Kuatlah Kerana Cinta-Nya..

Assalamualaikum, salam 12 Ramadan. Bagaimana Ramadan tahun ini? Semoga baik-baik sahaja, Insya-Allah dengan izin-Nya. Namun bagi yang sedang kecewa, sedang merasa “sakit hati” dek kerana letih dengan permainan dunia, coretan ini khas untuk kita yang sedang ingin berhijrah dari semalam yang biasa untuk ke hari esok yang luar biasa. Insya-Allah, Bi-idznillah!

Jadi, hidup ini sebenarnya penuh dengan teka teki, sarat penuh dengan derita yang sering mengundang sehingga semuanya sehingga terasa beban di pundak. Kadang terasa kosong sehingga berfikir “apa yang sebenarnya aku mahukan dalam hidup ini”. Betul?

Istighfar, istighfar. Semoga Allah ampuni kita. Allah sedang menguji hati kita.  Allah punya jalan yang terkadang tidak pernah terbayang dek akal. Sungguh! Allah itu tidak pernah jauh, bahkan tidak pernah meninggalkan walau sesaat. Walau hari ini penuh duka, bangunlah dengan kekuatan yang luar biasa untuk hari esok. Biar beribu luka menghiris, walau ranjau menusuk pedih, teruskan berdiri.

Terus pujuk diri,  biarkan air mata menemani setiap perjalanan. Allah menjadi saksi kita sedang berjuang. Allah menjadi saksi ketika kita rebah, namun ingatlah disetiap beban yang kita hadapi itu, sebenarnya ada Allah yang sentiasa menemani. Kita cumalah hamba dan musafir, musafir di bumi yang penuh tipu daya. langitkan doa setingginya, Allah punya itu punya jalan yang terbaik untuk hamba-Nya.

Ingatlah, hari ini kita masih seorang pejuang, pejuang untuk mendapatkan Redha Allah. Walau beribu episod, terus cekalkan diri di setiap perjalanan. Maafkan sahaja perkara lepas yang menyakitkan. Mengertilah wahai jiwa, maaf bukan sekadar ubat, tetapi juga sebagai wangian yang menyebarkan harumannya. Maafkanlah kerana Allah. Teruskan bersangka baik dengan Allah. Jangan henti berpaut dan bersandar pada-Nya. Jom kita renungi dua hadis Nabi SAW sebagai pedoman,

“Allah SWT berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).”

(Hadis Qudsi: Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675)

Dan,

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat

(HR. Bukhari dan Muslim)

Betapa dekatnya dan sayangnya Allah pada kita. Namun mengapa kita masih ragu untuk bersangka baik dengan Allah?. Lihatlah betapa hebatnya manifestasi Cinta Allah. Cinta Allah, Cinta yang Agung dan tidak terbanding.

Moga terus tsabat dalam perjuangan ini. Jika sudah menyakini ada penentu bersama takdir, lalu sedarlah bahawa kita ini hamba yang hanya layak berusaha.

Tenang saja dan rasailah kasih Dia mengalir dalam dugaan ini. Kita tak nak ujian sebab kita rasa kita incapable to go through it. You might go beyond boundaries. Perhaps there would be someting great inside it kan? Allah bagi ujian , bukan tanpa janji, bukan tanpa pertolongan.

Amazing kan? Akhirul kalam, mari hayati Firman Allah di dalam Surah Ash-Sharh ayat 8,

والى ربك فارغب

Dan hanya kepada TuhanMu engkau berharap.

Wallahualam.

Ramadan Kembali lagi!

Alhamdulillah. Ramadan kembali lagi. Syukur ya Rabb, masih lagi diberi kesempatan untuk merasai Ramadan tahun ini.

Sebelum itu, mari kita renungi Hadis Baginda SAW

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Besarnya bulan Ramadan ini, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah ia juga merupakan pesta Ibadah. Perbanyakkan bertaubat kerana bulan ini juga adalah bulan maghfirah iaitu bulan pengampunan.

Bayangkan Ramadan ini adalah Ramadan terakhir kita. Iya, Ramadan akan berlalu pergi, namun sejauh mana yakinnya kita juga akan merasai Ramadan akan datang. Maka, marilah kita sama-sama manfaatkan Ramadan kali ini. Semoga Allah menerima segala amal kita.

Usah dipandangan dengan cerca nista manusia lain, teruskan berbuat amal. Jika sebelum ini kita sering culas dengan solat, aurat yang sering terbuka tutup. Ayuh jadikan Ramadan kali ini sebagai titik permulaan, sebagai batu loncatan untuk kita lakukan semua itu untuk meraih Redha Allah.

Last but not least, istiqamah buat amal kebaikan ! Sentiasa perbaiki diri kita dari hari ke hari. Doa pada Allah agar ditetapkan hati.

Semoga terus istiqomah walaupun selepas bulan Ramadhan.

Anak; Amanah yang besar

Anak merupakan anugerah dan kurniaan Allah kepada umatnya. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan pasti akan mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka. Oleh itu, anak merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan untuk ibu dan bapa mengasuh, mendidik supaya menajdi insan yang berguna untuk negara dan agama kelak.

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW bersabda bahawa

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Setiap anak yang dilahirkan umpama sehelai kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya, namun bagaimanakah kain itu dicorakkan mengikut acuan syariat agama atau mungkin jauh tersepit dari agama. Nauzubillah.

Sesungguhnya lahirnya seorang anak ke dunia ini bukan sekadar keseronokkan hidup, bahkan datang dengan sebesar-besar amanah. Hatinya yang suci siap sedia untuk diukir sebaiknya untuk menjadi mahkota agama. Jika ia di didik dengan sebaiknya maka bahagialah dunia akhirat, namun jika sebaliknya meranalah akhirat kelak.

Ibn Umar pernah berkata

“Didiklah anakmu kerana engkau nanti akan ditanya: apa yang telah engkau didik dan ajarkan kepada anak-anakmu? Anak-anakmu pula akan ditanyakan tentang bakti dan taatnya kepadamu”

(Riwayat Al-Baihaqi)

Semoga kelak kita mampu menjadi ibu bapa yang baik, yang mampu untuk mendidik generasi kelak dengan acuan agama. Berilah perhatian agar mereka mampu bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. In shaa Allah.

Pemimpin: Amanah Dari Allah

Allah berfirman di dalam Al-Quran,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”

[Surah Aali Imran 118]

Ibn Khaldun berkata:

“Melantik pemimpin adalah wajib dan kewajipan tersebut dapat diketahui dalam syarak dengan ijmak para sahabat dan tabiin kerana para sahabat Rasulullah SAW ketika wafatnya Baginda, mereka bersegera memberi taat setia kepada Abu Bakar RA dan menyerahkan kepadanya urusan mereka. Demikianlah pada setiap zaman dan perkara ini telah tetap sebagai ijmak yang menunjukkan kewajipan melantik pemimpin.” 

al-Muqaddimah, hlm. 191)

Namun begitu, pemimpin yang bijak haruslah mengenalpasti siapakah yang berada disekelingnya, samada mereka itu golongan yang inginkan kebaikan dalam pemerintahanya atau mereka adalah golongan yang menghasutnya untuk melakukan keburukan dan kejahatan.

Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang ketua, maka Allah menyiapkan baginya penasihat yang jujur. Jika ketua itu terlupa, dia mengingatkannya. Jika ketua dalam keadaan ingat, dia akan menolongnya. Apabila Allah inginkan keburukan kepada seorang ketua, akan dijadikan kepadanya penasihat yang jahat. Jika ketua terlupa, dia tidak mengingatkannya. Jika ketua dalam keadaan ingat, dia tidak membantunya.”

(Riwayat Abu Daud dengan sanad baik di atas syarat Imam Muslim)

Setiap dari pemimpin haruslah memiliki penasihat dan “golongan kanan” yang sentiasa mengingatkannya kepada Allah dan tentang Hari Akhirat agar ia akan sentiasa memimpin dengan kebenaran dan kejujuran. Mereka ini sangat penting dan perlu di dalam tampuk kepimpinan supaya dapat mengingatkan semua pimpinan daripada melakukan dosa dan kezaliman yang menyebabkan ketidakadilan dan kerosakkan.

Imam al-Ghazali berkata:

الدِّينُ أُسٌّ والسُّلْطَانُ حَارِسٌ وَمَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ

Maksudnya“Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang.”

 ( al-Iqtisad fi al-I’tiqad, hlm. 128)

Imam Mawardi pula menyebut:

الإمَامَةُ مَوضُوعَة لِخلَافَةِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنْيَا بِه

Maksudnya“Imamah atau pemimpin utama adalah menjadi pengganti kenabian dalam mengawal agama dan bersiyasah dunia dengan agama.” 

(al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 5)

Sesungguhnya setiap pimpinan itu adalah AMANAH yang besar dari Allah SWT. Sesiapa yang menunaikan haknya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan abadi yang tiada tandingannya. Tetapi barang siapa yang gagal melaksanakan haknya, dia akan memperoleh kesengsaraan yang tiada toloknya melainkan kekufuran kepada Allah SWT. sebagaimana sabda Nabi SAW:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً ، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Tiada di kalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.”

Riwayat Imam al-Bukhari (7150) dan Muslim (142)

Akhirul Kalam, mari kita hayati Sabda Rasullulah SAW

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ، فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Maksudnya: “Setiap orang Islam wajib mendengar dan mentaati dalam perkara yang dia sukai dan perkara yang dia benci, kecuali dia diperintah melakukan maksiat. Maka dia tidak boleh mendengar atau mentaati.

Riwayat al-Bukhari (6725) Muslim (1839)

Wallahualam

Ketika Ajal Menghampiri…

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran,

كَلَّاۤ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِیَ. وَقِیلَ مَنۡۜ رَاقࣲ

“Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong. Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”

[Surah al-Qiyamah 26-27]

Tatkala kematian semakin menghampiri, resah gelisah akan terus datang menjengah. mereka yang disekeliling terus berlengah mencari penawar, agar dapat disembuhkan, namun..

وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ . وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ . إِلَىٰ رَبِّكَ یَوۡمَىِٕذٍ ٱلۡمَسَاقُ

“Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan. Serta kedahsyatan bertindih-tindih. (Maka) kepada Tuhanmulah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan)”

[Surah al-Qiyamah 28-30]

Ketika itu, Allah SWT katakan bahawa itulah saat datangnya kematian. Tiada penawar yang dapat menghilangkan saat kesakitan diwaktu kematian semakin hampir, Tiada dukun yang boleh merawatnya bahkan tiada ubat melainkan kematian yang akan memotong kelazatan dunia ini.

Saat kematian, maka pulanglah kita menghadap Allah, Rabbul Izzati. Semua dari kita akan mati dan pulang menghadap Allah dengan setiap amalan tersendiri sepanjang hidup dibumiNya.

Ternyata, ketika itu, sedarilah kita bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan semata, dan bila tiba waktunya kita akan kembali ke Negeri Akhirat yang kekal abadi.

Maka, ketika nyawa masih dijasad, perbanyakkan taubat, dan ingatlah, Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Mengasihani walau dosa kita seluas laut, kasih dan penyayang Allah itu tidak mampu dinilai dengan apapun. Pulanglah, Bertaubatlah selagi pintu pengampunan masih terbuka untuk kita.

