaz shallu fi buyutikum (solatlah kalian di rumah masing-masing).. Ramai menyuarakan sebak, ada juga yang membentak dan ada juga yang mula menyatakan rindu untuk berjemaah bersama di masjid.
Namun, hikmah di sebalik semua yang berlaku, ukhuwah antara keluarga dapat dieratkan, yang dulu solat berasingan kerana kesibukan kerja, kini sudah mula berjinak-jinak untuk berjemaah bersama keluarga. Rentetan hal ini, ‘Masjid’ ada di mana-mana.
Perlu diingat, istilah masjid jika dalam konteks bahasa arab membawa makna tempat sujud. Maka, dalam mendepani situasi wabah seperti ini, tetaplah bersyukur walau hanya solat di rumah. Tetaplah bersyukur kerana berpeluang meluangkan masa dengan insan-insan berharga di rumah serta solat bersama-sama.
Bukankah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) pernah bersabda,
“Seluruh bumi adalah masjid, kecuali kubur dan tandas”
(HR. Tirmidzi no. 317, Ibnu Majah no. 745, Ad Darimi no. 1390, dan Ahmad 3: 83. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).
Apa yang dikatakan Nabi Muhammad SAW tersebut juga menandakan pesan agung tentang ibadah yang selayaknya tidak dibatasi hanya oleh bentuk dan rupa ruang yang menjadi tempat kita bersujud.
KUALA LUMPUR: Program Malaysia #QuranHour yang berlangsung sejak 30 Ogos ini bertujuan memantapkan lagi akhlak umat Islam sebagaimana tuntutan Islam sebagai agama yang sejahtera.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Marhaini Yusoff berkata pada masa yang sama juga program itu membawa misi untuk membuka fikiran umat Islam supaya lebih yakin berbicara tentang al-Quran.
“Sebenarnya apa yang kita buat adalah menyampaikan kebenaran ataupun orang nak tengok nilai daripada Quran itu dalam karakter dan akhlak kita. Kita tidak mahu beri persepsi yang salah, bukan main warak suka baca Quran tetapi dari segi karakter tidak menunjukkan orang yang baca Quran.”
Kita kasar, bila orang provokasi sikit kita balas dengan dahsyat. Kita tak mahu macam itu. Jadi itu juga yang kita tengok dalam ciri kedua (iaitu) berbudi bahasa, meski pun orang provokasi, kita kena tenang,”
Program Malaysia #QuranHour ke-6 mulai 12 tengah hari hingga 1 tengah hari akan disiarkan secara langsung menerusi TV AI-Hijrah, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV dan Astro Oasis serta di Facebook Sinar Harian, QuranHour dan TV AI-Hijrah.Sebagai tanda solidariti bersama, umat Islam boleh mengambil gambar sendiri atau bersama keluarga dan rakan dengan mengekalkan jarak fizikal dan memuat naik ke dalam media sosial menggunakan tanda pagar Malaysia #QuranHour
Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampaikan ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF).
2. Mufti Menk
Nama sebenarnya ialah Ismail ibnu Musa Menk, ataupun lebih dikenali dengan nama Mufti Menk. Beliau ialah mufti dari Zimbabwe. Mufti Menk merupakan imam di Masjid Al Falaah, salah satu Masjid terbesar di Harare. Kegiatan Mufti Menk yang lain adalah mengajar di Darul Ilm di Harare serta menghadiri banyak persidangan agama dan juga seminar.
3. Nouman Ali Khan
Nouman Ali Khan merupakan seorang pendakwah Islam berketurunan Pakistan-Amerika, seorang pengarang, Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua pengajar di Bayyinah, Institut Bahasa Arab dan Pengajian Quran.
4. Yasmin Mogahed
Yasmin Mogahed dikenali dengan penyampaiannya yang bersifat reflektif sama ada melalui buku-buku yang ditulis atau ceramah yang disampaikan. Beliau merupakan seorang graduan dalam bidang Psikologi manakala Ijazah Sarjananya pula dalam bidang Komunikasi dan Kewartawanan dari Universiti Wisconsin-Madison. Kini, beliau menjadi salah seorang pengajar di Institut AlMaghrib, penulis di Huffington Post, penceramah antarabangsa, dan juga pengarang. Beliau menumpukan soal spiritual dan pembangunan diri dalam hasil kerjanya.
5. Bilal Philips
Abu Ameenah Bilal Philips ialah seorang pendakwah Islam kelahiran Jamaica, dibesarkan di Kanada dan sekarang menetap di Qatar. Beliau kerap muncul di Peace TV, iaitu saluran TV satelit Islam 24 jam. Beliau masuk Islam pada tahun 1972. Pada awal tahun 1990 beliau mendapat anugerah PhD dari Universiti Wales.
Kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s yang terkandung di dalam Al-Quran sangat menarik untuk dijadikan pedoman dan pengajaran lebih-lebih lagi dari aspek pendidikan. Kisah ini diceritakan pada surah al-Kahfi ayat 60-82, di dalam ayat-ayat ini dapat dilihat bahawa Nabi Khidir a.s telah diberi anugerah ilmu oleh Allah ta’ala yang tidak diketahui oleh Musa a.s.
Sepanjang Nabi Musa a.s mengikuti Nabi Khidir a.s dan berharap Nabi Khidir a.s dapat mengajarnya perkara-perkara yang tidak diketahuinya, berlaku beberapa keadaan yang telah dilakukan oleh Nabi Khidir yang mana pada pandangan Nabi Musa a.s ia tidak patut dilakukan. sebagai contoh sewaktu Nabi khidir a.s melubangkan perahu, membunuh anak kecil, dan membina tembok yang hampir roboh, segalanya menurut Musa as adalah salah sedangkan ilmunya dengan ilmu Nabi Khidir adalah berbeza.
Justeru, Nabi Musa a.s bertanya banyak hal serta mempersoalkan tindak tanduk nabi Khidir a.s.
Oleh itu dari kisah ini, dapat kita ambil beberapa pengajaran seperti adab dalam menuntut ilmu.
#Pertama Bersangka Baik Kepada Guru
Firman Allah SWT:
“Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami, yang Kami berikan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya satu ilmu; dari sisi Kami”. (Surah Al-Kahfi, ayat 65)
Walaupun sesetengah perbuatan guru itu terlihat buruk di mata kita, sentiasalah husnuzhon kerana guru lebih ‘alim dan berpengetahuan berbanding kita. Jangan cepat melatah dan menyalahkan, tetapi ambillah hikmah diam pada awalnya lalu bertanyalah tanpa menyinggung perasaan guru tersebut.
#Kedua Mematuhi arahan guru
“Ia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatu pun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”. (Surah Al-Kahfi, ayat 70)
Ayat ini menunjukkan bahawa Nabi Khidir a.s telah meletakkan syarat kepada Nabi Musa a.s bahawa Nabi Musa tidak boleh bertanya apa-apa soalan selagi Nabi Khidir tidak menceritakan. Walaubagaimanapun, Nabi Musa tidak mematuhi arahannya dan sentiasa bertanyakan tindak tanduk Nabi Khidir a.s.
#Ketiga Bersabar dalam menuntut ilmu
Ia menjawab: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?” (Surah Al-Kahfi, ayat 72)
Bersabar dalam menuntut ilmu merpakan satu sifat mulia. Dengan bersabar, manusia dapat mengharungi rintangan dan halangan dalam menuntut ilmu. Tambahan pula, setiap suruhan atau larangan guru, kita mestilah mematuhinya dengan penuh sabar dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Soalan: Bolehkah Seorang Wanita Memakai Gelang Kaki?
Jawapan:
Berkenaan perhiasan dengan memakai rantai atau gelang kaki bagi perempuan, Allah SWT melarang perempuan menghentakkan kaki supaya gelang kaki itu berbunyi dan bertujuan menarik perhatian lelaki, Firman Allah SWT:
Maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah al-Nur, 31)
Dr. Wahbah Zuhaili dalam menafsirkan ayat di atas menyatakan: “Pemakaian gelang kaki dan menghentak kaki dengan mengeluarkan bunyi bertujuan untuk untuk menarik perhatian lelaki, perbuatan ini adalah dilarang untuk menunjukkan perhiasan dan ini juga merupakan dalil larangan melunakkan suara bagi perempuan. (Lihat al-Tafsir al-Munir li Zuhaili, 18/212)
Kesimpulan:
Perbuatan menghentak kaki atau menggoyangkan tangan supaya mengeluarkan bunyi pada gelang yang dipakainya untuk menarik perhatian golongan lelaki, maka perbuatan itu merupakan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Begitu juga sebaliknya, sekiranya memakai gelang kaki atau tangan bertujuan untuk menarik perhatian suaminya maka perbuatan itu diharuskan. Selain itu, pemakaian gelang kaki atau tangan yang berloceng pada kanak-kanak perempuan bertujuan untuk pengawasan, maka kami berpendapat ianya diharuskan.
Ini juga boleh dikaitkan dengan pemakaian kasut bertumit tinggi, apabila berjalan dapat mengeluarkan bunyi sehingga boleh menarik perhatian lelaki, maka perbuatan itu juga diharamkan kerana ia juga termasuk di dalam larangan ayat di atas. Dan sekiranya sebaliknya maka ia diharuskan.
Soalan: Batalkah solat sekiranya membaca bacaan sujud ketika ruku’ dan sebaliknya?
Jawapan:
Jumhur ulama’ mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi menyebutkan bahawa bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud adalah sunat dan bukannya wajib. Apabila seseorang tidak membaca atau meninggalkannya samada secara sengaja atau tidak, maka ia sama sekali tidak membatalkan solat. Bersalahan dengan mazhab Hanbali yang menyatakan bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud adalah wajib. (Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 3/414).
Berkata Imam Al-Nawawi: “Bacaan tasbih dan zikir-zikir yang lain ketika rukuk dan sujud dan perkataan “سَمِعَاللَّهُلِمَنْحَمِدَهُوَرَبَّنَالَكَالْحَمْد” dan takbir-takbir selain dari takbiratul ihram adalah sunat dan bukannya wajib. Maka sekiranya seseorang meninggalkannya maka dia tidak berdosa dan solatnya tetap sah samada dia meninggalkannya secara sengaja atau tidak,tetapi makruh baginya meninggalkan bacaan tersebut secara sengaja”. (Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 3/414).
Kesimpulan
Tidak batal sekiranya kia membaca bacaan sujud ketika ruku’ atau sebaliknya kerana bacaan ini merupakan sunat hai’ah dan bukan rukun qauli. Maka sah solat bagi mereka yang tersilap membaca kedua-duanya.