Setinggi mana pangkat, sebesar mana jawatan, semiskin mana pun harta kita, disisi Allah, yang membezakan kita semua cumala Iman dan Taqwa. Ayuh persiapkan bekal kita untuk menuju ke Negeri Abadi supaya tiada kekesalan saat pulang Ke Sana. Fa’tabiruuu.

Akhirul Kalam, ayuh kita lihat bagaimana Rasulullah SAW ketika saat hampir wafat.

عن عَائِشَةَ رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ: سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ. وفي رواية: سُبْحَانَكَ رَبِّي وَبِحَمْدِكَ، اللهُمَّ اغْفِرْ لِي

“Daripada Sayidatina A’isyah r.ha berkata, adalah Rasulullah saw sebelum wafat memperbanyak membaca doa:

سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

“Maha suci Engkau, dan dengan memujiMu, aku meminta ampun dan bertaubat kepadaMu”. (HR Muslim)

Wallahualam.

Menahan Amarah : Ganjaran Bidadari

Seperti yang sudah kita maklum, Allah telah mengiktiraf Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang terbaik untuk hambanNya. Ini berdasarkan kepada FirmanNya yang berbunyi,

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

al-Ahzab:21

Terdapat banyak manfaat yang dapat kita fahami menerusi Al-Quran dan Hadith apabila dikaitkan dengan menahan amarah. Di antara kelebihan orang yang menahan amarah ini menerusi Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

ali Imran: 134

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili ketika menafsirkan ayat ini pada menyatakan ciri-ciri orang yang bertaqwa, antaranya ialah orang yang menyembunyikan (menahan) kemarahannya serta mengawal dirinya dengan tidak menyakiti orang lain dalam keadaan dia mampu untuk lakukannya.

Ini disandarkan berdasarkan kepada sabda Nabi SAW (sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan status yang hasan):

“Barangsiapa yang menahan kemarahannya dalam keadaan dia mampu untuk melepaskannya, maka Allah akan memenuhkan di dalam jiwanya keamanan dan keimanan.” 

[Lihat: Tafsir al-Wasith, 1/238]

Selain itu, terdapat juga hadis yang mengaitkan dengan ganjaran bagi orang yang menahan amarah adalah ganjaran bidadari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:Daripada Muaz bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ اللَّهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ مَا شَاءَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menahan kemarahannya dalam keadaan dia mampu untuk melaksanakannya. Maka Allah Azza wa Jal akan memanggilnya di hari Akhirat di hadapan makhluk-makhluk-Nya sehingga dia diberi pilihan oleh Allah untuk memilih mana-mana bidadari yang dikehendakinya.” 

[Riwayat Abu Daud (4777)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]

Hadith ini bermaksud orang yang menahan kemarahan ini akan diperkenalkan kepada sekalian manusia serta dipuji dibangga-bangga akannya sehingga dikatakan padanya ini adalah disebabkan sifatnya yang hebat (iaitu menahan kemarahan). Disebabkan itu, dia diberi pilihan untuk memilih mana-mana bidadari yang dikehendakinya. Di samping itu, ini juga merupakan kinayah dengan masuknya dia ke dalam Syurga yang penuh dengan kenikmatan serta dengan mendapat kedudukan yang tertinggi.

Di samping itu, Imam al-Tibi menyatakan pujian terhadap orang yang mampu mngawal kemarahannya adalah disebabkan kejayannya menundukkan nafsu yang menyeru kepada kejahatan. Demikian itu, Allah SWT memuji mereka (orang yang mampu mengawal kemarahan) dengan firmannya orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 13/95]

Rujukan: Irsyadul Hadith

Wanita Cantik Di Dalam Al-Quran

“Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Inteam: Wanita

Wanita, makhluk yang diciptakan oleh Allah sehingga mempunyai kedudukan yang sangat baik di dalam Islam. Wanita yang dimaksudkan adalah wanita yang solehah. Sehingga Nabi SAW bersabda di dalam Hadithnya yang berbunyi, daripada Abdullah bin ‘Amr R.A,

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏

Riwayat Muslim (715)

Ayuh kita telusuri dengan lebih mendalam tentang wanita yang cantik di dalam Al-Quran. Siapa wanita cantik itu?

Wanita Cantik 1. Melabuhkan hijab sehingga menutupi dada dan tidak bertabarruj dalam berpakaian. Sebagaimana Firman Allah di dalam Al-Quran,

…….وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ …..

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.”

(An-Nuur: 31)

Wanita Cantik 2: Menutup Aurat dengan sempurna( Memakai pakaian yang tidak menampakkan tubuh badan dan tidak jarang) supaya dikenali sebagai wanita yang baik dan bermaruah. Allah berfirman di dalam Al-Quran,

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

“Wahai Nabi katakanlah kepada isterimu, anak perempuanmu dan isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka labuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali (sebagai orang baik & bermaruah) kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Al Ahzab :59)

Syaikh al-Islam Zakaria al-Ansari dalam kitabnya Asna al-Mathalib, jilid 1/176 menyebutkan:

لا يَكْفِي سُتْرَةٌ تَحْكِي اللَّوْنَ أَيْ لَوْنَ الْبَشَرَةِ أَيْ تَصِفُهُ بِمَعْنَى يَصِفُهُ النَّاظِرُ من وَرَائِهَا كَمُهَلْهَلٍ لَا يَمْنَعُ إدْرَاكَ اللَّوْنِ لِأَنَّ مَقْصُودَ السَّتْرِ لَا يَحْصُلُ بِذَلِكَ وَلَا يَضُرُّ هَابَعْدَ سَتْرِهَا اللَّوْنَ أَنْ تَحْكِيَ الْحَجْمَ لَكِنَّهُ لِلْمَرْأَةِ مَكْرُوهٌ وَلِلرَّجُلِ خِلَافُ الْأَوْلَى قَالَهُ الْمَاوَرْدِيُّ وَغَيْرُهُ

 “ Tidak memadai bagi menutup aurat pakaian yang menampakkan warna kulit iaitu orang yang dapat melihat warna disebalik pakaian tersebut seperti pakaian koyak yang tidak menghalang daripada dilihat warna kulit kerana tujuan sebenar menutup aurat tidak akan berlaku tanpa menutup perkara tersebut. Tidak memudaratkan (tidak mengapa) setelah pakaian tersebut menutup warna kulit jika menampakkan bentuk badan sekalipun tetapi makruh hukumnya bagi wanita dan khilaf al-Aula bagi lelaki. Perkara ini disebut oleh imam al-Mawardi dan selainnya”


Wanita cantik 3: Tidak bercakap dengan bukan mahram tanpa keperluan dan jika perlu, dengan menggunakan nada tegas. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran,

يَا نِسَاء النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاء إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
.

Surah Al-Ahzab :32

Wanita cantik 4. Keluar rumah dengan keizinan. Firman Allah didalam Al-Quran

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَن يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنكُمْ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعاً فَاسْأَلُوهُنَّ مِن وَرَاء حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَن تَنكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِن بَعْدِهِ أَبَداً إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِندَ اللَّهِ عَظِيماً

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah..

Al-Ahzab; ayat 53

Wanita solehah biasanya disebut seperti ini untuk menjadi satu dambaan kepada lelaki dalam membina rumahtangga. Hal ini sepertimana sabda Nabi SAW:

فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya“Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu.”

Riwayat al-Bukhari (4802) dan Muslim (1466)

Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, ungkapan “فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ” membawa maksud sewajarnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk dalam setiap perkara, lebih-lebih lagi dalam perkara yang dia akan berteman dan tinggal lama bersamanya (isteri). Maka Nabi SAW menyuruh agar mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana agama adalah puncak keinginan. (Lihat Fath al-Bari, 9/164)

Imam Nawawi menyebut bahawa hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita, terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur. Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan seseorang di dunia dan akhirat. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 10/51-52)

Imam al-Son’ani menyebut, Nabi SAW memerintahkan para pemuda sekiranya mereka menjumpai perempuan yang baik agamanya, maka janganlah mereka berpaling untuk mengubah pilihan kepada perempuan lain. (Lihat Subul al-Salam, 10/4)

Sebagaimana Hadith Nabi SAW,

اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ

Maksudnya“Wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.”

Riwayat Ibn Hibban (4031) dan Ahmad (1448)

Akhirul kalam, ingin saya selitkan bingkisan doa untuk amalan kita semua bersama,

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa

Wallahualam

Pedofilia

Seperti yang kita maklum, kes pedofilia di Malaysia bukannya kes satu kes yang baharu malah ia semakin menjadi barah didalam kalangan rakyat Malaysia. Kajian ECPAT International telah mendedahkan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara pilihan untuk pelancongan pemangsa pedofilia. Ini membuktikan bahawa gangguan pedofilia masa kini tidak terbatas pada sempadan fizikal sahaja.

United Nation dan FBI menganggarkan seramai 750,000 pemangsa pedofilia berada dalam talian maya pada satu-satu masa. Globalisasi dan jangkauan jaringan internet tanpa sempadan membuatkan pemangsa merasa selamat di sebalik topeng maya mereka.

JENAYAH PEDOFILIA

Perlu kita tahu bahawa jenayah ini tidak semestinya berlaku persetubuhan antara pemangsa dan mangsa, tetapi tindakan menyentuh (general touch) itu juga sudah dikira sebagai gangguan fizikal. Termasuklah memandang (dengan bernafsu), membuka pakaian, menyentuh dan menyuruh sentuh. 

Pemangsa biasanya orang yang dikenali (atau berautoriti) dan rapat dengan keluarga. Kebanyakkan mangsa ialah kanak-kanak yang kebanyakkan belum mengenal dunia dengan baik. Kasihan, mereka baru hendak mengenal hidup, namun sudah trauma sehingga akan meninggalkan kesan pada emosi mereka. Nisbah mangsa mengikut jantina kanak-kanak Lelaki:Perempuan pula lebih kurang 1:2 Ada tiga jenis ‘taste’ pelaku Pedofilia ini:

  • Exclusive = Hanya bernafsu pada kanak-kanak sahaja
  • Non-Exclusive = Bernafsu normal pada dewasa DAN abnormal pada kanak-kanak
  • Incest = Bernafsu pada kanak-kanak yang ada pertalian darah

PUNCA PENYAKIT PEDOPHILIC DISORDER

Seperti kecelaruan mental yang lain, tiada jawapan mutlak dapat menerangkan punca dan penyebab perasaan abnormal sebegitu muncul. Namun beberapa teori yang dipeloporkan ialah:

  1. Genetik – Warisan daripada ibu bapa, perasaan dan fitrah yang hadir diwarisi (tetapi teori ini agak lemah)
  2. Penderaan Seksual – Si pelaku dikatakan mempunyai sejarah hitam pernah didera secara seksual juga, menyebabkan berlaku chain of violence, iaitu mereka melakukan perkara yang sama kepada kanak-kanak lain apabila mereka dewasa, seperti mana mereka kena ketika kecil dahulu.
  3. Behavioural Learning Theory – Tingkahlaku keganasan yang dipelajari melalui pemerhatian di sekeliling. Contohnya, ketika kecil pernah melihat ayah mendera mak (atau sebaliknya), abang mendera adik dll. Tingkahlaku agresif tersebut dipelajari secara tidak langsung, menjadikan personaliti mereka ketika dewasa kelak.

Agak sukar untuk menjalankan kajian dan mencari jawapan kepada punca munculnya tingkahlaku abnormal ini, kerana sukar untuk menemui pesalah untuk mengaku ia mempunyai penyakit tersebut. . Kedua, kes yang berlaku juga biasanya kes kecelaruan mental komorbiditi, iaitu pelaku itu mempunyai dua atau lebih kondisi serentak.

RAWATAN UNTUK PEDOFILIA

1. UBAT. Melalui ubatan tertentu, tujuannya untuk rendahkan pembuatan hormon testosteron. Ini bertindak untuk merendahkan libido, iaitu Sexual Drive seseorang itu.

2. PSIKOTERAPI. Pelaku melalui sesi terapi bersama Psikiatris atau Psikologis untuk memulihkan kondisi mental mereka. Rawatan ini lebih efektif apabila ia melalui sukarela oleh pelaku (bukan paksaan atau arahan mahkamah) dan digabungkan bersama antara perubatan dan psikoterapi. Malah, lebih efektif apabila disertakan dengan latihan sosial (Social Training) oleh pekerja sosial (Social Worker) 

PERANAN KITA SEBAGAI KELUARGA

  1. Ajar anak-anak kita mengenai Personal Safety, iaitu bahagian mana yang langsung tidak boleh disentuh oleh orang lain — bibir, dada, punggung dan kemaluan
  2. Didik anak-anak kita untuk tidak berahsia dengan kita, dan sering tanya mengenai perhubungan mereka dengan orang lain. Mereka ini kadang-kadang tak tahu pun perbuatan dilakukan oleh pedofil itu merupakan perbuatan salah dan satu jenayah.
  3. Jangan upload gambar anak sesuka hati di media sosial — Terutama gambar tidak berpakaian, gaya duduk yang tidak sopan atau sebagainya.
  4. Kenalpasti pedofil yang ada di negara — Negara kita patut ada senarai pedofil yang boleh diakses oleh orang awam. Ini bukan isu buka aib, tetapi isu keselamatan kanak-kanak.
  5. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kita syak dengan seseorang, atau apabila kanak-kanak itu sudah pun mengadu — Jangan ambil mudah adua/rengekan mereka

Rujukan dan artikel asal

  1. Hellodoktor.com
  2. AimanPsikologi.com

Kebahagiaan Dunya Dan Akhirat

وَٱبۡتَغِ فِیمَاۤ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡـَٔاخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِیبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡیَاۖ

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia…”

[Surah al-Qasas 77]

Mari kita renungi ayat Al-Quran diatas, iaitu tentang perintah Allah kepada kita supaya menggunakan segala harta ke arah kebaikan. Segala harta yang dianugerahkan kepada kita sehingga mampu membuatkan kita dekat dengan Allah sebenarnya adalah “tanaman” yang akan dituai didunia dan diakhirat kelak. Antara tamak yang kita sangat perlukan di dalam hidup adalah dengan tamak ganjaran akhirat kerana itulah kebahagiaan hakiki yang akan kita nikmati kelak.

Jangan kita lupa sebenarnya dalam keseronokkan kita memburu kebahagiaan akhirat, Allah tidak pernah menghalang kita untuk menikmati keseronokkan dunia seperti tempat tinggal, pakaian, pernikahan dan segalanya yang tidak menyalahi syarak. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai haknya, maka tunaikan dan berikanlah sesuatu itu sesuai dengan hak dan keperluannya.

Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin berkata:

“Bahagia ialah ketika mana manusia berada dalam satu puncak ketaqwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah swt”.

Tanda kebahagiaan dunia sebagaimana sabda Rasulullah saw:

أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ ، وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

“Empat tanda kebahagiaan:

1. Isteri yang solehah
2. Tempat tinggal yang luas
3. Jiran yang soleh (baik) dan
4. Kenderaan yang elok.

Manakala 4 tanda kedukaan adalah:

1. Jiran yang buruk (jahat)
2. Isteri yang jahat (derhaka)
3. Tempat tinggal yang sempit dan
4. Kenderaan yang buruk.”

(HR Ibnu Hibban. Sheikh Syu’aib al-Arnaut menyatakan sanad hadis ini sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari)

Akhirul Kalam, mari kita sama-sama terus buru kebahagiaan dunia dan akhirat kerana ia adalah dua sisi yang saling terkait Sebab keduanya adalah satu. Keduanya adalah jalan yang satu.

مَّن كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِندَ اللَّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ

Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), kerana di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat.

(An-Nisa [4]: 134).

Wallahualam.

Sekecil-Kecil Kebaikan: Seberat Zarrah

Allah berfirman di dalam Al-Quran:

فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” [Surah az-Zalzalah 7]

Antara cara untuk melahirkan rasa bahagia adalah dengan melakukan walau hanya sekecil-kecil kebaikan. Antara perkara yang perlu kita tanam didalam diri bahawa, setiap kebaikan itu akan dinilai oleh Allah bahkan amal yang datang dengan ikhlas itu yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.

هَلۡ جَزَاۤءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ

“Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga” [Surah ar-Rahman 60]

Didalam Islam, Kita ditegah untuk meremeh-remehkan amal kebaikan yang mungkin pada pandangan mata kita ia cumalah amalan kecil, sehingga Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:

“Janganlah meremehkan kebaikan walaupun hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan itu adalah sebahagian daripada kebajikan.”

 (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Selain itu, Rasulullah SAW juga telah menganjurkan kepada kita semua untuk sentiasa turut mengajak manusia lain untuk bersama-sama membuat kebaikan. Hal ini kerana, berbuat kebaikan bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri, malah untuk kebaikan bersama. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun. Barang siapa mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dosa-dosa mereka yang mencontohinya itu sedikit pun.”

(Riwayat Muslim)

Dan ketahuilah bahawa orang yang sentiasa melakukan kebaikan, hatinya akan sentiasa tenang, damai dan bahagia. Sebaigamana Sabda Nabi saw:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ

“Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu”

(HR Imam Ahmad)

Sayidina Nawwas bin Sam’an r.a, Nabi saw bersabda:

الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

“Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu…”

(HR Muslim)

Semoga kita termasuk didalam golongan yang sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan memberi manfaat kepada mereka yang lain. In Shaa Allah.

Wallahua’lam.

Langsaikan Hutangmu!

Allah berfirman di dalam Al-Quran:

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)” [Surah al-Baqarah 280]

Berkata Imam al-Maraghi dalam tafsirnya: 

“Sekiranya penghutang sedang mengalami kesulitan, hendaklah pemiutang menunggu atau memberi tempoh sampai ada kelapangan sehingga memungkinkan dia melunaskan hutang. Namun begitu, bersedekah kepada orang yang berhutang yang sedang menanggung kesulitan dengan membebaskan sebahagian atau seluruh hutangnya adalah lebih baik bagi pemiutang dan lebih besar pahalanya di sisi Allah daripada menunda masa pembayaran mereka”.

Seperti yang kita tahu, hutang adalah salah satu perkara yang WAJIB dilunaskan oleh setiap penghutang. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ وَإِذَا أُتْبِعَ أَحَدُكُمْ عَلَى مَلِيءٍ فَلْيَتْبَعْ

Maksudnya: “Menangguh pembayaran (hutang) bagi orang yang mampu adalah kezaliman, jika salah seorang dari kamu memindahkan hutang itu pada orang yang kaya, maka terimalah ia (pemindahan hutang).”

Namun, sekiranya hutang itu tidak mampu dibayar oleh si penghutang pada tempoh yang dijanjikan kerana ditimpa musibah atau menanggung kesulitan dan sebagainya, maka disarankan untuk pemiutang melambatkan tempoh atau diberi masa untuk mengutip semula hutang tersebut sehinggalah si penghutang tersebut telah mempunyai kemampuan untuk membayar semula. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”

(Surah al-Baqarah: 280)

Namun adalah lebih baik sekiranya pemiutang tersebut untuk menghalalkan hutang tersebut jika diketahui si penghutang tersebut sebenarnya daif sehingga tidak mampu untuk membayar semula.

Antara doa yang diajar oleh Islam apabila kita mempunyai hutang adalah,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia”

(HR Abu Daud)

Wallahualam.

Sinar Ilmu Buat Mukmin

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawasanya, diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A,

مَنْ يُرِدِ اَللَّهُ بِهِ خَيْرًا, يُفَقِّهْهُ فِي اَلدِّينِ

Maksudnya“Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya.”

Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037)

Ayuh telusuri Hadith diatas. Antara ‘sign’ untuk seseorang diberikan kebaikan adalah apabila ia diberi kefahaman untuk memahami Islam. Mengapa ilmu ini sangat dan penting? Hal ini demikian kerana, Ilmu akan memandu seseorang untuk mengenal Penciptanya, mengenal Rasulnya, bahkan mengenal kehidupan.

Menurut Ulama, ilmu yang bermanfaat apabila ilmu tersebut dapat membawa kita kenal dan beriman kepadanya. Bahkan, dengan ilmu juga kita dapat mengenal kelemahan diri serta dapat menambahkan cinta kita kepada hari akhirat, dan paling utama adalah apabila ilmu itu dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Namun, jika ilmu tersebut telah membuatkan seseorang itu berasa takbur dengan ilmunya sehingga melupakan Allah, maka ilmu tersebut akan menjadi penghalang buat pemiliknya untuk mendapat kebaikan didunia dan akhirat. Akhirnya ilmu tersebut tidak mampu menjadi cahaya yang bersinar dan memberi manfaat pada yang lainnya.

Apapun ilmu yang tersemat didalam dada kita, carilah Allah disebalik ilmu itu. Bukankah asal usul ilmu itu sendiri datangnya dengan kehendak Allah?. Ayuh sama-sama kita beristighfar. Semoga ilmu yang kita sedang pelajari sekarang, mampu menjadikan kita untuk menghayati kemanisan dalam beribadah dan mampu menjadikan kita untuk terus bermanfaat untuk ummah ,dan bukan sekadar tersemat didalam dada namun tidak mengamalkannya.

Akhirul kalam, ayuh kita hayati Hadis ini, yang diriwayatkan daripada Abu Musa R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا، فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ، فَأَنْبَتَتِ الْكَلأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ، وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ، فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ، فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا، وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى، إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لاَ تُمْسِكُ مَاءً، وَلاَ تُنْبِتُ كَلأً، فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقِهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ، فَعَلِمَ وَعَلَّمَ، وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا، وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ

Maksudnya“Bandingan petunjuk dan ilmu yang diutuskan kepadaku ialah seperti hujan yang menimpa bumi. Maka sebahagian daripada bumi itu ada tanah yang subur menyerap air lalu menumbuhkan rumput dan tanaman lain yang banyak. Dan terdapat sebahagian daripadanya tanah yang keras yang tidak menyerap tetapi menakung air. Allah SWT menjadikannya juga bermanfaat kepada manusia lalu mereka minum, memberi minum dan menyiram tanaman dengannya. Dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah yang keras dan rata yang tidak menakung air dan tidak menumbuhkan tanaman.