Maksudnya : Dan suami-suami mereka (orang perempuan) berhak meruju’ semula dengannya dalam tempoh masa (iddah) tersebut, sekiranya mereka (para suami) berkehendakkan kepada kebaikan.
Surah Al-Baqarah (228)
Imam Al-Syafie dalam mengulas ayat di atas beliau berkata : Memperbaiki talak adalah dengan cara melakukan ruju’.
Para ulama al-Syafi’eyyah berpendapat bahawa tidak sah perbuatan ruju’ seorang lelaki melainkan hanya dengan perkataan. Sekiranya dengan perbuatan seperti seorang suami itu menyetubuhi isterinya dalam tempoh iddah, maka ia tidak dikira sebagai ruju’. Maka tidak sah meruju’ menerusi perbuatan yang melibatkan berpelukan, menyentuh, dan sebagainya selama mana seseorang itu mampu untuk mengucapkan lafaz rujuk.
Kata Imam Al-Nawawi : Tidak sah meruju’ melainkan dengan ucapan. Sekiranya seseorang itu menyetubuhinya maka hal tersebut tidak dianggap sebagai ruju’. Maka tidak sah (ruju’) dengan perbuatan sekiranya seseorang mampu untuk mengucapkan (lafaz ruju’).
Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (7/266).
Manakala di sisi mazhab Hanbali, ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama, ruju’ tidak berlaku melainkan dengan ucapan sahaja. Manakala pendapat yang kedua menyebutkan bahawa ruju’ itu terhasil dengan persetubuhan, sama ada dengan niat ruju’ atau pun tanpa niat.
Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/523).
Imam Ibn Qudamah menambah lagi : Sekiranya seorang lelaki itu mencium isterinya (dalam tempoh iddah), menyentuhnya dengan syahwat, menyelak kemaluan lalu melihatnya, maka pendapat yang dinaskan daripada Imam Ahmad adalah kesemuanya itu tidak dianggap sebagai ruju’. Manakala menurut Ibn Hamid : Ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama : Ia dianggap sebagai ruju’, kerana perbuatan ini dianggap sebagai berseronok-seronok yang hanya diharuskan menerusi perkahwinan. Maka terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut sama seperti persetubuhan. Manakala pendapat yang kedua menyatakan bahawa ia tidak dianggap sebagai ruju’. Ini kerana ia (perbuatan-perbuatan tersebut) adalah perkara yang tidak ada kaitan dengan ijab iddah dan juga mahar. Maka tidak terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/53).
Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili menyatakan : ‘’(Ruju’) adalah lafaz yang ringkas maka tidak sah ruju’ melainkan dengan perkataan. Hendaklah ia merupakan lafaz yang sarih dan ia tidak memerlukan kepada niat. Seperti ucapan ‘aku ruju’ kamu’, dan lain-lain’’.
Begitu juga beliau berkata : ‘’Dan haram istimta’ (bermesraan) dengan wanita yang ditalakkan dengan talak raj’ie menerusi persetubuhan, bersentuhan, dan melihat ke arahnya meskipun tanpa syahwat, ini kerana dia telah berpisah dengan suaminya..’’.
Rujuk Al-Mu’tamad, Al-Zuhaili (4/185 – 190).
Kesimpulan:
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, merujuk kepada pendapat mazhab Al-Syafi’e ruju’ antara pasangan yang bercerai tidak boleh berlaku dengan perbuatan semata-mata sekiranya seorang lelaki itu mampu untuk melafazkan ruju’. Bahkan ia hanya sah dengan ucapan ruju’ dari pihak suami sahaja.
Apakah hukum mengecas telefon bimbit di tempat kerja (bangunan kerajaan). Adakah halal atau haram kerana kita menggunakan elektrik tempat kerja (yang dibayar menggunakan duit cukai rakyat). Terima kasih.
Jawapan:
Hukum mengecas telefon di pejabat adalah bergantung kepada kepada peraturan penggunaan elektrik daripada pihak pengurusan pejabat masing-masing. Adapun sekiranya tiada peraturan yang menghalang, maka mengecas telefon bimbit di pejabat dibenarkanberdasarkan uruf (kebiasaan setempat) kerana ia sudah dianggap sebagai satu keperluan dan penggunaannya adalah sedikit dan tidak memberi kesan yang besar kepada penggunaan elektrik.
Huraian Jawapan :
Secara umumnya, menggunakan atau mengambil harta tanpa kebenaran pemilik adalah dilarang, Ini berdasarkan hadis berikut:
Maksudnya: “Tidak halal mengambil harta seseorang muslim kecuali dengan kerelaan dirinya”
Riwayat al-Daraqutni (2885)
Walaupun demikian, terdapat beberapa perkara yang berkaitan hukum feqah akan merujuk kepada amalan tradisi dan kebiasaan selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum syara’. Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebut antaranya seperti mengambil buah yang terjatuh dan seumpamanya menurut pandangan paling sahih diukur dengan tradisi setempat. ( Lihat :al-Suyuti, al-Asybah wa al-Nazha’ir, 90)
Sehubungan itu, mengecas telefon bimbit di pejabat (bangunan kerajaan) adalah dibenarkan berdasarkan kepada uruf (kebiasaan setempat) selagi tiada peraturan yang melarangnya kerana ia sudah menjadi hajat dan keperluan kepada semua pihak. Selain itu, pekerja perlu merujuk kod etika jabatan masing-masing terhadap penggunaan elektrik untuk kegunaan peribadi.
Akhir kalam, semoga kita terhindar daripada perkara-perkara syubhah.
Maksudnya :” Aku minum pada ketika itu aku datang haid. Kemudian aku bawakan bekas minuman tadi kepada Nabi saw lalu Baginda meletakkan mulutnya di tempat yang aku minum tadi lantas Baginda minum.”
Riwayat Muslim (453)
Melalui ayat al-Quran dan hadis yang telah kami sebutkan maka dapat kita fahami apa sahaja yang keluar selain dari kemaluan adalah tidak bernajis sama ada air liur, peluh, daki dan lain-lain.
Berkenaan air liur yang keluar ketika tidur,para ulama menyatakan jika ianya dari mulut maka hukumnya suci. Jika ianya dari perut maka ia adalah najis.. Imam al-Nawawi menaqalkan daripada Imam Abu Muhammad al-Juwaini berkenaan perkara tersebut :
“Ada di antara air itu yang keluar dari kawasan lahwat (anak tekak) maka ia adalah suci. Jika ia keluar mengalir daripada perut maka ia adalah najis secara ijmak. Dan cara mengenalinya adalah melihat pada tanda dan kebiasaannya. Jika ia mengalir dari mulut sejak mula tidur dan basah serta terputus sepanjang dia tidur dan kering air tadi dari mulutnya dan dari tempat tidurnya maka ia adalah dari mulut. Manakala jika sepanjang dia tidur dia merasakan basah sentiasa maka ia dari perut.”
Bagi mengelakkan was-was sama ada air liur yang keluar ketika tidur itu dari mulut atau perut, maka seeloknya dibasuh baju atau kawasan anggota yang terkena air liur tersebut sebagai langkah berhati-hati. Imam al-Nawawi menyatakan :
“Pandangan yang dipilih adalah tidak perlu membasuh kawasan yang terkena air liur tersebut kecuali seseorang itu yakin bahawa air yang keluar itu adalah dari perut. Jika dia was-was tidak wajib membasuhnya dan harus membasuh sebagai langkah berhati-hati”
Beliau menyebut lagi :
“Maka secara jelas air liur yang keluar dari mulut ketika tidur adalah di antara najis yang dimaafkan (jika ianya sering terjadi) dan ia sama seperti darah nyamuk, baki kencing yang tidak lawas , darah istihadah dan lain-lain najis yang dimaafkan kerana ada masyaqqah.”
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (2/570-571)
Kesimpulannya, air liur yang keluar ketika tidur adalah najis .Ia adalah antara najis yang dimaafkan jika sering terjadi. Namun begitu jika tidak yakin sama ada air tersebut keluar dari mulut atau perut maka seeloknya dibasuh baju atau pakaian yang terkena air liur tersebut sebagai langkah berhati-hati.
Soalan: Bolehkah seseorang wanita yang masih berada dalam haid memasuki dewan solat untuk menyertai Program Camp Solat yang diadakan di situ?
Jawapan:
Berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.
(Surah an-Nisa’: 43).
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-49, yang bersidang pada 19 September 2000 telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada atau duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan. Perempuan haid hanya boleh berada di luar kawasan solat utama atau di beranda masjid sahaja untuk menyertai program Camp Solat.
Soalan: Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, bolehkah kita berdoa kepada Allah S.W.T. supaya kita dimatikan dengan segera?
Jawapan:
Sebenarnya berdoa meminta mati itu adalah dilarang kerana ia merupakan sikap orang yang putus asa dari rahmat Allah S.W.T. Bagaimanapun dalam konteks ini, marilah kita sama-sama memahami sebuah hadis Rasulullah S.A.W. seperti berikut :
Maksudnya : “Jangan bercita-cita oleh seseorang kamu akan mati lantaran kesusahan yang menimpa dengannya, maka seandainya tidak dapat tidak dari bercita-cita untuk mati maka hendaklah ia berdoa: “Ya Allah hidupkanlah aku selagi mana hidup itu lebih baik bagi aku dan matikanlah aku selagi mana kematian itu lebih baik bagi aku”.
Ulama’ menqiaskan supaya berdoa apabila ke tempat atau rumah baru. Ini boleh dilakukan melalui cara solat hajat.
Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله
Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
2) Memberi Salam
Adalah disunatkan untuk memberi salam tak kira rumah baru atau lama. Salam diberikan sekalipun rumah tidak berpenghuni.
Kalau rumah tidak ada orang, maka berilah salam ke atas diri sendiri dengan mengucapkan:
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”
3) Membaca Bismillah
Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim)
4) Membaca Al-Quran
Seterusnya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Surah Al-Baqarah adalah pendinding rumah seperti sabda Nabi s.a.w :
“Janganlah menjadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan / jin akan lari dari suatu rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al Baqarah” (HR. Muslim).
5) Kenduri Kesyukuran
Nabi SAW tidak pernah meriwayatkan keperluan untuk membuat kenduri kesyukuran. Ni jauh beza dengan amalan masyarakat Melayu.
Dr Khalid Basmalah menyebut, kenduri kesyukuran ni boleh dilakukan. Namun jika pelaksanaannya menjadi beban, eloklah diringankan.
Seorang pelajar dari kelahiran Singapura, Fadhil Azman, berkongsi pengalamannya menghafal al-Quran dalam tempoh 4 bulan ini telah membuatkan ramai orang terpegun! Betapa bermukjizat Al-Quran hinggakan mushaf setebal itu boleh dihafal dalam tempoh singkat! Subhanallah…
“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah atas segala rezeki dan rahmat yang diberi. Aku bermohon pada Allah agar selalu permudahkan urusanku dalam mengulang al-Quran & berikan aku petunjuk untuk berkongsi dan memberi inspirasi pada orang lain.”