Itulah bandingan orang yang memahami agama Allah SWT dan mengambil manfaat daripada ajaran yang diutuskan kepadaku lalu dia belajar dan mengajar. Dan juga bandingan orang yang tidak menghiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan itu) serta tidak mahu pula menerima petunjuk yang aku diutuskan membawanya.” 

Riwayat Bukhari (79) dan Muslim (2282)

Wallahua’lam.

Malu; Kalungan Mutiara

Malu adalah salah satu sifat yang dapat membentengi lelaki atau perempuan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Mukmin yang mempunyai sifat malu ini semestinya dapat menghindarkan dirinya dari menghancurkan diri sendiri bahkan dapat membuktikan bahawa dia memiliki hati dan jiwa yang murni.

Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya antara perkara yang telah diketahui manusia daripada kalimat kenabian terdahulu adalah, jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.”

(Riwayat Bukhari)

Oleh itu, malu adalah satu perisai mukmin, bahkan juga salah satu dari cabang iman. Justeru, sifat malu bukan satu perkara kecil kerana apabila menyentuh soal iman, ia perkara asas dalam agama.Jika seseorang individu mengaku dirinya beriman kepada Allah SWT, maka sifat malu perlu ada dalam dirinya.

orang yang memiliki sifat malu terhadap Penciptanya akan sentiasa berusaha untuk melakukan perintah serta meninggalkan larangan-Nya walau di mana pun ia berada; sama ada apabila sendirian ataupun ketika dikhalayak manusia lain. Namun, mereka yang mempunyai sifat malu hanya kepada manusia, ia hanya akan cuba untuk memelihara dirinya daripada melakukan perkara yang mengaibkan dan hanya melakukan kebaikan apabila berada bersama kalangan manusia. Tetapi apabila disebalik manusia, ia tidak segan silu melakukan maksiat, padahal Allah itu Maha Melihat segala perlakuan hambaNya.

Begitulah pentingnya sifat malu dan sewajarnya kita sebagai seorang mukmin untuk memiliki sifat ini. Malu bukan kerana kekurangan atau kelemahan diri di mata manusia sahaja, tetapi malu adalah tanda iman kepada Allah SWT yang menyebabkan kita sentiasa ingin melakukan amalan yang diredai Allah SWT. In shaa Allah.

Dalam Diam, Mendoakan

Dalam Hadis Rasulullah SAW, Daripada an-Nu’man bin Basyir RA

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى.متفق عليه واللفظ لمسلم.

beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya).”

(Muttafaqun ‘Alaih, hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 6011 dan Muslim, No.Hadith : 2586, lafaz hadith daripada riwayat Muslim)

Daripada Hadis Rasulullah ini, dapat kita fahami bahawa kesepaduan hati sesama muslim ini sangat penting untuk mencorakkan ukhuwah yang berlandaskan keimanan. Maka, pilihlah sahabat yang mana ia mampu membantu kita untuk berada didalam jalan yang lurus, iaitu jalan yang sentiasa di Redhai Allah.

Sebagai Muslim, senjata eksklusif kita adalah panahan doa. Panjatan doa dan pengaduan seseorang kepada Tuhanya adalah merupakan penguat hati orang yang beriman, bahkan jika mendoakan seseorang , ia adalah cerminan kasih kepada mereka kerana Allah. Oleh itu, Bijaklah dalam berteman, dan jangan lupa, doakan juga temanmu.

Mendoakan saudara kita tanpa diketahui empunya badan termasuk didalam kategori doa yang didengari oleh Allah SWT. Berbekalkan iman dan kasih sayang, sudah tentu perkara ini tidak pernah akan memberatkan kita kerana pasti bagi kita, kegembiraan orang lain juga adalah kebahagiaan dan kegembiraan bagi diri kita juga.

Menjadi mukmin yang baik, bukan sekadar menjaga hubungan dengan Allah sahaja, bahkan menjaga hubungan sesama manusia juga menjadi keutamaan dan dipelihara sebaik mungkin. Seperti yang dikhabarkan kepada kita, mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah, kelak akan dipertemukan semula diakhirat kelak, In shaa Allah. semoga kita juga termasuk ya, Aaminn.

Tanda sayang itu bukan sekadar lafaz, doa juga sebagai bukti tanda cinta walau tidak diketahui empunya diri. Ayuh, mari kita rebut peluang untuk dinaungi Allah walaupun pada doa yang dikirimkan tidak diketahui empunya diri. Wallahualam

Nikmat Terlaknat; ZINA

Mungkin tidak kita perasan bahawa setiap hari ada sahaja kes pembuangan bayi dilaporkan, belum lagi dengan kes keguguran sengaja. Apakah puncanya? Tidak lain, tidak bukan ia datang dari ZINA.

Mengapa zina dianggap biasa? kerana hal terpenting adalah apabila jiwa mula memberontak sehingga setiap nasihat sukar untuk diterima. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Tahukah sahabat remaja sekalian, dari hati itulah akan terdetik nafsu sehingga tergadai diri menderita sendiri.

Mari kita telusuri kisah Nabi Yusuf Alaihissalam, dimana ancaman zina ini dirakam didalam Al-Quran oleh Allah untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Bagaimana Nabi Yusuf digoda oleh seorang wanita yang bukan sahaja cantik, malah seorang isteri pembesar yang kaya. Namun Nabi Yusuf berdoa dan menyebut nama Allah untuk menguatkan dirinya dan mengingatkan wanita tersebut supaya takut dengan Allah.

Dari kisah Nabi Yusuf ini, dapat kita lihat bagaimana Baginda mengutamakan Allah iaitu dengan sentiasa merasakan Allah itu sentiasa ada dan melihat setiap kelakuan kita. Maka, keimanan dihati perlu sentiasa disuburkan. Rasulullah SAW bersabda,

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)”

Riwayat al-Bukhari (5065) dan Muslim (3466)

Imam Nawawi menjelaskan, adapun pengertian al-ba’ah (الْبَاءَةَ) sendiri adalah jima’ (hubungan intim), inilah makna al-ba’ah (الْبَاءَةَ) pada bahasa. Namun yang dimaksudkan adalah mampu untuk berjima’ disertai dengan kemampuan memberi nafkah terlebih dahulu. Sesiapa yang tidak mampu berjima’ lantaran belum mampu dari segi nafkah, maka hendaklah dia rajin berpuasa untuk mengekang syahwatnya yang menggelora. Gejolak maninya dapat ditahan dengan rajin berpuasa sunat seperti itu. Itulah maksud hadis yang dikemukakan di atas. Hadis tersebut ditujukan kepada para pemuda yang syahwatnya sudah menggelora namun belum mampu untuk memberi nafkah. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/154)

Akhirul kalam, ternyata Islam sudah memberi panduan yang secantiknya. Maka, sahabat remaja sayang sekalian, Ayuh kita ikut panduan Islam, semoga Allah terus sentiasa menjaga dan membimbing kita dari melakukan perkara yang dikeji oleh Allah SWT. In shaa Allah

Allahul Mustaan.

Dunia; Cuma Persinggahan

Hidup akan sentiasa dipukul dengan ujian dan cubaan.

Badai akan selalu menimpa, sakit akan sentiasa terasa hingga kita pun kadang-kala terpinga-pinga.

Belum pun sempat menghela nafas lega, menzahirkan rasa gembira ia akan datang kembali dari arah yang tak terduga, dari jalan yang kadang tak pernah kita sangka.

Sudah penat bertanya kenapa…

Jawapnya dah lama ada. Tuhan kata Dunia ini adalah tempat ujian…dan memang itulah fungsi aku dan engkau dihidupkan. Untuk diasak dengan ujian.

Nikmat itu ujian,
Taat itu juga satu ujian,
Maksiat juga satu ujian,
Bala juga satu ujian,

Dunia ini tempat ujian dan kau tak akan dapat berehat dari ujian sampailah datangnya waktu keputusan ujian engkau nanti.

Bertabahlah dan sabarlah wahai diri sendiri. Ingatlah yang kau akan diuji sampai engkau mati.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

[Al-Anbiya’:35]

Zikrullah; Sempadan Hati

Bagaimana tangan hendak menyambut jika hatinya enggan menyambut? Bagaimana kaki hendak melangkah jika hati tidak menginginkan? Bagaimana mulut hendak mengatakan tidak, walhal hati menjerit “iya” sekuatnya?

Tidak terhasil cinta jika benci terus berantakan dijiwa, bahkan tidak lahir amalan yang jitu selagi keyakinan masih bertingkah didada. Ketika itu, lahirlah apa yang menguasai jiwanya, iaitu lahirnya maksiat apabila keimanan tewas dengan kekufuran. Maka, wajiblah bagi kita untuk terus bermujahadah agar iman terus pasak didada.

Setiap muslim akan berperang dengan nafsunya sendiri setiap hari agar tidak terjatuh kelam di dalam dosa. Hati, perlu dibentengi dengan kuat agar iman tidak terus tercalar, tertoreh dek hasutan nafsu yang semakin menjalar. Fa’tabiruuu

Maka, untuk mengubati hati yang semakin candu dengan dunia, dan berahi dengan dosa, memerlukan fokus yang tinggi iaitu dengan berzikir sehingga ia menerobos lubuk hati yang paling mendalam. Lisan yang kerap meratib zikir akhirnya akan meyakinkan kita bahawa Allah Maha Mendengar, dan tidak mungkin bagi seseorang untuk terjerumus didalam kancah dosa jika jiwanya penuh dengan zikrullah. Ayuh, perbanykkan Zikrullah.

Jemputan Walimah Kahwin

Soalan : Apakah hukum menghadiri jemputan walimah kahwin?

Jawapan:

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Apabila seseorang dari kamu dijemput menghadiri majlis jamuan perkahwinan, maka hendaklah diterima undanganya”

Bukhari no: (4878)

Disebalik jemputan ini, wujud makna tersirat dan tersurat serta hikmah yang sangat besar, yang mana hikmahnya digerakkan oleh perasaan kemesraan dan kegembiraan keluarga, mempelai dan tetamu yang sudi menikmati jamuan dan beramah mesra bersama-sama. Oleh itu, perasaan ikhlas itu wajar disambut baik.

Perkahwinan merupakan detik sentimental, disebaliknya terpanggil rasa hati untuk bersyukur kepada Allah atas nikmat tidak terkira itu. Maka, ada ulama berpandangan bahawa hukum menghadiri jemputan walimah kahwin itu adalah wajib kerana orang yang menolak jemputan tanpa sebarang keuzuran dikira melanggar saranan Rasulullah SAW.

Imam Syafie berpendapat bahawa istilah walimah didalam bahasa Arab meliputi semua jemputan yang bermotifkan kegembiraan seperti majlis akikah, berkhatan dan sebagainya. Bagaimanapun iainya lazim digunakan hanya untuk majlis perkahwinan sahaja.