Saya ingin berkongsi bahawa saya telah menghafal lebih kurang 9 juzu’ semasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi.
Jadi, sebenarnya saya cuma menghafal lebih kurang 20 juzu’ yang baru dan hanya mengulang 9 juzu’ lama sahaja dalam masa 4 bulan.
Saya juga tidak mempunyai komitmen lain selain dari berbuat baik kepada ibu bapa. Tetapi, bagi sesiapa yang berkehendak menghafal ayat al-Quran kerana Allah, Insya Allah, Allah akan permudahkan.
Ini adalah pengalaman saya dan semoga ia dapat memberikan inspirasi pada yang lain.
Berikut adalah tips yang saya amalkan;
1. BETULKAN NIAT
Ini adalah perkara yang paling penting yang perlu dititik beratkan, lakukannya ikhlas kerana Allah, mengharapkan rahmat-Nya, keredhaan-Nya & untuk memperoleh syurga. Bukan sebab kawan, keluarga atau untuk menunjuk-nunjuk. Ya Allah lindungilah kami darinya.
Semoga Allah tetapkan hati kita untuk melakukannya semata-mata kerana Allah.
2. MULAKAN SEKARANG.
Jangan tangguh-tangguh. Kalau niat sudah ada, itu sudah bagus. Jangan ingat kalau bertangguh, ia jadi lebih baik.
Usah berikan alasan tidak cukup masa. Cari masa untuk diri sendiri dan dalam menghafal Al-Quran. Saya kenal beberapa orang, yang mempunyai niat, tetapi tidak mempunyai motivasi.
Pada saya, untuk mencari motivasi, fikirkan tentang betapa besar faedah yang kita akan dapat. Percayalah, anda akan dapat banyak sangat kebaikan. Pahala juga dikira hanya dengan membaca satu huruf. Juga ada banyak kisah yang menarik dalam Al-Quran yang akan anda temui.
Cuba baca Al-Quran selepas solat. Insya Allah, anda akan dapat momentum dari situ.
3. GUNAKAN MUSHAF YANG SAMA.
Foto Kredit: quranflash.com
Saya telah menggunakan mushaf yang sama sejak berumur 14 tahun. Inilah perkara yang selalu diingatkan oleh asatizah (guru-guru). Sebabnya ialah, apabila anda menggunakan mushaf yang sama, mata anda telah terbiasa dengan cara penulisan, warna dan hiasan dalamnya. Ini membuatkan minda anda terbiasa dengannya Insya Allah.
4. MENDENGAR BACAAN AYAT AL-QURAN
Perkara ini mungkin susah, tetapi Allah boleh mempermudahkannya untuk anda: tinggalkan lagu-lagu anda, muzik pop dan rock. Dua benda yang bertentangan tidak dapat wujud dalam masa yang sama. Tetapi, sudah tentu terdapat beberapa pendapat mengenai hal ini. Adakah anda lebih suka mendengar muzik dari mendengar ayat al-Quran yang dikatakan menenangkan hati seseorang?
Saya suka mendengar bacaan surah dalam Quran yang saya sedang hafal atau surah seterusnya yang akan dihafal kemudian, saya akan ulang surah yang sama sambil melakukan kerja lain.
Perkataan tersebut akan masuk ke dalam minda kita tanpa disedari. Anda akan dapati menghafal surah menjadi lebih mudah. Saya juga akan membuka mushaf sambil mendengar bacaan Quran untuk membiasakan dengan mukasurat tersebut. Kemudian saya akan mulakan hafalan.
5. PENGULANGAN DAN PEMBAHAGIAN HALAMAN ADALAH ASAS UNTUK MENGHAFAL
Baca keseluruhan halaman beberapa kali, anda boleh memilih untuk membahagikan halaman kepada tiga atau dua bahagian. Ini bergantung kepada berapa mudah untuk menghafal halaman tersebut. Hafal bahagian pertama sebelum meneruskan ke bahagian seterusnya. Elakkan pergi ke muka hadapan sebelum anda dapati hafalan tersebut tersimpan utuh dalam ingatan.
6. PEMAHAMAN ADALAH KUNCI PENTING DALAM MENGHAFAL
Adalah sangat menyeronokkan jika anda memahami apa yang disampaikan oleh-Nya. Demi Allah, saya dapati al-Quran sangat cantik, ia boleh membawa anda ke titik terendah dan membuka anda kepada perubahan yang lebih besar.
Fokus pada apa yang anda baca untuk memahami ayat tersebut. Jangan memikirkan hal lain ketika membacanya.
Muat turun aplikasi terjemahan / tafsir al-Quran dalam telefon anda. Atau boleh juga menggunakan mushaf yang mempunyai terjemahan di bahagian tepi. Ustazah saya (semoga Allah anugerahkan kebaikan kepadanya) sentiasa menasihati kita bahawa kefahaman telah menjawab sebahagian dari soalan. Jadi, dalam konteks ini, pemahaman adalah sebahagian penghafalan ayat tersebut, Insya Allah.
7. MULAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Ambil selangkah demi selangkah, Insya Allah anda akan dapati menghafal dengan konsisten lebih mudah.
8. JANGAN PUTUS ASA
Tidak bermakna jika hari ini terasa susah, esok juga akan terasa susah. Bacalah doa sebelum memulakan hafalan. Ingatlah di mana jua anda sekarang (dalam menghafal) adalah satu langkah untuk menamatkan penghafalan seuruh al-Quran. Yang penting, jangan berhenti.
9. BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG TURUT MENGHAFAL
Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman
Dengan mempunyai rakan yang turut menghafal, ia boleh membuatkan anda lebih bermotivasi untuk menghafal dan mengulang.
10. MERANCANGLAH
Secara asasnya, saya menghafal lebih kurang 4-6 halaman setiap hari. Untuk menghafal satu halaman, saya mengambil masa lebih kurang 30 min, bergantung pada tahap kesukaran halaman tersebut. Ada halaman yang mengambil masa 20 min untuk dihafal.
Alhamdulillah, Allah permudahkan bagi saya. Manakala bagi halaman yang lebih susah, saya mengambil masa 45 minit.
11. MASA YANG TERBAIK
Untuk menghafal al-Quran adalah selepas subuh atau fajar, iaitu ketika minda masih segar. Ketenangan fajar akan memasuki minda anda. Ustaz saya selalu menasihatkan kami untuk lebih produktif pada waktu pagi.
Selain itu, waktu selepas solat adalah masa yang sesuai untuk menghafal selain dari waktu antara Maghrib dan Isya’.
12. JADILAH PRODUKTIF
Bacalah al-Quran dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja. Secara peribadi, saya lebih suka menaiki kereta api berbanding memandu kerana masa perjalanan tersebut saya boleh isi dengan menghafal atau mengulang.
13. BAWALAH MUSHAF ANDA KE MANA JUA ANDA PERGI
Ia akan menjadi peringatan untuk anda membacanya Insya Allah.
14. JAGALAH MATA ANDA
Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman
Dari memandang atau melihat aurat berlainan jantina. Telinga anda dari mendengar gossip. Mulut anda dari berkata belakang, mengumpat dan dari semua perbuatan yang dilarang. Ustazah saya sering kali mengingatkan dan meminta kami untuk menghafal puisi Imam Syafi’ie sebagai peringatan.
Aku mengadu kepada Wakii’ (Imam Syafi’ie) mengenai ingatanku yang lemah.
Dia menasihatku untuk meninggalkan dosa
Dan dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan sampai pada pendosa
15. BERTAUBATLAH
Bertaubatlah selalu, kadang kalau kita melakukan dosa tanpa menyedarinya. Apabila seseorang membuat dosa, dia perlulah segera bertaubat kepada Allah. Allah menerima taubat orang yang ikhlas, Insya Allah.
16. MINTA SESEORANG MENDENGAR BACAAN ANDA ; TASMII’.
Carilah seorang kawan, ahli keluarga atau guru untuk tasmii’ anda. Dia mestilah seorang yang tahu membaca al-Quran dengan betul, jadi apabila berlaku kesalahan kecil, dia dapat membetulkannya.
17. MURAJA’AH (ULANG) APA YANG ANDA TELAH HAFAL.
Carilah seseorang untuk mendengar anda mengulang bacaan. Seseorang itu perlulah memperkukuhkan hafalannya dengan selalu mengulang.
18. MAKAN KISMIS & MADU
Saya tidak pasti dengan mendalam mengenai hal ini, tetapi saya diajar bahawa memakan kismis & madu dapat mengukuhkan ingatan Insya Allah.
19. TUNAIKANLAH SOLAT MALAM
Buatlah sekurang-kuranya dua rakaat, kemudian berdoalah. Ia amat membantu Insya Allah.
“Doa semasa tahajjud diibaratkan seperti busar panah yang tidak pernah tersasar dari sasarannya” – Imam Syafi’ie
20. BERDOALAH SELALU DAN HARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH
“Jangan memandang rendah kuasa doa. Ketahuilah bahawa tiada yang lebih disukai Allah lebih dari hambanya berdoa kepada-Nya.” (Tirmidhi)
Berdoalah kepada Allah agar memudahkan minda dan hati anda untuk menghafal dan tidak melupakan hafalan tersebut. Mohon padaNya agar dikuatkan ingatan dan mohonlah agar Allah singkirkan sifat malas dalam diri.
21. DOAKANLAH KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN
Semasa anda berdoa untuk diri sendiri, selitkan sekali doa untuk orang lain yang mungkin amat memerlukan rahmat Allah.
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya (muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya. Setiap kali orang Muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, niscaya malaikat yang menjaganya berkata, “Aamiin (semoga Allah mengabulkan) dan bagimu hal yang serupa.”(Muslim)
22. MINTA IBU BAPA ANDA MENDOAKAN ANDA
Apabila saya mula menghafal al-Quran, saya memberitahu ibu saya akan niat tersebut & meminta ibu bapa saya mendoakan saya. Ia sangat membantu.
Itu sahaja, saya harap perkongsian ini bermanfaat dalam apa sudut sekali pun meskipun sedikit. Semoga Allah permudahkan bagi anda untuk menghafal dan mengulang al-Quran dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita.
Imam Al-Mawardi, salah seorang ulama’ unggul dalam bidang politik, buku-bukunya merupakan rujukan kepada pengkaji ilmu sejak dahulu hingga sekarang bukan sahaja di timur tetapi juga di barat.
Salah satu kitabnya “Adab al-Dunya wa al-Din” telah membahaskan tentang adab al-nafs yang dibahagikan kepada dua pecahan iaitu “adab al-riyadah wa al-Istislah” dan juga “adab al-Muwada’ah wa al-Istilah”. Kedua-dua bab ini membincangkan beberapa sifat yang termasuk di dalam kategori masing-masing. Di dalam bab “adab al-riyadah wa al-Istislah” , Al-Mawardi telah membahagikan adab ini kepada enam fasal salah satunya al-hilm wa al-ghadab.
Di dalam fasal ini, ada diberikan beberapa tips untuk menghadapi kemarahan:
Zikrullah: Mengingati Allah
Dengan mengingati Allah, ia akan menimbulkan rasa takut pada Allah. Sifat ini akan menimbulkan ketaatan kepada Allah. Ia seterusnya mengembalikan seseorang kepada melaksanakan adab dan sekaligus mengikuti setiap perintah Allah. Jika seseorang melakukannya maka ia akan dapat meredakan kemarahannya.
“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan maka mintalah perlindungan Allah. Sesungguhnya Allah amat mendengar lagi amat mengetahui.”
Beralih dari keadaan ketika mana ia berada kepada keadaan lain.
Sebagai contoh, jika anda berasa marah kepada rakan sekerja, kalihkan perhatian anda kepada sesuatu yang lain, atau jauhkanlah diri dari tempat anda berada. Ambillah masa menenangkan diri dahulu kemudian selesaikanlah dengan cara yang baik.
Mengingati penyesalan yang diakibatkan oleh kemarahan dan keburukan sifat dendam.
Kebiasaannya bila marah, kita berada di luar kawalan, lidah akan bertukar menjadi pisau yang tajam, tangan akan naik menjadi pemukul tanpa belas kasihan, oleh itu sebelum segalanya kita sesali, beringatlah terlebih dahulu sebelum melontar kata atau melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya.
Mengingat pahala memberi maaf dan kebaikan perdamaian.
Cara ini dapat memaksa seseorang meninggalkan serta menjauhi kemarahan. Ini kerana ia lebih menyukai pahala dan kurniaan Allah serta sentiasa bersikap waspada dan menghindarkan diri dari celaan dan seksaan.
Mengingatkan hati dan mendorong jiwa untuk selalu memberikan maaf.
Dan seseorang itu tidak perlu mengabaikan kemaafan hanya kerana orang lain menjauhi dan menghindari perbuatan maaf tersebut. Tiada yang salahnya jika kita yang terlebih dahulu memberi maaf atau meminta maaf. Malah ia salah satu tanda bahawa jiwa kita telah menang.
Kesimpulan
Kelima-lima cara ini merupakan antara anjuran dan saranan yang dinyatakan oleh al-Mawardi yang boleh diambil sebagai pedoman untuk menghiasi diri dengan sifat al-hilm (lemah lembut) serta menjauhi atau meredakan kemarahan.
“Dulu aku tak solat, sekarang Alhamdulillah aku mula solat dan aku sentiasa berusaha untuk solat di awal waktu. Cuma aku masih merokok, aku sudah berusaha keras untuk meninggalkannya, tapi masih tak mampu.”
Di sini beberapa tips daripada Syeikh Muhammad Bin Shalih Al-Uthaimin:
Tinggalkan Rokok Secara bertahap
Kurangkan merokok, hingga perlahan-lahan hilang ketagihan sedikit demi sedikit.
Mengambil ubat seperti saranan doktor untuk mengurangkan ketagihan
Jauhi orang-orang yang suka merokok.
Duduk bersama orang-orang yang menghisap rokok sedikit sebanyak boleh mempengaruhi anda dan menimbulkan keinginan untuk merokok kembali.
2. Carilah sahabat yang baik.
Berteman dengan orang yang baik dan yang tidak merokok dapat membantu anda untuk berhenti merokok, carilah bulatan yang baik jika anda benar-benar ingin berhenti merokok.
3. Cara paling berkesan adalah memiliki tekad yang kuat untuk berhenti merokok.
Keazaman yang kuat sama sekali tidak akan mampu meruntuhkan semangat. Jika kita benar yakini bahawa pada rokok itu adalah dosa, tinggalkanlah ia dan tidak perlu mengulangi dosa yang sama setiap hari.
Kesimpulan
Bukan mudah untuk berhenti merokok apatah lagi jika ia sudahpun sebati dengan badan. Namun, mintalah pada Allah untuk memberikan pertolonganNya, sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambaNya berada di lembah dosa yang sama sekiranya hambaNya benar-benar ingin keluar darinya.
Ini kisah benar seorang saintis Jepun, Dr. Atsushi Kamal Okuda dari Universiti Keio, yang terpegun dan ingin mendalami Islam lebih lagi setelah matanya terbaca sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Hijr ayat 26.
Sebelum memeluk Islam, Dr. Okuda bercerita bahawa kehidupannya sangat tidak bermoral dan tidak faham akan tujuan sebenar kehidupan.
“Sebelum kenal Islam, saya teruk. Sangat teruk. Bodoh. Saya tak tahu apa yang benar,” katanya.
Beliau kemudiannya mula mencari maksud kebenaran sebenar, mengkaji banyak agama secara akademik. Sehinggalah beliau temui Islam dan tertarik untuk belajar dengan betul.
Ketika berada di tahun enam di kolej, beliau mengkaji undang-undang Islam. Sedang dalam fasa mengkaji, beliau terjumpa satu kertas kajian di mana matanya tertancap ke satu ayat yang mengubah kehidupannya selama-lamanya.
Ayat tersebut adalah berkenaan bagaimana Allah mencipta manusia daripada pasir, tanah dan debu – ayat ke 26 surah Al-Hijr.
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.
Sejak itu hati beliau sangat dekat dengan Islam dan untuk mengkaji lebih mendalam, beliau berpindah ke Aleppo, Syria untuk belajar agama dan bahasa Arab.
Kegembiraannya tidak dapat dibendung selepas memeluk Islam, satu kegembiraan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.
“Masa tu! Saya memeluk Islam. Saya percaya bahawa ini adalah hadiah terhebat daripada Allah dalam hidup saya.”
Kini Dr. Okuda adalah inspirasi ramai. Beliau adalah contoh teladan bukan sahaja kepada Muslim di Jepun, tetapi juga untuk semua manusia di atas dunia , tentang apa yang perlu dilakukan selepas menemui kebenaran.
Beliau juga giat menjalankan kerja dakwah untuk berkongsi hadiah daripada Ilahi kepada orang ramai.
Beliau secara rela, bersama rakan-rakannya di Jepun utnuk menyebarkan mesej Islam di negara matahari terbit tersebut – demi menyelamatkan Jepun daripada kehidupan tanpa Allah.
Semoga Dr. Okuda dan kita semua dikurniakan hidayah dan tempat di kalangan kekasih-Nya.
“macam mana nak survive sampai akhir bulan ni…. hutang keliling pinggang, isteri pulak sakit. Ya Allah…”
“kenapa hidup aku macamni.. semua aku buat, semua gagal. Bisnes tak jalan, jual air tak laku, jual baju takde siapa nak beli. Aku tak malas. Cuma aku bernasib malang.”
“kenapa abah pergi dulu… hidup aku dan mak terumbang-ambing… ya Allah, kenapa Kau ambil dia? Aku masih belum bersedia tanpanya.”
Ini Antara keluhan-keluhan yang dialami oleh sesetengah di kalangan kita. Terkadang merasa diri tidak berguna, hilang motivasi, hilang sumber inspirasi.
Namun, sebaik-baik peneman bagi mereka yang berduka cita hanya Allah dan kalamullah. Hati yang terasa sebak dan sesak pasti kembali lapang dengan zikrullah. Al-quran merupakan petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman.
Bertepatan dengan Firman Allah dalam surah Al-Fussilat ayat 44:
“katakanlah Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.”
Bila kita merasa sedih, pergilah berwudhu’ bacalah Al-Quran walau semuka, hamburkanlah segala kesedihan hanya pada Allah, luahkan segalanya hanya pada Allah, dengan itu sedikit sebanyak kesakitan yang kita rasa pasti berkurangan.
“Dinamakan dengan nama surah Al-Ikhlas kerana Allah khusus menceritakan tentang diriNya dan Allah tidak menyebut di dalamnya kecuali apa yang berkaitan dengan nama-nama dan sifat-Nya serta kerana surah tersebut mengajarkan ikhlas kepada pembacanya sehingga menjauhi kesyirikan.
Pepatah Arab ada menyebut ” الجار قبل الدار”. Pilihlah jiran sebelum memilih rumah. Mengapa pentingnya memilih tetangga yang baik?
Kerana ia menjamin ketenteraman kita.
Bayangkan jika jiran kita suka berbuat zalim seperti kuat mengata, suka menfitnah, suka membuat kerosakan di kawasan perumahan, malah lebih dahsyat, menghantar sihir, pasti kita sendiri berasa tidak selesa bahkan rasa tidak selamat.
Sebagai seorang jiran, kita perlulah menghormati jiran dan menjaga hak mereka. Hal ini kerana, ada disebutkan dalam sabda Baginda SAW tentang balasan bagi orang yang berbuat zalim terhadap jirannya.
Dalam Riwayat Abu Hurairah disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“tidak masuk syurga orang yang tetangganya tidak berasa aman kerana kezalimannya”.
“Ia adalah disebabkan kerana keperihatian Nabi terhadap umatnya, Baginda memerhati hal ehwal yang akan menimpa umatnya lalu Baginda beristighfar buat mereka.
(al-Nawawi, Sharh Muslim).
Imam al-Nawawi juga menegaskan bahawa istighfar Rasulullah itu adalah manifestasi pengabdian Baginda kepada Allah iaitu menundukkan seluruh jiwa raganya hanya kerana Allah sebagai tanda hamba yang bersyukur.
Menurut al-Qadi Iyad pula, Baginda mengucapkan itighfar sepanjang masa kerana bimbang hatinya leka dari mengingati Allah.
“Sesungguhnya hati Rasulullah itu sentiasa berada dalam keadaan zikir (mengingati Allah), namun apabila Baginda teralpa atau terleka seketika, maka Baginda segera beristighfar kerana leka dari berzikir kepada Allah.” (Sharh Muslim)
Kesimpulan
Betapa hebatnya Rasulullah, meski dirinya maksum, Baginda masih beristighfar kerana Baginda terlalu menghayati dan tenggelam dalam keseronokan Istighfar. Malah, Baginda bukan sahaja beristighfar untuk dirinya agar tidak leka dari mengingati Allah bahkan Baginda juga beristighfar untuk kita. Bagaimanakah kita? Berapa banyakkah ratib istighfar kita setiap hari? Berapa banyakkah penyesalan dan muhasabah yang kita lakukan setiap hari? Tepuklah Dada Tanyalah Iman.