Mengenai jemputan ke majlis-majlis selain perkahwinan, kebanyakkan ulama berpandangan ianya adalah sunat, sementara sebahagian Syafie berpandangan bahawa semua undangan walimah wajib dihadiri. Para ulama berpandangan jika tetamu yang dijemput itu berpuasa sunat atau berpantang makan, lebih afdal baginya berbuka puasa jika hal itu menyebabkan pihak keluarga pengantin berasa terkilan.

Namun, hukum wajib menghadiri Walimah itu berubah menjadi tidak wajib apabila upacara di majlis berkenaan bertentangan dengan syarak seperti menghidangkan arak, makanan tidak halal atau tetamu jemputan tersebut untuk golongan kenamaan sahaja. Kita dilarang memenuhi jemputan golongan penyembah berhala kecuali jika mereka bersedia menghormati adab dan budaya Islam seperti makanan yang dihidang halal dan berpakaian sopan.

Sesungguhnya setiap garis panduan yang diberikan oleh Islam itu adalah sebaik-baik jalan. semoga kita diberikan kefahaman untuk memahami setiap garis panduan yang ditunjukkan oleh Islam. Wallahualam.

Rujukan: Dr Abdul Hayei Abdul Sukor

Dihilangkan Rasa Cinta Kepada Maksiat

Antara penyebab iman seseorang itu semakin meruncing adalah Maksiat. Maksiat juga akan turut menghilangkan kemanisan untuk beribadah.

Ada satu doa yang dikongsikan oleh Abuya Tuan Guru Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله seperti yang diijazahkan oleh Abuya Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani حفظه الله kepadanya untuk dijadikan amalan.

اللَّهمَّ إِنَّا نَسْأَ لُكَ التَّوْبَةَ وَ دَوَامَهَا،وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ المَعْصِيَةِ وَأَسْبَابِهَا،وَذَكِّرْنَا بِالخَوْفِ مِنْكَ قَبْلَ هُجُومِ خَطَرَاتِها،وَاحْمِلْنَا عَلَى النَّجَاةِ مِنْهَا وَمِنَ التَّفَكُّرِ فِي طَرائِقِهَا،وَامْحُ مِنْ قُلُو بِنَا حَلَاوَةَ مَا اجْتَنَيْنَا مِنْهَا،وَاسْتَبْدِلْهَا بِالْكَراهَةِ لَهَا،وَالطَّمَعِ لِمَا هُوَ بِضِدِّهَا•

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon untuk bertaubat dan kekal bertaubat siang dan malam,dan kami berlindung dengan Engkau daripada melakukan maksiat atau daripada melakukan perkara yang mendorong kepada kemaksiatan,dan ingatkanlah kami dengan rasa gerun kepada Engkau sebelum kami diserang oleh maksiat,dan doronglah kami untuk selamat daripada perbuatan maksiat,dan daripada berfikir tentang cara untuk melakukan maksiat tersebut,dan padamkan daripada hati kami perasaan kemanisan bermaksiat, sehingga kami berasa jijik dengan maksiat,dan gantikan rasa manis bermaksiat itu kepada perasaan benci kepadanya,dan gantikanlah rasa manis bermaksiat itu dengan perasaan tamak untuk melakukan taat, bukannya maksiat.

Amalan ini sangat baik, khususnya kepada mereka yang seringkali berusaha untuk bertaubat dan meninggalkan maksiat. Tetapi, akhirnya kembali melakukan dosa yang sama itu berulang-ulang kali. Terjerumus sekali lagi dalam maksiat yang sama. Menjadi manusia sempurna itu mustahil, namun menjadi manusia yang lebih baik daripada hari semalam itu boleh diusahakan. Allahul Mustaan.

Kekuatan Doa

ketika kita tidak memilik daya untuk mengubah seseorang, maka yakinlah bahawa Allah sahajalah yang akan mengubahnya. jadi, doa adalah senjata utama untuk kita ikhtiar sebagai seorang muslim, iaitu saling mendoakan kebaikan sesama muslim. Ternyata ada sesuatu yang lebih dahsyat daripada kekuatan Cinta, iaitu kekuatan Doa.

Jangan pernah meremahkan kekuatan doa, kerana doa itu ibarat anak panah yang dipanah oleh pemanah ulung, selalu akan tepat pada sasaran, bahkan ia juga ibarat titisan air yang sentiasa menitik dibatu setiap hari sehingga ia mampu memecahkan batu sekeras kerikil.

Doa adalah bentuk ketidakupayaan seseorang hamba pada Rabbnya. Didalam doa, akan terselit kekuatan. Tetap tenang, jangan gelisah dan pada setiap sujud dan pada setiap tautan genggaman, percayalah bahawa setiap perkara yang mustahil itu dapat dipatahkan oleh kekuatan doa yang datangnya dari hati yang tulus.

Apapun yang kita impikan, mintalah pada Allah. Kumohon, jangan pernah berputus asa dalam memohon kepadaNya. Teruskan berdoa kerana mengulang-ngulang doa adalah seperti mengayuh basikal, kelak akan membawa kita kearah yang kita tuju. Semoga kita semua diberi kesabaran yang tinggi saat menunggu terkabulnya doa, ketawakalan dan dikurniakan kekuatan iman dalam teguh berdoa.

Apa Yang Perlu Dibuat Ketika Ditimpa Musibah?

Allah ‘azza wa jalla telah mengingatkan,

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Sungguh, kami akan pasti benar-benar menguji kalian dengan suatu bahagian dari bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kekurangan pada jiwa, kekurangan pada hasil; dan (di sebalik semua itu) berikan berita gembira buat orang-orang yang sabar.

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Yang mana apabila menimpa mereka, sebarang musibah, mereka menyebutkan INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAAJI’UN (Sungguh, kita adalah milik Allah, dan sungguh kita, kepadaNya, pasti kita akan kembali.)

أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Mereka inilah yang mana mereka menerima keberkatan dari Tuhan mereka dan juga rahmat; dan mereka jugalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

[al-Baqarah(2):155-157]

Ummu Salamah menceritakan,

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، تَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: ” مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا “، قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: كَمَا أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي خَيْرًا مِنْهُ، رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .


Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi saw berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang ditimpa musibah kemudia dia berkata: [Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali (Al-Baqarah, 156). Ya Allah, berikanlah ganjaran pahala kepadaku dalam musibahku ini, dan gantikanlah kepadaku apa yang lebih baik dari itu], kecuali Allah akan memberi ganjaran pahala dalam musibahnya itu dan menggantikan baginya apa yang lebih baik dari itu”. Ummu Salamah berkata: “Ketika (suamiku) Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata sebagaimana yang Rasulullah suruhku (membaca doa tersebut), kemudian Allah gantikan kepadaku orang yang lebih baik darinya (suamiku) iaitu Rasulullah saw”.

Hadith riwayat Imam Muslim

perkara yang pertama perlu disebut atau diucapkan apabila ditimpa apa-apa musibah atau melihat dan menerima berita musibah, maka ringankan lidah untuk terus menyebut INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAAJI’UN dan jangan lupa untuk terus melangitkan doa kerana Dia sebaik-baik pendengan dan penolong. Allahul Mustaan.

Sesungguhnya kehidupan dunia ini sendiri penuh dengan ujian duniawi, maka hendaklah kita sedar akan hakikat ini untuk terus tunduk dan berdoa kepadaNya. Hakikatnya adalah bahawa kita sebenarnya cuma seorang hamba, tunduk berteleku dihadapanNya dan jangan menyombongkan diri dengan tingginya pangkat dan harta.

Hak Pekerja Di Dalam Islam

Soalan : Apakah hak pekerja seseorang pekerja itu menurut Islam?

Jawapan:

Isu bekerja adalah antara ikhtiar manusia meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna berbanding dengan makhluk-makhlukNya.

Islam menyeru umatnya untuk bekerja dalam meneruskan kehidupan seharian. Namun demikian penekanan terhadap punca rezeki atau mata pencarian yang halal adalah menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam. Hal ini kerana, setiap apa yang menjadi rezeki atau yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ

Maksudnya“Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”

Berkenaan dengan hak pekerja yang mesti diberikan oleh majikan, antara lain ialah:

1. Gaji yang telah dijanjikan.Ia hendaklah dibayar mengikut terma perjanjian. Bahasa yang digunakan dalam hadis adalah sebelum peluh kering seperti dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya“Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering peluhnya.”

Riwayat Ibn Majah (2443), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (11988) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir (34)

Imam al-Munawi berkata: 

“Haram hukumnya menunda gaji pekerja sedangkan tidak ada kekangan untuk segera menyerahkannya. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, ketika para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” 

(Lihat Faidh al-Qadir, 1/718)

Walaupun begitu penggajian boleh juga berdasarkan kesepakatan antara pekerja dan majikan sama ada dibayar mengikut harian, mingguan atau bulanan. Ada juga dibayar dalam bentuk sekali gus dan ada juga yang mengikut jam. Oleh itu, jika hal seperti ini sudah disepakati, maka ia hendaklah ditunaikan mengikut kesepakatan tersebut. Sesungguhnya Islam sangat menitik beratkan kebajikan seorang pekerja serta memberi peringatan keras terhadap majikan yang menzalimi pekerjanya. Dalam satu hadith Qudsi, Nabi SAW meriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman:

Maksudnya“Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat… (salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan.

Imam al-Subki dalam satu fatwanya menyebut:

Maksudnya“Seseorang yang mengupah orang lain bekerja, kemudian orang tersebut telah menunaikan tugasnya dengan baik, namun dia tidak memberikan upahnya, adalah sama seperti orang yang menghambakan manusia merdeka. Dia menghalang orang lain untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah sunnah. Maka ini sama sahaja dengan orang yang menjual manusia merdeka kemudian memakan hasilnya. Ini adalah dosa yang sangat besar.” 

(Lihat Fatawa al-Subki, 2/377)

2. Kemudahan kesihatan juga perlu diambil kira melalui Takaful dan sebagainya.

3. Hak untuk berpersatuan bagi membela dan memperjuangkan hak mereka hendaklah dibenarkan selama mana tidak membawa kepada unsur negatif.

4. Tidak membebankan pekerja di luar kemampuannya sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu melakukan tugas dengan sebaiknya. Jika terpaksa dilakukan, maka bantulah mereka. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Zar R.A, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya“Janganlah kamu membebankan mereka (hamba), dan jika kamu memberikan tugas kepada mereka, bantulah mereka.”

Riwayat al-Bukhari (30)

Imam Nawawi berkata:

Ganti nama pada perkataan mereka adalah saudara-saudara kamu dengan maksud hamba yang kamu miliki dan diperintahkan memberi makan kepada mereka seperti apa yang dimakan oleh tuan mereka. Begitu juga memberi pakai mengikut pakaian tuan mereka dengan maksud sunat seperti itu, bukan satu kewajiban. Ini adalah dengan ijma’. Adapun yang dilakukan oleh Abu Zar dengan pakaian yang sama seperti hambanya, dengan maksud hukumnya sunat. Tetapi yang wajibnya kepada penghulu atau tuan memberi nafkah kepada hamba yang dimilikinya dan pakaiannya mengikut uruf sesebuah negeri dan seseorang itu. Secara umumnya, ijma’ ulama tidak harus mentaklifkan seseorang daripada amalan atau pekerjaan yang di luar kemampuannya.

(Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 11/113)

Pangkat dan kenaikan gaji hendaklah dilakukan seadilnya bukan melalui pilih kasih tetapi mengikut kelayakannya. Dicadangkan sebuah badan khusus yang menilai kemampuan dan kebolehan serta kelayakan pekerja untuk dinaikkan pangkat berdasarkan kriteria tertentu.

Hak untuk berehat atau cuti mengikut persepakatan dan terma perjanjian antara mereka. Oleh itu, jika hal seperti ini sudah disepakati, maka ia hendaklah ditunaikan mengikut kesepakatan serta tidak memungkirinya. Nabi SAW bersabda:

Maksudnya“Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.”

Riwayat Abu Daud (3594), al-Tirmizi (1352), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (11761), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (30) dan al-Daraqutni (96).

Syeikh al-‘Azim Abadi ketika mensyarahkan hadis ini, berkata: “Iaitu mereka tetap (dengan perjanjian yang telah dilakukan) dan tidak berpatah   balik.” (Lihat ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 10/26).

1. Memberi peluang kepada pekerja untuk menambahkan lagi skil dan kemahiran agar benar-benar menepati dan mencapai ke tahap profesional atau pekerja mahir.

2. Melayani pekerja dengan baik serta tidak bersikap kasar dan zalim sehingga melakukan kekasaran fizikal kepada pekerja. Nabi SAW tidak pernah melakukan kekasaran kepada bawahannya. Saidatina Aisyah R.Anha menceritakan:

مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللهِ شَيْئًا قَطُّ بِيَدِهِ وَلاَ امْرَأَةً وَلاَ خَادِمًا

Maksudnya: “Rasulullah tidak pernah memukul dengan tangannya sedikit pun, tidak kepada wanita dan tidak kepada hamba (pekerja).”

Riwayat Muslim (2328) dan Abu Daud (4786)

Imam al-Nawawi berkata: “Dalam hadis terdapat anjuran untuk memaafkan dan bersikap lemah lembut.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 8/37)

Sikap Majikan yang Cemerlang

Kami sengaja memasukkan isu ini dalam Bayan Linnas pada kali ini agar berlaku hubungan dua hala antara pekerja dan majikan. Melihat kepada pelbagai tulisan dan pendapat sifat majikan yang cemerlang, maka kami garapkan seperti berikut, antaranya:

1. Memahami keadaan Pekerja

Majikan tidak semestinya memahami keseluruhan peribadi pekerja, akan tetapi cukuplah memahami keadaan emosi pekerja. Apabila pekerja dilihat berada dalam tekanan dan masalah, majikan boleh memberi nasihat atau mengadakan hari tertentu seperti family day untuk mengurangkan tekanan.

Kalaulah terlalu banyak dibelenggu dengan masalah keluarga, maka penyelesaian isu kekeluargaan hendaklah diutamakan.

2. Memberi Sokongan atau Galakan Membina. Majikan hendaklah memberi dan membina kepercayaan terhadap pekerjanya. Hal ini dapat membangkitkan semangat dan motivasi mereka dalam memberikan sumbangan yang terbaik terhadap menyelesaikan sesuatu tugasan yang diamanahkan. Cara memotivasikan ini jelas amat berkesan untuk meningkatkan lagi prestasi pekerjaan oleh pekerja. Lihatlah sejarah Rasulullah SAW memuji para sahabatnya sehingga mereka menjadi begitu unggul dan terbaik.

3. Tidak Memilih-milih atau Berat Sebelah. Sebagai majikan, hendaklah bersikap adil dengan memberi perhatian dan kerjasama kepada semua pekerja yang bertungkus lumus menaikkan nama syarikat atau organisasi. Ini amat penting kerana terlalu banyak perasaan kurang selesa berlaku di kalangan pekerja tatkala sifat pilih bulu berlaku.

4. Menjadi ‘A Part of the Team’. Majikan sewajarnya meletakkan diri sebagai a part of the team bersama bawahannya dan tidak merasakan tinggi diri. Elakkanlah sikap merasa bahawa hanya mereka yang memberi sumbangan paling besar kepada organisasi atau syarikat. Majikan yang terbaik ialah yang dapat mengenali dan memahami sikap serta sifat pekerja masing-masing. Ini akan menatijahkan kejayaan yang cemerlang dalam operasi perkhidmatan tatkala berlaku satu-satu amanah dan tanggungjawab.

5. Mengurangkan Beban Dan Tekanan. Majikan yang baik akan cuba sedaya upaya untuk bertimbang rasa namun dalam masa yang sama tegas dengan pendirian dan keputusan yang dibuat. Ini amat penting dalam melancarkan operasi perkhidmatan yang cemerlang kerana stress boleh merencatkan keputusan kejayaan sesebuah organisasi bahkan boleh jadi menemui kegagalan. Ukurlah baju di badan sendiri.

6. Memikirkan Penyelesaian, Bukan Hanya Pada Masalah. Majikan tidak boleh hanya pandai menunding jari kepada para pekerja apabila timbul sesuatu masalah. Mereka hendaklah bijak mengawal situasi dan emosi seterusnya memimpin bawahannya dalam mencari solusi dan jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan yang timbul.

Mencari jawapan dan menyelesaikannya akan menjadikan keseronokan dalam bekerja kerana ia dianggap selesai dan mencapai sasaran serta matlamat.

7. Berterus- terang dengan Pekerja. Majikan perlu berterus terang berkenaan keadaan sebenar yang dihadapi oleh syarikat atau organisasi. Sebagai contoh berkenaan pemberian bonus, majikan berjanji memberi pada pertengahan tahun. Namun hingga akhir tahun, belum masuk lagi. Ini akan menyebabkan pekerja hilang fokus dan kepercayaan terhadap majikan. Oleh itu, majikan hendaklah menerangkan situasi sebenar.

8. Mengadakan Mesyuarat. Dengan mengadakan mesyuarat, banyak masalah dan isu dapat diselesaikan dengan pantas. Mesyuarat yang baik adalah bersifat fokus dan mencari penyelesaian serta memilih pendapat yang terbaik dan relevan untuk dilaksanakan mengikut kadar kemampuan yang dimiliki oleh pekerja.

9. Jadikan Semua Orang Bertanggungjawab. Setiap orang perlu diberi kefahaman dan terma kerja yang semestinya dilakukan. Dan masing-masing perlu membuat checklist bersifat harian, mingguan dan bulanan. Makanya sudah barang tentu natijah dan produktiviti akan ada dan diperolehi. Kesannya amat memberangsangkan. Merasa kebertanggungjawaban merupakan hal yang terpenting apabila seseorang pekerja menggalas tugas dan amanah yang diberikan kepadanya. Dengan cara ini, daripada serendah-rendah pekerja, hingga kepada bos nombor satu akan merasa masing-masing mempunyai peranan serta tanggungjawab. Benarlah firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).

(Surah al-Nisa’: 58)

Ibn Kathir berkata:

Allah khabarkan kepada kamu agar kamu laksanakan amanah kepada yang berhaknya.” 

(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/637)

Al-Zamakhsyari berkata: 

Khitab ayat ini umum untuk semua mukallaf sebagaimana amanah itu umum bagi semua jenis hak berkaitan dengan zimmah sama ada hak-hak Allah atau hamba.

 (Lihat al-Kasyyaf, 1/405)

Daripada Samurah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya“Tunaikan amanah kepada siapa yang mengamanahkan kepada kamu dan jangan kamu khianat siapa yang mengkhianati kamu.”

Riwayat Ahmad (15424), Al-Tirmizi (1264), dan Abu Daud (3534)

Dalam konteks diberi amanah kepada yang lain jika sekiranya dia sebagai penyelia dan juga pengawal disamping bertanggungjawab atas pelaksanaan amanh tersebut. Maka ia dibolehkan. Sebaliknya jika amanah tersebut diterima dan terus diberikan kepada yang lain tanpa sebarang tanggungjawab dan seliaan daripadanya, maka ia telah mengabaikan amanah. Inilah yang kita bimbangi sebagaimana sabda Nabi SAW:

Maksudnya“Apabila diabaikan amanah maka tunggulah saat kebinasaan. Lantas sabahat bertanya: “Bagaimana bentuk pengabaiannya wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaan.”

Riwayat al-Bukhari (6496) dan Ibn Hibban (104)

Ibn Battal berkata:

 Ucapan Nabi ini umum. Makanya Arab Badwi sebagai yang bertanya kepada Rasulullah SAW mahukan syarahannya serta perincian lantas sabda Nabi SAW: Apabila urusan diserah kepada yang bukan ahli dan berkelayakan. Jawapan Nabi SAW umum termasuk padanya pengabaian amanah dan yang semakna dengannya serta tidak mengikut cara yang sebenarnya seperti menjadikan seseorang itu ulama’ sedangkan dia jahil ketika kematian ahli ilmu. 

(Lihat Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn al-Battal, 10/207)

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Menuntut Ilmu Dari Buaian Ke Liang Lahad

Soalan: Adakah benar pernyataan berkenaan dengan “Menuntut Ilmu dari Buaian ke Liang Lahad” merupakan dari Hadis Nabi SAW.?

اطْلُبُوا العِلمَ مِنَ المَهدِ إِلى اللّحْدِ

Maksudnya : “Carilah (tuntutlah) ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Jawapan:

Islam amat menggalakan umatnya untuk menuntut ilmu sedari kecil lagi. Bahkan di dalam kehidupan seharian kita, kita sangat memerlukan ilmu pengetahuan walau hanya untuk sekecil-kecil perkara. Namun, pernahkah anda mendengar ungkapan “Menuntut ilmu dari buaian ke liang lahad”?.

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah telah menerangkan perihal “Menuntut ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” bahawa ia bukanlah hadis Nabi SAW, bahkan ia cuma adalah perkataan yang direka oleh manusia biasa dan tidak boleh disandarkan atas Nabi SAW. Ia adalah hadis palsu yang masyhur di lidah-lidah manusia. namun yang menghairankan adalah apabila karya-karya yang disusun berkaitan hadis-hadis yang masyhur tidak menukilkan hadis ini.” [Qimah al-Zaman , 30]

Maka, dapatlah disimpulkan bahawa “Menuntut ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” bukanlah datangnya dari potongan hadith, bahkan ia juga termasuk didalam kategori Palsu. sesungguhnya menuntut ilmu wajib ke atas semua muslim tidak mengikut pangkat umur seseorang kerana tanpa ilmu, manusia akan hidup didalam kegelapan.

Wallahua’lam

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Keluarga Contoh Di Dalam Al-Quran

1. Allah memilih untuk menampilkan kisah keluarga Imran sebagai contoh keluarga yang soleh di dalam al-Quran. Antaranya adalah kisah Imran iaitu bapa kepada Saidatina Maryam. Menurut Ibn Asyur, beliau adalah di antara lelaki yang soleh dikalangan Bani Israel. (al-Tahrir wa al-Tanwir, 3/84)

2. Bukan sahaja Imran, isteri beliau turut digambarkan sebagai ibu dan isteri yang solehah. Ini dapat difahami melalui dialog (doa) beliau ketika mengandungkan Maryam. Isteri Imran bernazar agar anak yang dikandungnya menjadi seorang yang melindungi agama dan mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan).