Menurut Al-Mawardi, Al-Ghadab atau kemarahan adalah disebabkan oleh hati yang tersinggung atas suatu perbuatan yang dilakukan oleh orang yang kedudukannya lebih rendah darinya.
Kemarahan bergerak bermula dari dalam jasad dan muncul ke luar. Ini kerana, hati yang disentuh oleh rasa marah akan menyebabkan pelakunya memarahi seseorang, ia boleh dilihat sama ada dengan perkataannya atau perbuatannya.
Perlu difahami bahawa marah ada dua jenis, marah pada tempatnya dan marah bukan pada tempatnya.
Marah pada tempatnya seperti seseorang menganiaya kemudian kita berasa marah, itu wajar. Walaubagaimanapun ia perlu dikawal agar tidak melampau batas.
Menurut Quraisy Shihab, yang dicela itu adalah marah tidak pada tempatnya atau pada tempatnya tapi melampau batas.
Ada disebutkan dalam satu riwayat Al Bukhari,
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki berkata Nabi SAW, “Berilah pesanan kepadaku”, lalu Nabi SAW menjawab, “Janganlah engkau menjadi seorang pemarah”, orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi SAW menjawab, “Pada setiap kalinya, janganlah engkau menjadi seorang pemarah.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Di sini jelas menunjukkan bahawa marah adalah sifat yang dikeji oleh Islam, Rasulullah melarang berkali-kali agar umatnya tidak menjadi seorang pemarah. Adapun marah kerana Allah disebabkan oleh pelanggaran hokum-hukum Allah maka itu wajar dan dituntut. Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa- ke semasa supaya meningkat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Maksudnya : Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah hari jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.”
Lumrah kehidupan di dunia, setiap dari kita takkan terlepas dari fitnah. Walaubagaimanapun betapa beruntung menjadi seorang muslim, kerana kita punya Nabi yang telah pun mengajarkan doa-doa yang boleh kita ambil dan panjatkan pada Allah yang maha Mengkabulkan setiap permintaan.
Diriwayatkan daripada Amru Bin Maimun Al-Adawi dan Mus’ab bin Sa’ad Bin Abi Waqqash Sesungguhnya Rasulullah berlindung dari lima perkara di hujung solatnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kebakhilan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu dari kepikunan, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.” (HR. Al-Bukhari, Al-Tirmidzi, al-Nasai, dan Ahmad
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kebakhilan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu dari nyanyuk, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.”
(HR. Al-Bukhari, Al-Tirmidzi, al-Nasai, dan Ahmad)
Bilakah waktu untuk membaca doa ini
-Doa ini boleh dibaca sebelum salam, sesudah membaca tasyahhud dan selawat Nabi.
Sepertimana disampaikan oleh perawi Hadith, Sa’ad Bin Abi Waqash:
“. . dan ia (Sa’d) berkata: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berlindung darinya (lima perkara) di penghujung shalatnya.” (HR. Al-Bukhari)
Kesimpulan
Sebelum salam merupakan salah satu waktu mustajab berdoa, oleh itu Rasulullah SAW telah memberi contoh tauladan doa-doa yang boleh dibaca dan diamalkan.
Cinta adakalanya berakhir dengan kisah indah, ada juga berakhir dengan kisah gundah. Selalu kita dengar, seseorang disihir kerana cinta. Banyak faktor yang mendorong seseorang untuk beramal dengan sihir salah satunya kerana kecewa, dendam juga dengki melihat orang dicintai bahagia bersama yang lain.
Sesungguhnya perbuatan ini merupakan satu perbuatan syirik bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW yg diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”
Riwayat al-Bukhari (2766)
Meskipun ramai yang mengetahui bahawa perbuatan ini adalah syirik dan berdosa besar, tetapi mereka tetap juga melakukannya dek kerana amarah yang tak mampu dipadam dan dendam yang dipendam, akhirnya sanggup bersubahat dengan syaitan untuk membalas dendam.
Sebagai umat islam, sifat buruk seperti ini seharusnya dihindari. Jika kita merasa kecewa tidak dapat bersama dengan orang yang kita cinta, bukanlah membalas dendam itu penyelesaiannya. Sebenar-bnar cinta adalah yang ingin melihat orang yang dicinta tetap bahagia.
Buanglah amarahmu, didiklah sabar dan redha dalam hatimu,
Semua yang berlaku merupakan ketentuan dari Tuhan maha Esa, tetaplah jalani kehidupan seperti sediakala. Yang terbaik, pasti akan muncul jua suatu hari nanti.
Bukti cinta boleh dizahirkan dari kata-kata dan perbuatan. Tiada salahnya kita menzahirkan rasa cinta kita sama ada kepada keluarga, kepada sahabat malah kepada pasangan.
Namun ia perlulah dizahirkan dengan cara yang betul dan tidak melanggar hukum syarak. Jika ia melanggar hokum syarak, maka ia bukanlah cinta melainkan nafsu semata-mata.
Rasulullah SAW juga pernah menzahirkan kasih sayang Baginda kepada Muaz Bin Jabal, ini ada dinukilkan dalam sebuah Riwayat, Sabda Rasulullah:
“Wahai Muaz, demi Allah, sesungguhnya aku sayang kepada engkau. Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau.”
Namun ucapan Rasulullah ini tidak terhenti disini sahaja. Baginda seterusnya berpesan kepada Muaz agar sentiasa membaca satu doa khusus dipenghujung solat atau setelah selesai dari solat. Pesan Rasulullah: “Wahai Muaz, janganlah kamu lupa untuk membacakan doa ini dipenghujung solat:
Hadith ini menggambarkan kepada kita, bahawa jika kita mencintai seseorang, kita perlulah menzahirkannya dan mengajarkannya perkara-perkara baik yang dapat mendekatkan seseorang itu pada Allah. Itu barulah bukti cinta sejati.
Rasulullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah:
إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ
“Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku’nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah)
Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia.
Sabda Rasulullah:
وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا
“Seburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri di dalam solat. Sahabat lalu bertanya: Bagaimana seseorang itu mencuri di dalam solatnya? Rasulullah lalu menjelaskan: (pencuri solat ini ialah) mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merekanya.” (HR Ahmad)
Tunaikan solat dengan sempurna. Semoga Allah membimbing kita.
Di bibir selalu meniti cinta, namun cinta bukan hanya dengan kata-kata tetapi ia dibuktikan dengan tingkah laku.
Ramai yang menyuarakan malah melaungkan Cinta Nabi!
Akan tetapi, sepanjang kita hirup udara Allah, berapa kalikah kita mengamalkan sunnah kekasihNya?
Hakikatnya mengamalkan Sunnah Rasulullah tidak susah seperti yang kita sangkakan, ada banyak amalan sunnah yang kita boleh praktikkan setiap hari, antaranya:
1. Bangun Dari Tidur
Disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi saw;
“Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Kemudian, membaca doa;
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan).
(Hadis Riwayat Bukhari)
2. Masuk Dan Keluar Ke Bilik Air/Tandas
Masuk dengan kaki kiri dan membaca doa ;
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is
(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).”
(Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim)
Keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa;
“Ghufranak (Aku memohon ampun kepadaMu).”
(Hadis Riwayat An-Nasa’ie)
3. Ketika Berpakaian
Disunatkan untuk membaca “Bismillah” ketika hendak memakai pakaian dan apabila ingin melepaskannya.
Memulakan bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.
Doa memakai baju/pakaian;
“Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah.)
4. Ketika Masuk Dan Keluar Rumah
Ketika hendak keluar rumah
Disunatkan untuk membaca;
“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi.)
Ketika hendak masuk ke dalam rumah
Disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak.
Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.
5 Ketika Memakai Kasut/Sandal/Selipar
kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar dan apabila melepaskannya dimulakan dengan kaki kiri.
Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.”
(Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim.)
6. Ketika Makan Dan Minum
Sebelum dan selepas makan, disunatkan untuk berdoa. Apabila terlupa membaca doa sehingga makanan sudah habis dimakan, ucapkanlah,
“Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi.)
Antara sunnah ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita.
Tidak meniup makanan atau minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan.
tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh.
Demikianlah beberapa amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan boleh kita contohi serta amalkan dalam kehidupan seharian. Di samping mengikuti perlakuan Baginda, amalan sunnah juga mampu menampung segala kekurangan pada amalan wajib yang kita lakukan setiap hari.
Siapa tahu, berkat kesungguhan kita mengamalkan sunnah Rasulullah saw sepenuh jiwa dan penuh keikhlasan ini, kita akan beroleh syaafat Baginda di akhirat kelak.
Sejujurnya, 9 tahun pertama perkahwinan kami, sebentuk cincin emas murah pun tak pernah aku hadiahkan.
Dan puan isteri aku tak pernah merungut, tak pernah memujuk, jauh sekali merayu meminta. Kerana dia tahu kemampuan aku.
Hampir 10 tahun berkahwin, anak nak masuk 4 dah, aku tak pernah bawa keluarga aku melancong ke mana-mana. Sekadar ke pasar malam, ke supermarket dan tepi pantai sahaja.
Kawan-kawan dia, adik-beradik, saudara mara pakat tayang emas baru, puan isteri senyum dan diam sahaja. Sekali pun tidak pernah meminta-minta.
Saat orang lain melancong ke sini ke sana waktu cuti, kami hanya balik ke kampung. Paling kuat pun ke Pantai Batu Buruk tengok ombak. Anak nak naik kereta kuda pun tak boleh.
Mahal. Ayah tak mampu. Kita tengok saja nak ya. Nanti ayah ada duit kita naik.
Anak-anak ajak pergi pulau, duduk resort dan mandi kolam pun ibunya akan bisik kat anak,
“Arshad, Asyraff dan Amar doakan tau. Agar rezeki ayah mencurah. InsyaAllah bila ada rezeki ayah bawa kita”.
Aku yang mendengar hujung telinga ini terkoyak teruk emosi dalaman. Cuma tak luahkan sahaja. Dalam jiwa, menangis berkoyan air mata.
Rasa loser gila. Rasa tak berguna. Rasa bukan seorang suami dan ayah yang baik untuk anak-anak.
Aku nak sediakan segala. Aku nak tunaikan apa jua permintaan puan isteri dan anak-anak, tapi aku tak mampu.
Gaji diploma, duduk di kota raya, dengan bebanan hutang peribadi, hutang kereta, hutang rumah, bukan cabaran kecil.
Tolak itu tolak ini, balance tak sampai seribu. Nak kena berjimat sampai akhir bulan. Silap percaturan pasti kena berhutang. Sekali berhutang, akan efek perbelanjaan bulanan seterusnya pula.
Nak bayar roadtax terpaksa main kutu rm50 sebulan. Minta tarikh hari roadtax mati. Aku rm50, puan isteri rm50. Sekali tayar botak, tabung haji jadi penyelamat.
Tabung haji potong rm50 sebulan tak pernah simpanan cecah RM1k. Kejap-kejap cucuk, kejap-kejap cucuk.
Habis peluang kerja aku buat. Jual simkad, jual air, jual kasut, pelayan kedai makan. Semua aku rembat.
Pulang sekolah jam 7 malam, jam 8 malam lepas solat maghrib terus keluar pergi jual kasut bundle. Pulang jam 4 pagi. Dapat la gaji RM30 satu malam. Kadang tak ada pelanggan, tak ada gaji.
Pulang kepenatan, esoknya perlu ke sekolah lagi. Habis musim kasut jadi pelayan kedai makan. Kadang dapat gaji kadang dapat makan free. Pun kerja malam dari jam 8 pagi hingga 3 pagi.
Mujur aku mengajar petang masa tu. Lepas Subuh sambung tidur. Bangkit jam 11 pagi bersiap ke sekolah pula. Begitu rutin bertahun lamanya.
Sedikit demi sedikit aku menabung. Sedikit demi sedikit aku menyimpan. Aku punya hasrat dah lama. Lama sangat-sangat.
Nak hadiahkan isteri barang kemas. Nak bawa anak melancong puas-puas.
9 tahun bukan tempoh singkat. Ia bukan sedikit perit, luka, dan airmata yang aku tahan selama ini.
Akhirnya, pada anniversary kami ke sembilan pada Jun tahun 2018, aku memimpin tangan ini; tangan yang aku nikahi 9 tahun lalu masuk ke kedai emas untuk memilih apa jua barang yang dia suka.
Terkejut, terharu puan isteri usah cerita. Hampir saja airmata tumpah dalam kedai emas kerana beliau tak sangka aku nak heret masuk ke kedai itu.
Pun masih, betapa setia dan memahaminya seorang isteri, bilamana aku minta untuk pilih barang kemas kesukaan dia cuma memilih sebentuk cincin belah rotan yang harga lebih kurang RM400 sahaja.
Betapa beliau risau akan membebankan aku. Betapa beliau runsing aku tidak bersedia untuk itu.
Hari tersebut, aku suruh ambil rantai emas harga lebih 6k. Geleng kepala dia tengok harga, siap suruh trade in rantai lama.
Aku senyum dan suruh ambil saja. Bahkan bersama seutas lagi gelang lebih 2k harga.
“Ambillah. Abang dah bersedia lama untuk saat ini. Abang menahan diri dari berbelanja, abang menyimpan, abang main kutu, abang berjimat cermat bertahun-tahun hanya untuk hari ini.
Usah risau. Semua dalam kawalan”.
Saat tu je bergenang mata puan isteri lantas meramas erat tangan aku. Tuan kedai terkebil-kebil saja melihat situasi kami.
‘Drama apakah ini?’ agaknya itu yang bermain di dalam kepalanya. 🤣🤣
Dari hari itu, dari tarikh itu, Tuhan mula melorongkan rezeki mencurah-curah. Apa saja aku buat, alhamdulillah berjaya.
Datang seorang demi seorang kawan orang yang berjaya tunjukkan jalan dan buka peluang untuk aku terus maju jaya.
Agaknya inilah rezeki yang orang selalu sebut, rezeki belanja untuk isteri.
Bahkan mungkin berkat doa anak-anak yang memohon penuh tulus agar Tuhan buka jalan rezeki untuk ayahnya semata-mata mereka hendak tidur hotel dan mandi kolam seperti keluarga lain.
Dan tanggal Disember 2018, setelah gigih menyimpan, akhirnya buat pertama kali aku mampu bawa anak isteri, mak mertua dan adik-adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah.
Kawan-kawan…
Jika hari ini kalian belum berjaya, jika hari ini kalian belum mampu, jangan pernah menyerah kalah.
Terus usaha dan usaha sahaja. Terus yakin dengan doa dan sedekah. Dua senjata ajaib yang tak mampu mana-mana saintis di dunia rungkai kesannya.
Aku menulis hari ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali nak bercerita aku dah berjaya, kaya dan seumpamanya.
Sehingga hari ini aku masih gigih berusaha untuk mengubah nasib diri. Sehingga hari ini aku masih banyak menahan diri dan menyimpan untuk masa depan.
Aku belum berjaya. Tapi aku sedang berusaha ke arahnya. Aku tak pernah berhenti walau sekali. Aku masih gigih dan berjuang, bukan goyang kaki bersenang-lenang.
Semoga sedikit perkongsian ini membuka mata dan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengambil ‘isi’ di dalam tulisan ini.
Aku doakan kalian semua akan berjaya dan terus maju jaya. Doakan aku juga ya.
Ingatlah firman Allah,
“Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya”.
Hidup ini keras dan memeritkan bagi sebahagian kita. Jangan mengalah, sentiasa bangkit setiap kali jatuh, jangan lupa sedekah dan doa, pasti akan ada jalan terbuka luas terbentang di depan sana.
Ribut yang paling dahsyat pun pasti akan berhenti. Dan sebaik ia berhenti, muncullah pelangi. Begitu juga ujian hidup ini.
Terus kental bertahan. Bahagia dan kejayaan sudah menghampirimu. Yakinlah!
Kisah menakjubkan ini berlaku pada Tanggal 22 Februari 2006 di salah sebuah gereja yang terletak di Amerika.
Seorang pemuda arab yang baru sahaja tamat perkuliahannya di Amerika, beliau diberi kelebihan oleh Allah untuk memahami dan mampu mendalami Islam dengan baik sekali. Selain seorang pelajar beliau merupakan juru dakwah.
Ketika berada di Amerika,ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani dan mereka berdua sangat akrab. Pemuda arab itu berharap temannya diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.
Pada 22 Februari 2006, mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika, dan melintas di depan sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Si Nasrani ingin memasuki gereja tersebut, dan mengajak pemuda Arab itu turut masuk ke dalam gereja. Pada awalnya pemuda Arab tersebut keberatan dengan permintaan temannya itu, namun kerana ia terus didesak, akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaan si Nasrani itu. Lalu masuklah ia ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dan suasana hanya hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika pendeta gereja itu masuk, para hadirin serentak berdiri untuk memberikan penghormatan. Di saat itu si pendeta agak terkejut ketika memandang para hadirin.
Ia pun berkata:
“Di tengah kita ada seorang muslim. Aku berharap ia keluar dari sini.”
Pemuda Arab itu tidak berganjak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak berganjak dari tempatnya.
Hingga akhirnya pendeta itu berkata :
“Aku minta ia keluar dari sini dan aku akan menjamin keselamatannya.”
Lalu, barulah pemuda itu berganjak keluar. Di muka pintu, ia bertanya pada pendeta itu,
“ Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang muslim?”
Pendeta itu menjawab,
“Dari tanda yang terdapat pada raut wajahmu.”
Kemudian pemuda itu pun berganjak keluar, tiba-tiba pendeta itu menahannya dan bertanyakan soalan-soalan supaya pemuda itu tidak dapat menjawabnya lantas dapat memalukan dan mempersendakan agama Islam dan mengukuhkan lagi fahaman gerejanya.
Si pendeta itu pun berkata
“ aku akan membiarkanmu keluar dari tempat suci ini, tapi kamu mestilah menjawab 22 pertanyaanku dengan jawapan yang tepat.”
Pemuda arab itu tersenyum lalu berkata “silakan.”
Sebutkan satu yang tidak akan ada duanya,
Dua yang tidak akan ada tiganya,
Tiga yang tidak akan ada empatnya,
Empat yang tidak akan ada yang limanya,
Lima yang tidak akan ada enamnya,
Enam yang tidak akan ada tujuhnya,
Tujuh yang tidak akan ada delapannya,
Delapan yang tidak akan ada sembilannya,
Sembilan yang tidak akan ada sepuluhnya,
Sesuatu yang bernilai sepuluh,
Sebelas yang tidak akan ada dua belasnya,
Dua belas yang tidak akan ada tiga belasnya,
Tiga belas yang tidak akan ada empat belasnya,
Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksudkan dengan kubur berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia mencelanya?
Sebutkan makhluk yang diciptakan Allah tanpa ayah dan ibu!
Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakan yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan 2 di bawah sinaran matahari?
Mendengar pertanyaan yang pelik dan dibuat-buat tersebut pemuda itu pun tersenyum dengan senyuman mengandung keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismillah ia berkata:
Satu yang tidak mungkin ada duanya ialah Allah
Dua yang tidak mungkin ada tiganya ialah malam dan siang. Allah berfirman: “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”
(Surah Al Isra’, ayat 12)
Tiga yang tidak mungkin ada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan perahu, membunuh seorang anak kecil, dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. (Surah Al Kahfi, ayat 71-82).
Empat yang tidak mungkin ada limanya adalah empat kitab samawi: Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur’an.
Lima yang tidak mungkin ada enamnya ialah solat lima waktu.
Enam yang tidak mungkin ada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah menciptakan makhluk.
Tujuh yang tidak mungkin ada lapannya ialah langit yang berjumlah tujuh lapisan. Allah berfirman: “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis…” (Surah Al Mulk, ayat 3).
lapan yang tidak mungkin ada sembilannya ialah malaikat pemikul ‘Arsy Ar-Rahman.Alloh berfirman: “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas kepala mereka.” (Surah Al Haaqah, ayat 17).
Sembilan yang tidak ada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa AS : Tongkat, Tangan yang bercahaya, Angin topan, Musim Paceklik, Katak, Darah, Kutu dan Belalang
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh adalah kebaikan, Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang berbuat kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda.” (Surah Al An’am : 160)
Sebelas yang tiada dua belasnya adalah saudara-saudara Yusuf.
Dua Belas yang tiada tiga belasnya adalah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah : “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu. ” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Surah al Baqoroh : 60)
Tiga Belas yang tiada empat belasnya adalah jumlah Saudara Yusuf ditambah ayah dan ibunya.