3. Berkat doa ibu yang solehah serta ayah yang soleh, mereka dikurniakan anak yang solehah iaitu Maryam. Bukan itu sahaja, Allah menyusun agar guru yang mendidik Maryam juga adalah seorang yang soleh, iaitu Nabi Zakaria (surah Ali Imran: 37).

4. Kisah ringkas yang disebutkan oleh Allah dalam Quran ini menggambarkan kepentingan sinergi gabungan peranan ibubapa dan guru dalam membesar, mendidik serta menghasilkan pelajar yang baik. Walaupun diuji dengan ujian yang amat sukar (Maryam mengandung tanpa berkahwin), Maryam berjaya melalui ujian ini dengan tenang.

5. Kehebatan keluarga ini telah menjadikan nama mereka dipatrikan sebagai salah satu nama surah di dalam al-Quran, iaitu surah Ali Imran. Menariknya disini, Allah turut menampilkan juga contoh keluarga yang tidak baik, yang berlawanan dengan kisah keluarga Imran.

6. Sebagaimana Allah mengkhususkan satu surah untuk keluarga Abu Lahab, Allah telah menggambarkan kedudukan mereka sebagai contoh keluarga yang teruk di dalam al-Quran. Surah ini dimulakan dengan lafaz “cilaka” (tabbat) buat Abu Lahab kerana bukan sahaja memusuhi Islam dan menyakiti Rasulullah, malah isteri serta anak mereka turut membantu dalam perkara ini.

7. Ummu Jamil, isteri Abu Lahab dikatakan bukan sahaja mencaci Rasulullah, malah menabur duri dijalan yang dilalui Rasulullah. Anak mereka yang berkahwin dengan puteri Rasulullah, Utbah (yang berkahwin dengan Ruqaiyah) serta Utaybah (yang berkahwin dengan Ummu Kalthum) disuruh pula menceraikan isteri mereka (iaitu anak-anak Rasulullah).

8. Kejahatan Abu Lahab serta ahli keluarga mereka dalam memerangi Islam kini diabadikan di dalam al-Quran di dalam satu surah khas, sebagai pedoman buat Muslim.

Antara doa yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah

 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”  (Al-Furqan : 74)

Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.

Artikel Asal: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Sabar Dan Solat

Allah berfirman di dalam Al-Quran,

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

Terjemahannya: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Surah Al-Baqarah: 45

Ayuh kita perhatikan Firman Allah SWT diatas, dimana Allah menfokuskan tentang dua perkara, iaitu Sabar dan Solat. Menurut Ibn Uthaimin, sabar ini mempunyai makna yang luas, malahan ibadah solat itu sendiri termasuk dalam sabar iaitu sabar dalam mentaati dan menurut perintah Allah.

Sabar terbahagi kepada tiga perkara, iaitu yang pertamanya adalah sabar didalam meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengundang kepada dosa dan meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah.

Yang keduanya adalah sabar ketika melakukan ketaatan. sabar ketika melakukan ketaataan meskipun terasa berat oleh jiwa dan tubuh badan. Sabar ketika melakukan ketaatan ini akhirnya akan membawa pahala yang lebih besar.

Ketiga, sabar di dalam mengharungi berbagai macam musibah dan cubaan. Sabar yang sebegini hukumnya adalah wajib, sebagaimana memohon ampun dari perbuatan-perbuatan yang aib.

Manakala solat pula adalah penolong yang paling besar untuk menguatkan diri seseorang di dalam mentaati Allah, seperti yang Allah firmankan di dalam ayat Al-Ankabut 29:45,yang bermaksud, 

“Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu daripada Kitab, dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran. Dan sesungguhnya zikrullah itu adalah lebih hebat”.

Diriwayatkan di dalam sebuah hadis,

“Adalah Rasulullah s.a.w., apabila menimpanya sesuatu perkara, maka dia solat”.

Demikianlah kebijaksanaan yang terkandung di dalam menjadikan sabar dan solat sebagai penolong dan pembimbing untuk memperoleh belas kasihan Allah serta kebahagiaan dunia dan akhirat).

 Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar

Benar Atau Palsu Malaikat Maut Menjenguk 70 Kali Sehari?

Pernahkah diantara kalian yang sering mendengar ucapan orang berkenaan dengan “malaikat maut menjenguk seorang hamba Allah itu sebanyak 70 kali sehari”?

pernah juga disebutkan oleh orang ramai berkenaan dengan Hadith ini, yang mana ia hadith yang masyhur dan diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ مَلَكَ الْمَوْتِ لَيَنْظُرُ فِي وُجُوهِ الْعِبَادِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعِينَ نَظْرَةً، فَإِذَا ضَحِكَ الْعَبْدُ بَعَثَ إِلَيْهِ يَقُولُ: يَا عَجَبَاهُ بُعِثْتُ إِلَيْهِ لأَقْبِضَ رُوحَهُ وَهُوَ يَضْحَكُ

Maksudnya : “Sesungguhnya malaikat maut akan melihat wajah-wajah hamba (manusia) setiap hari sebanyak 70 kali, apabila hamba tersebut ketawa maka akan diutuskan malaikat tersebut kepadanya lalu berkata: Sangat menghairankan, aku telah diutuskan kepada engkau untuk mengambil rohnya ketika dia sedang ketawa”.

[Jami’ al-Kabir, 1:79454, no. hadith: 1741]

Namun tahukah anda bahawa, Riwayat ini telah dihukum sebagai palsu oleh Ibn Iraq al-Kinani dan beliau telah memasukkannya di dalam kitabnya iaitu “Tanzih al-Syariah al-Marfu’ah ‘an al-Akhbar al-Syani’ah al-Maudhu’ah”. [Lihat: 2:375]

Setelah diteliti dan ditekuni berkenaan riwayat tersebut, riwayat ini juga terdapat di dalam kitab “al-Tazkirah” oleh Imam al-Qurthubi dan juga di dalam “Tarikh al-Baghdad” oleh Ibn al-Najjar.

Walaubagaimanapun, kami cenderung dan sependapat dengan Ibn Iraq bahawa hukum riwayat atau hadith ini adalah palsu. Untuk itu, kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW ataupun menyebarkannya kepada orang lain.

Kesimpulannya adalah kita mestilah mengenalpasti status kesahihan sesuatu hadith itu sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Hal ini demikian kerana Nabi SAW telah mengancam mereka yang membuat pendustaan terhadap bagainda dan kalamnya (Hadithnya). Sebagaimana sabda Nabi SAW:

مَن حَدَّثَ عنِّي بِحديثٍ ، يَرَى أنَّهُ كَذِبٌ ، فَهُوَ أحَدُ الكاذِبَيْنِ

Maksdunya: “Barangsiapa yang berkata-kata daripadaku akan sebuah hadith dan dia melihat  bahawa ia adalah dusta maka dia adalah salah seorang daripada pendusta itu”.

(Riwayat Muslim, Tirmizi, Ibn Majah)

Akhirnya, semoga Allah memelihara kita dari untuk tidak menyebarkan hadith atau kalamnya tanpa membuat penilaian terlebih dahulu, dan semoga Allah menjadikan kita dikalangan mereka yang cintakan ilmu dan diberikan kefahaman untuk memahami ilmuNya. Allahul Mustaan.

Rujukan : Irsyad Hadith

Berdoalah!

إِنَّ رَبِّی لَسَمِیعُ ٱلدُّعَاۤءِ

“Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan”

[Surah Ibrahim 39]

Sesungguhnya Allah swt, Tuhan kita benar-benar Maha Mendengar dan mengabulkan doa yang dipanjatkan kepadaNya dengan tulus dan bersungguh-sungguh. Allah swt amat mendengar doa permohonan daripada hambaNya. Allah mendengar untuk mengabulkan, bukan sekadar mendengar sahaja. Maka sentiasalah meminta-minta padaNya tanpa jemu.

Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Di antara waktu yang disunatkan untuk memperbanyakkan doa ialah ketika turunya hujan.

Nabi SAW mengajarkan kepada umatnya apabila melihat hujan turun agar berdoa dengan doa ini. Bahkan berdoa ketika hujan adalah mustajab sebagaimana disebutkan daripada Sahl bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda:

“إِثْتَتَانِ لَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ”.

أخرجه الحاكم، كتاب الجهاد، حديث رقم 2534، عن سهل بن سعد رضي الله عنه، وقال: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.

Maksudnya: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.”

Hadith riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 2534

Antara amalan yang dilakukan Nabi SAW apabila hujan yang turun itu sebagai rahmat daripada Allah SWT ialah Baginda akan membasahkan badannya dengan air hujan tersebut  sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan sebagaimana  disebut oleh Anas bin Malik RA:

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ أَنَسٌ : ” أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ ، قَالَ : فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنَ الْمَطَرِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا ؟ قَالَ : ” لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى “. أخرجه  مسلم في صحيحه،  كِتَابٌ : صَلَاةُ الِاسْتِسْقَاءِ، بَابٌ : الدُّعَاءُ فِي الِاسْتِسْقَاءِ، حديث رقم 898.

Maksudnya:

Daripada Anas RA, beliau berkata; “Kami bersama-sama Rasulullah SAW pernah ditimpa hujan, Anas melanjutkan: “Lalu Rasulullah SAW menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya)”. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Kenapa engkau lakukan hal ini?” Baginda SAW menjawab: “Kerana ia adalah makhluk yang Allah baru diciptakan

Hadith riwayat Muslim, no. 898, Ahmad, no. 11917, 13318

 Imam an-Nawawi dalam syarahnya menghuraikan hadith ini mengatakan:

“Hadith ini bermaksud hujan adalah rahmat, ia merupakan ciptaan Allah yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi SAW bertabarruk (mengambil berkat) dengannya. Hadith ini juga merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka anggota (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan terkena pada badannya”.

Ayuh kita sama-sama melangitkan doa, pasakkan harapan Cuma hanya pada Dia. Makbul atau tidak, teruskan berdoa. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Seandainya dikabulkan doa kita, panjatkanlah rasa syukur kepada-NYA dan jangan kufur dengan nikmat yang diberikan-NYA. Andai kata doa kita belum dimakbulkan lagi, usahlah simpan rasa sedih dalam diri.

Sabda Rasulullah SAW:

“Berdoalah kamu sekalian pada ALLAH SWT dengan perasaan yakin akan dikabulkannya doamu. Ketahuilah bahawasanya DIA tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh-sungguh.”

Riwayat al-Tirmizi

Jangan pernah takut untuk berdoa, namun takutlah jika kita tidak lagi diberikan hidayah untuk berdoa. Jangan pernah ragu jika doa kita tidak terkabulkan.

Mari rebahkan hati dan pikiran ini. Dialah. Allah yang tetap akan mengabulkan doa kita, jika bukan sekarang pasti nanti diwaktu yang tepat. Sungguh, Allah Maha Tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya.

Indahkan Dunia Dengan Memaafkan.

Pasti diantara kita yang pernah mengalami konflik sama ada kecil atau besar dengan Sahabat, keluarga atau saudara-mara sendiri. Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari berbuat kesilapan, terutamanya terhadap orang lain.