Adapun yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu subuh. Allah SWT berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (Surah At Takwir : 18)
Kubur yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Yusuf, ketika mereka berkata kepada ayahnya, “”Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala;.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kalian” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “aku akan memohonkan ampun kepada Rabbku. sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sesuatu yang diciptakan allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jeleknya suara adalah suara keledai.” (Surah Luqman : 19)
Makhluk yang diciptakan allah tanpa ibu dan bapa adalah Nabi adam, Malaikat, unta Nabi Soleh dan kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah iblis, yang diazab dengan api adalah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Surah al Anbiya)
Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Soleh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-Habul Kahfi (penghuni gua)
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimanafirman Allah SWT, “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 2)
Pemuda arab itu terus melanjutkan perkataannya. Ia menjawab pertanyaan dengan jawapan yang sesuai dengan firman Allah. Walaupun pertanyaan itu sengaja dibuat hanya untuk memalukannya, namun pemuda itu mampu menjawabnya dengan tenang. Hingga sampailah pada jawapan yang terakhir;
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting, mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah shalat lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.
Pendeta dan para hadirin berasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia mints diri untuk pergi. Namun ia membatalkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta.Pemuda ini berkata,
“APAKAH KUNCI SURGA ITU?”
Mendengar sahaja soalan itu, pendeta tersebut menjadi kelu, perasannya menjadi keliru dan celaru.
Rona wajahnya turut berubah. Dia yang khuatir cuba menyembunyikan perasaannya namun Para hadirin yang ada ketika itu, mendesaknya untuk menjawab.
Mereka berkata
“kamu bertanya padanya 22 soalan dan kesemuanya dia dapat menjawab dengan baik, sedangkan dia bertanya pada anda satu soalan sahaja, namun anda tidak mampu menjawabnya?”
Pendeta itu pun berkata
“aku mengetahui jawapannya, namun aku takut jika kalian marah.”
Para hadirin itu pun berkata:
“kami menjamin keselamatan anda”
Pendeta itu pun berkata:
“jawapannya adalah Asyhadu alla Ilaaha Illallaah wa Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.”
Lantas si Pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu pun memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.
Rezeki masing-masing dah ditetapkan. Jangan sedih, mungkin Allah nak kita perbanyakkan hal Akhirat kita supaya dari situ Allah bagi rezeki Dunia yang lebih luas pada kita.
Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.
Begitu juga, apabila diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah dan pelbagai rintangan lain, hati tetap sabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.
Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.
Manakala bagi yang tidak bersyukur, bermakna mereka kufur kepada nikmat Allah SWT, merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan mudah dihasut oleh syaitan.
Mengkhianati amanah yang diberi, tamak dengan harta, sentiasa merasa tidak puas melihat kesenangan orang lain dan tidak takut kepada azab Allah SWT.
Oleh itu, jadilah hamba yang bersyukur kerana mengetahui segala nikmat datangnya daripada Allah SWT dan menterjemahkan rasa syukur dengan menggunakan kurniaan itu pada jalan yang diredai-Nya.
Sudahkah kita bersyukur semalam? Jom bersyukur hari ini! ❤️
Apabila sesuatu ujian itu tertimpa ke atas diri kita,
biasanya kita mampu bersabar.
Tetapi jika ia berpunca dari orang lain,
kita mula hilang sabar.
Bila kita sendiri hidup susah,
kita boleh sabar.
Tapi bila orang lain menyusahkan lagi hidup kita
yang sudah memang susah, kita mula hilang sabar.
Ingatlah…
Iblis menggunakan orang disekeliling kita untuk melukai kita, tapi Allah menghadirkan orang disekeliling kita untuk mendidik kita. jika kita pandang dari pandangan Iblis, maka ia akan melukakan kita, namun jika kita pandang dari sudut hikmah bagaimana Allah ‘mengatur’ kehidupan kita, maka kita akan bersyukur dengan setiap proses dan pembentukan☺️
Masih terngiang-ngiang kata-katanya sewaktu kami bergaduh tempoh hari,
“kau ni muka dah lah tak cantik, kerja pun tak ada, kau ingat ada lelaki nak pandang kau ke?”
Aku seperti biasa hanya diam hingga mengalir air mata, sebak dalam hati Tuhan sajalah yang tahu.. Entah apa yang tak kena di matanya sedangkan ini kehidupanku, kenapa dia pula melebih? Haih…. Lebih kuah dari sudu!
Hari demi hari aku tanam kebencian dalam hati untuknya. Kata-katanya tidak patut! Aku ni berteman dengannya sudah lama, sampai hati dia hembur kata sedemikian rupa!
Sudah empat hari kami tidak bertegur, bukan dia yang tidak mahu menegur, tetapi aku lah yang menjauh darinya.
Patutkah aku begini? Ya Allah, Islahkan jiwa ini agar tidak membenci sesama sendiri.. tetapi hati ini masih terluka. Perlukah aku menegurnya seperti biasa?
Aarghhh, biarlah. Aku tak peduli!
Tanganku menggapai telefon bimbit, aplikasi facebook sahaja yang terlintas di benak fikiran.
Sedang aku membaca dan melihat posting-posting yang lalu di feed, mataku tertangkap satu kata-kata..
Aku tersentak seketika. Allahu.. aku terlalu ikutkan perasaan. Aku mulai sedar, dalam hidup ini tiada yang sempurna, manusia tak pernah terlepas dari berbuat salah. Aku sebagai seorang muslim perlulah berlapang dada dan bersikap lebih memaafkan.
Walau dicaci dan dihina, maafkanlah..
Maafkan, bukan menyimpan dendam.
Seharusnya, kubalas lemparan batu dengan sekuntum bunga, itulah antara contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketikamana terlalu banyak penderitaan dan cemuhan yang Baginda terima, tetap Baginda berbuat baik
Jam locengku berbunyi, tepat menunjukkan pukul 3 pagi.
Aku segera bangkit untuk berwudhu’ dan bertahajjud. Ku teringat pesan temanku untuk mengejutkannya sekali dan bertahajjud bersama-sama. Ku panggil berkali-kali namun dia masih lena diulit mimpi. Ku tinggalkan dia dan terus ke kamar mandi.
Seusai membersihkan diri, aku mengejutkannya sekali lagi.
Masih sama, dia tidak juga bangkit dari tidurnya.
Aku bermonolog sendiri “kenapalah susah sangat kau nak bangun? Dosa apa yang kau buat hingga Allah taknak berjumpa dengan kau? Lihat aku, jam baru berbunyi, aku dah boleh tersedar.”
“hmmm.. ni mesti tak azam sungguh-sungguh untuk bangun, sebab tu liat”
.
.
.
Hati-hati, jangan mudah merendah-rendahkan amalan orang lain. Jangan berasa bangga dengan amal sendiri. Sesungguhnya kita telah Berjaya diperdaya oleh syaitan apabila kita mula merasa diri kita lebih baik berbanding orang lain. Sungguh, jarum syaitan terlalu halus, tipu dayanya terlalu licik!
Hati-hati jaga hati.
.
.
Ibnu Athaillah berkata:
“ketika iblis berputus asa mengajak manusia kearah kemungkaran, maka misi selanjutnya adalah menjadikan manusia merasa dirinya cukup baik.”
1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.
3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyumkan saja..
5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.
6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.
7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.
8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang.
10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..
11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri dan tiada ketenangan melainkan tawakal pada-Nya.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.
SEORANG penuntut Malaysia di Lubnan pada mulanya menyangkakan kejadian letupan di sebuah gudang di pelabuhan di Beirut, semalam adalah gempa bumi.
Ini kerana dia merasakan kediaman seorang pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan, seolah-olah bergegar ketika mereka sedang minum petang.
Penuntut tahun akhir di Universiti Islam Beirut, Ismail Zulkifli berkata, sebelum kejadian dia berada di pejabat Kedutaan Malaysia atas urusan rasmi sebelum dijemput ke rumah seorang pegawai kedutaan di Al Manurah, sekitar enam kilometer dari Pelabuhan Beirut.
“Sekitar jam 5.45 petang, kediaman berkenaan bergegar..saya mendiamkan diri untuk seketika sebelum satu letupan yang sangat kuat bersama gegaran lebih dahsyat dari yang pertama.
“Saya kemudian keluar ke balkoni rumah apartment berkenaan sebelum melihat penduduk di kawasan berhampiran keluar ke jalan raya sambil menjerit-jerit,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Ismail yang hampir lima tahun menuntut di Beirut berkata, dia kemudian melihat kepulan asap besar berwarna jingga di ruang udara kawasan Pelabuhan Beirut.
“Pada masa sama saya mendapati kawasan kediaman pegawai kedutaan mengalami kerosakan akibat gegaran itu di mana pintu rumah terkopak dan pintu tutup balkoni terkeluar dari relnya.
“Kami yang masih bingung dengan kejadian letupan itu kemudian mengambil keputusan untuk menuju ke kediaman Kedutaan Malaysia bagi mendapatkan perlindungan,” katanya.
Penuntut yang berasal dari Semenyih, Selangor itu berkata, semasa dalam perjalanan ke kediaman kedutaan, dia melihat orang ramai berkumpul di jalan raya sebelum dimaklumkan tentang situasi sebenar letupan yang berlaku.
“Sebaik tiba di kediaman kedutaan, kami kemudian menghubungi rakan-rakan penuntut dari Malaysia sebelum dimaklumkan semuanya dalam keadaan selamat.
“Sekitar jam 10 malam waktu (4 pagi Malaysia) saya kemudian dibenarkan pulang ke kediaman saya di kawasan Aishah Bakkar yang terletak 10 minit perjalanan dengan kereta dari lokasi kejadian letupan,” katanya.
Katanya, apabila kembali ke kediamannya dia mendapati ada sedikit kesan retakan namun keadaan lebih parah berlaku di dewan kuliahnya.
“Kesan gegaran dan letupan itu mengakibatkan hampir sebahagian besar kawasan kampus terjejas teruk dengan keadaan cermin pecah, siling jatuh dan retakan yang besar,” katanya.
Ismail berkata, akibat kejadian itu keluarganya menasihatkannya untuk pulang ke tanah air dalam masa terdekat namun dia merancang untuk menyiapkan tesis akhir sebelum pulang pada Oktober depan.
KUALA TERENGGANU- Seorang penganggur dijatuhi hukuman 24 tahun penjara dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol dan merompak pengantin baharu tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Yusof Othman, 28, dari Dungun dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas dua pertuduhan iaitu Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak mangsa yang berusia 30 tahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa semasa menceroboh masuk ke rumah sewanya di Paka, Dungun, jam 5.40 pagi, pada 5 Oktober tahun lalu.
Selain itu, tertuduh didakwa merompak mangsa dengan memaksa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga termasuk sebuah telefon bimbit pada waktu, tempat dan hari sama.
Mahkamah juga memerintahkan agar kesemua hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 21 Januari lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak di hadapan Hakim Nooriah Osman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa kejadian, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak tidur bersendirian memandangkan rakan serumahnya sudah berhenti kerja, manakala suami yang baharu dikahwini beberapa bulan bekerja di Kuala Lumpur.
Tertuduh yang dikatakan bertopeng dan hanya berseluar dalam memecah masuk sebelum merogol mangsa.
Mangsa turut cedera di paha akibat terkena gunting ketika bergelut dan tertuduh turut membawa lari wang tunai RM200 serta sebuah telefon bimbit milik mangsa.
Nurflix merupakan platform streaming video yang akan bermula pada Oktober ini dengan siara percuma selama tiga bulan. Pengerusi Nurflix, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohd Tahir berkata, tempoh tiga bulan itu dierikan agar Nurflix boleh mendapatkan maklumat balas sekali gus menambah baik khidmat dan menetapkan harga langganan pada kadar mampu.
Apa yang menarik dengan Nurflix?
Platform ini dibangunkan sebagai platform hiburan dengan kerjasama antara golongan ulama’ dengan karyawan Industri Kreatif.
Menurut Pengerusi Nurflix lagi, dalam arus kemodenan serta perkembangan platform streaming dalam talian sekarang yang sangat mencabar dengan lambakan konten-konten yang tidak selari dengan tuntutan agama, hal ini menjadi kebimbangan buat anak-anak dalam memilih bentuk hiburan yang sesuai.
Namun, dengan Nurflix, beliau menjamin kandungannya akan ditapis dengan sebaiknya menerusi panel penasihat kandungan yang dipanggil Nurpath. Hal ini bagi memastikan setiap kandungan menepati nilai-nilai Islam berteraskan akidah, adab dan akhlak serta selamat ditonton oleh pelbagai golongan.
Untuk peringkat permulaan, sebanyak 12 tajuk daripada pelbagai jenis kategori termasuk drama dan filem akan disiarkan. Nurflix.TV akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2021.
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka kaedah baharu bagi menggantikan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) subjek bertulis yang dibatalkan akibat penularan pandemik Covid -19.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kaedah yang dilaksanakan nanti perlu sesuai dalam situasi negara masih lagi belum bebas daripada pandemik maut itu.
“Kami sedang merangka kaedah yang paling sesuai bagi penilaian murid yang terlibat dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang mahu tahu adakah kementerian melakukan perbincangan dengan pemegang taruh sekolah agama bagi menggantikan ujian penilaian UPKK yang dibatalkan bagi memastikan penilaian ujian itu tidak terganggu.
Pada 17 April, Jakim membuat keputusan membatalkan pelaksanaan UPKK bagi subjek bertulis yang dijadual pada 28 September hingga 1 Oktober.
Sementara itu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) mengenai perkembangan Majlis Tahfiz Negara (MTN), Ahmad Marzuk berkata, kerajaan sedang giat membangunkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi menggerakkan MTN.
“Ia termasuk terma dan rujukan standard MTN, standard dan SOP penarafan hufaz, standard penarafan institusi tahfiz peringkat rendah dan tinggi iaitu bagi menjamin tahap keselamatan dan menaik taraf aspek pensijilan tahfiz,” katanya.
Beliau berkata, pelancaran SOP itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu menjawab soalan asal Mujahid mengenai peruntukan kepada sekolah agama, tahfiz dan pondok secara perbandingan pada tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020, Ahmad Marzuk berkata, pada tahun 2017 peruntukan khas sebanyak RM80 juta iaitu institusi sekolah pondok sebanyak RM50 juta dan tahfiz pula RM30 juta.
“Pada 2018 sebanyak RM75 juta diperuntukkan (pondok RM50 juta) dan tahfiz RM25 juta, 2019 sebanyak RM100 juta iaitu RM25 juta sekolah pondok, RM50 juta kepada sekolah tahfiz dan RM25 juta sekolah agama,” katanya.
Beliau berkata, Bajet 2020 pula meluluskan peruntukan khas sebanyak RM100 juta iaitu RM25 juta kepada sekolah pondok, RM50 juta kepada sekolah tahfiz dan RM25 juta kepada sekolah agama. – Bernama
Aurat merupakan suatu yang perlu dijaga dan dipelihara daripada pandangan manusia. Namun, tahukah kita bahawa kita perlu juga melindungi aurat daripada dilihat jin?
Menjaga aurat dari manusia itu mudah, pakai sahaja pakaian yang bersopan lagi patuh syari’ah,maka terpeliharalah aurat,
Tetapi bagaimana pula untuk menjaga aurat dari dilihat jin? Lebih-lebih lagi jika ingin mandi, ingin mengganti pakaian. Adakah jin boleh melihat aurat kita?
Berbalik pada soalan adakah jin boleh melihat aurat?
Maksudnya : “Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
(Surah Al-‘Araf : 27)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Jin dan syaitan itu boleh melihat aurat anak adam, maka perlulah kita berhati-hati daripada pandangan mereka.
Perkara ini telah pun diajar oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu,
Ada di dalam sebuah riwayat,
Dari Anas Bin Malik r.a beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya :“Penghalang (hijab) antara pandangan mata jin dan aurat bani Adam ketika membuka pakaian ialah membaca bismillah (dengan nama Allah)”
(Hadith Riwayat al-Tabrani)
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa Bismillah merupakan benteng penghalang antara manusia dan jin.
Kesimpulannya
Perlu sentiasa beringat, sepertimana kita menjaga aurat daripada manusia, waji juga kita menjaga aurat dari dilihat jin, lazimi membaca Basmalah ketika melepaskan pakaian, lazimi juga untuk membaca basmalah ketika masuk ke dalam bilik air atau tandas. Moga Allah memelihari kita dan keluarga dari sesuatu yang tidak baik. Aamiin.
Sebelum kahwin, saya ada duit.. Mungkin menjadi faktor wife mahukan saya.. Ni andaian saya sahaja, dan bagi saya.. tak kisahlah macammana pun.. . Tapi waktu nak berkahwin.. bisnes saya jatuh dan duit habis langsung.. Bank saya langsung takde duit.. inilah saatnya mungkin cinta dia teruji. . Tapi dia belanja semua.. duit kenduri, duit makan minum transport sepanjang duduk di Thai sebulan. Sampai kering duit simpanan dia sendiri.. . Saya tanya, kenapa masih mahu kahwin dengan saya.. Nak beli cincin pun tak mampu.. . Katanya.. (Rahsia.. Takleh cerita) . Selepas itu, sy kata pada dia.. . Yang jatuh itu hanya bisnes.. Abg masih berdiri.. . Sejak itu, . Saya bina balik bersama dia, Dan kini bisnes sales beratus ribu setiap bulan berbanding puluhan ribu sebelum berkahwin.. . Rahsianya dimana? . Rahsianya, suami isteri mampu membina apa sahaja jika merancang dan melaksana bersama.. . Kerana suami isteri akan saling menjaga, saling melengkapi, saling menasihati dan menerima.. . Jadi, kepada suami isteri di luar sana.. ampa juga boleh bina apa sahaja jika dilakukan bersama.. . Para suami, jangan mengejar wanita lain.. Hadirnya seorang isteri sudah cukup untuk menjaga nafsu kita. Fokuslah pada impian bersama isteri. . Dan para isteri, jangan berhenti memikat suami dan jadilah seseorang yang menyempurnakan impian bersama. . Harapan saya kepada tuan hamba semua.. Kenali lah diri dan tuan hamba akan jumpa jalan tuan hamba sendiri.. Walaupun di luar sana ada banyak jalan.. ur path is only one.
Apabila sesuatu ujian itu tertimpa ke atas diri kita,
biasanya kita mampu bersabar.
Tetapi jika ia berpunca dari orang lain,
kita mula hilang sabar.
Bila kita sendiri hidup susah,
kita boleh sabar.
Tapi bila orang lain menyusahkan lagi hidup kita
yang sudah memang susah, kita mula hilang sabar.
Ingatlah…
Iblis menggunakan orang disekeliling kita untuk melukai kita, tapi Allah menghadirkan orang disekeliling kita untuk mendidik kita. jika kita pandang dari pandangan Iblis, maka ia akan melukakan kita, namun jika kita pandang dari sudut hikmah, maka kita akan bersyukur dengan setiap proses dan pembentukan yang Allah berikan.☺️
“Dinamakan dengan nama surah Al-Ikhlas kerana Allah husus menceritakan tentang dirinya dan Allah tidak menyebut di dalamnya kecuali apa yang berkaitan dengan nama-nama dan sifat-Nya serta kerana surah tersebut mengajarkan ikhlas kepada pembacanya sehingga menjauhi kesyirikan.
Jiwa, berbicara tentang jiwa yang terlalu unik sifatnya
Ada ketika ia sedang bahagia, maka seluruh tubuh terasa bertenaga,
Ada masa ia berduka, seluruh tubuh seolah-olah tak bernyawa.
Pernahkah kita berasa, hari ini merupakan hari bahagia, tiba-tiba esoknya terasa suram, semangat yang semalam entah hilang ke mana. Jika hal ini berlaku, soroti kembali ke dasar hati, boleh jadi jiwa mu sedang sakit, dan perlukan rawatan dan terapi.
Berusahalah untuk mengamalkan 10 amalan ini, untuk kembalikan kekuatan jiwa.
Pertama:
Berusahalah untuk bertahajjud.
Dengan bertahajjud, ia dapat mengusir segala anasir negatif dan penyakit dalam diri. Suasana malam yang hening turut dapat mendamaikan jiwa.
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis
“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)
Kedua:
Bacalah Al-Quran.
Al-quran merupakan sumber motivasi, ia yang terlalu bermukjizat dapat menjadi penawar buat hati.
Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra 17 : 82)
Ketiga:
Perbaiki solatmu.
Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.
Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Rasulullah SAW bersabda :
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”
( Riwayat Abu Dzar RA)
Kelima:
Sentiasa bersedekah setiap hari.
Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.
Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.
Allah SWT berfirman :
“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)
Keenam:
Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.
Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya :
“ Bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA :
“ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
Ketujuh:
Lazimi selawat tafrijiyah kerana padanya terdapat banyak manfaat untuk jiwa.
Jadikan ia sebagai rutin dan bacalah setiap kali selepas solat, segala yang dihajati akan dimakbulkan dan segala kegundahan akan diangkat.
Kelapan:
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.
Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
Kesembilan:
Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.
Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya : “ Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman bukan sahaja membahagiakan orang sekeliling malah dapat memberi aura positif kepada diri. Terkadang tanpa kita sedar, kita lah yang telah psiko diri sendiri dengan tanggapan-tanggapan negative sehingga mampu meruntuhkan semangat dalam jiwa. Oleh itu, ubahlah mindset dan katakanlah pada diri setiap hari sambil tersenyum “aku seorang yang kuat, dan aku pasti boleh lakukannya, tiada siapa yang boleh meruntuhkan keazamanku kerana Allah sentiasa bersamaku.”
Kesepuluh:
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.
Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas : “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.