Namun, bagaimana kita menghadap konflik tersebut. Adakah dengan membiarkan konflik itu terus berlarutan sehingga tiada lagi sapa menyapa antara kita atau kita berlapang dada dengan memaafkan walaupun perit?

Nabi SAW pernah bersabda:

لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Maksudnya: Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah.

Sesungguhnya orang yang memaafkan kesalahan orang lain walaupun hatinya perit untuk berkata maaf, namun ketahuilah, sesungguhnya mereka ini adalah hasil dorongan keredhaan Allah pada hatinya, kerana dia mengetahui bahawa dia juga adalah manusia biasa yang tidak pernah lari dari kesalahan.

Maka, marilah kita, berlapang dada. Memaafkan kesalahan lalu bukan bermakna kita kalah atau kita salah, namun ia merupakan sifat terpuji. Ikhlaskan perkara yang terjadi. Sungguh, ia Cuma musibah yang kecil berbanding nikmat-nikmat yang lain. Jangan hanya kerana satu kesalahan, kita melupakan seribu kebaikkan yang ada padanya.

Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur’an, tatkala menyifatkan beberapa ciri orang yang bertaqwa:

الذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ

Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.

Surah Ali ‘Imran (134)

Allah SWT juga menyifatkan antara ciri orang yang beriman dan bertawakkal kepada-Nya:

وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ

Maksudnya: ...dan apabila mereka marah, mereka segera memaafkan.

Surah al-Syu’ara’ (37)

Rasa amarah yang membuak-buak itu tetap perlu dikawal dan disalurkan melalui jalan yang betul, bahkan jangan membiarkan rasa marah itu menguasai diri kita, sehingga membawa kepada tindakan-tindakan diluar batasan syarak.

Ingatlah bahawa, Hidup adalah tentang saling memerlukan.

Jadi, jom sama-sama kita berusaha menuju syurga-Nya!

Moga Allah jaga. In shaa Allah. Allahul Mustaan

Sabar Dengan Musibah, Syukur Dengan Nikmat

Musibah dan Sabar, keduanya adalah dari cubaan Allah kepada manusia supaya manusia kembali sedar dan mengingati Kekuasaan Allah. Manusia mempunyai berbagai sikap apabila menghadapi kesenangan, kenimatan, kesusahan, malapetaka dan musibah dari Allah. Namun, sejauh mana seseorang manusia itu mampu bersederhana apabila menghadapi cubaan-cubaan ini.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran

“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.”

Surah Fussilat, ayat 51

Dari petikan ayat ini, dapatlah kita fahami bahawa sebahagian manusia apabila mendapat nikmat mereka tidak mensyukuri nikmat tersebut, bahkan apabila dirinya ditimpa kesusahan, baru teraba-raba mencari dimana Tuhannya selama ini.

Sabda baginda Rasulullah didalam sebuah hadis,

Daripada Syuhaibin telah berkata, telah bersabda baginda Rasulullah: “Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia akan bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar maka itu baik juga untuknya – 

[HR Muslim:2999]

Sungguh kasihan dengan diri kita. Mengapa? Jika kita fahami, sebenarnya kita yang memerlukan Allah, setiap minit, bahkan setiap saat Allah itu tidak pernah jauh dari kita. Namun, Dimanakah kita letakkan Allah ketika mana kita berdiri tinggi? dan lemahnya kita apabila Cuma bergantung harap apabila jatuh tersungkur menyembah bumi.

Ingin saya petik kalam Imam Syafie yang berbunyi,

“Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar, dimana sabar itu memerlukan kesabaran juga. Manakala adanya musibah dan bala itu pula menunjukkan adanya perhatian dan Kasih Sayang dari Allah. Oleh itu, syukuri ia kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi syukur”

Maka, syukurlah. Syukur walau ditimpa musibah setinggi gunung dan walau diberi nikmat sebesar kapal, syukurlah. Bahkan, syukur akan membuat kita tenang segala takdir Allah. Biarkan Takdir ini berjalan tanpa kita mempersoalkan lagi mengapa dan kenapa ia terjadi, namun sebaliknya, tenang dan sabarlah, sesungguhnya di Syurga kelak ada nikmat dan balasan baik yang tak berhujung.

Allah telah berfirman lagi di dalam Al-Quran,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

Maka, ayuhlah. Fafirru Ilallah. Moga Allah Redha.

Burung Gagak Sebagai Guru.

Jika kita perhatikan, ada beberapa haiwan yang Allah telah sebutkan di dalam Al-Quran. Namun, harini hendak saya highlightkan kepada kalian berkenaan dengan seekor burung yang telah mengajar seorang manusia untuk menguburkan saudaranya, iaitu burung gagak.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran

“Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang merugi” Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya Berkata Qabil: “Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal.

almaidah ayat ke 30-31

Dari ayat ini, dapat kita fahami bahawa Allah swt telah memberikan ilham kepada burung gagak untuk mengajarkan kepada manusia bagaimana cara untuk menguburkan jenazah.

Burung gagak memiliki keistimewaanya yang tersendiri berbanding dengan burung yang lain kerana mereka lebih cerdas kerana memiliki otak yang lebih besar berbanding burung lain dan mempunyai berbagai taktik dan strategi yang baik.

Pengajaran dari kisah ini disampaikan melalui kisah Habil dan Qabil.Selepas membunuhnya, Qabil menjadi bingung , namun buntu untuk menyelesaikan jasad saudaranya. Dia tidak mengetahui apakah kewajaran yang harus dilakukan ke atas mayat saudara kandungnya itu. Namun, akhirnya Qabil mengendong Habil di atas belakangnya kemudian berjalan mencari tempat untuk menyembunyikan jasad Habil. Terfikirlah Qabil untuk meniru apa yang dilakukan oleh gagak itu.

Maha Suci Allah, Lalu Allah SWT mengirimkan si gagak hitam untuk mengajar hambanya yang lain. Lalu, Allah Taala pun mendatangkan seekor burung gagak yang berkelahi dan dilihatnya gagak itu menanamkan gagak yang mati ke dalam tanah. Maka Qabil turut mendapat ilham untuk meniru menguburkan saudaranya seperti apa yang dilakukan oleh si gagak itu.

Subhanallah yang menciptakan langit dan bumi beserta isinya. Sudah semestinya dapat kita belajar dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain. Maka, ayuhlah belajarlah dari alam.

Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan – ADHD

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau lebih dikenali sebagai Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. tedapat tiga jenis jenis keadaan kurang tumpuan iaitu:

  • Kurang tumpuan
  • Hiperaktif
  • Menurut kata hati (Impulsiviti)

ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana kebolehannya yang terhad untuk memberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar. Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan juga murid-murid sekolah rendah. Gejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka dalam memberi tumpuan yang sepenuhnya

 Lahey (1997)

Kebanyakkanya kanak-kanak lelaki yang menghidap ADHD ini. Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia yang mempunyai ciri-ciri ADHD berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% .Faktor genetik dan ketidakseimbangan otak berkemungkinan yang menyumbang kepada terjadi masalah ini, namun, masih tiada punca utama ditemui.

TANDA DAN GEJALA ADHD

seseorang kanak-kanak akan disyaki mempunyai masalah ADHD apabila mempunyai lebih daripada 6 simptom sama ada dari kategori A atau Kategori B.

1. Kurang tumpuan

Antara tanda dan gejala seseorang kanak-kanak itu menghidapi gejala ADHD adalah

  • apabila mereka melakukan banyak kesilapan yang apabila diberikan kerja sekolah.
  • Susah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
  • kerap kehilangan barang di rumah dan di sekolah
  • Tidak dapat menyelesaikan kerjanya
  • Tidak mampu memberikan perhatian apabila ada individu lain bercakap dengannya.
  • Susah untuk mematuhi arahan
  • sering mengelak apabila ada aktiviti yang memerlukan fokus dan fikiran
  • Mudah hilang fokus
  • pelupa

2. Hyperaktif

  • Kelihatan resah, menggeliat di tempat duduk dan Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya
  • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
  • berlari-lari, memanjat perabot di kelas atau rumah dan sukar untuk mereka duduk dalam keadaan yang tenang.
  • membuat bising ketika bermain
  • Tidak duduk setempat
  • Banyak bercakap

3. Menurut kata hati (Impulsiviti)

  • Menjawab dengan spontan walaupun belum habis soalan yang diajukan
  • Tidak sabar menunggu giliran
  • Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
  • Tambahan :
    1. Gejala ini dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
    2. mempunyai gejala ini melebihi tempoh 6 bulan
    3. Perubahan ini berlaku apabila lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
    4. Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
    5. Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
    6. Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
  • Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

KESAN-KESAN ADHD

  • ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
  • Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
  • Tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran di sekolah malah masalah pembelajaran kerap berlaku dikalangan mereka.

RAWATAN

Antara rawatan bagi kanak-kanak menghidapi ADHD ini adalah dengan:

A.) Mengambil Ubat-Ubatan

  • Mengambil Ubat ubatan. Hal ini demikian kerana, dengan mengambil ubatan-ubatan ia mampu untuk menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini bahkan juga dapat membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat ini akan digunakan dalam tempoh yang panjang selagi namun, ia selamat digunakan dan Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. antara jenis ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Namun kesan sampingan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak ini adalah mereka akan kehilangan selera makan, berat badan menurun dan mengalami gangguan tidur. Pengambilan ubat juga hendaklah dibawah kawalan pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.
  • Sokongan keluarga, sekolah, masyarakat sekeliling, agensi kerajaan (GO) dan badan bukan kerajaan (NGO). Keluarga memainkan peranan dengan membawa kanak kanak ADHD melibatkan aktiviti harian seperti belajar, melukis, menyanyi, menari dan sebagainya. Ibu bapa juga perlu mengelakkan dari menengking dan mengherdik mereka supaya mereka tidak bersa tersinggung. Sekiranya tindakan ini dilakukan oleh ibu bapa, ia akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa rendah diri, takut dan menjarakkan hubungan di antara ibu bapa mereka.
  • Guru perlu memberikan sokongan motivasi seperti memberi pujian dan ganjaran kepada kanak-kanak ADHD yang membuat sesuatu tugasan dengan baik. Melalui cara ini, ia sekaligus dapat menambahkan dan membina keyakinan dalam diri kanak-kanak tersebut. Guru hendaklah memberikan sokongan sosial dan galakan terutamanya apabila kanak-kanak ini menghadapi masalah supaya mereka ini dapat menghargai diri sendiri dan membantu pelajar membentuk kumpulan belajar
  • Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) di hospital hospital kerajaan turut berperanan sebagai Liaison Officer (Pegawai Penghubung) untuk membantu keluarga dan pesakit termasuklah keluarga yang mempunyai anak- anak ADHD ini. Di antara peranan utama PKSP di dalam membantu keluarga ini ialah memberi khidmat sokongan terapi dan memberi khidmat bantuan praktik.

B. Intervensi tingkah laku.

1. Pemulihan

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

  • Berikan arahan dengan jelas dan pastikan kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • memberikan pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. kerana cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • mewujudkan satu sistem/penghargaan dengan memberi hadiah untuk menggalakkan mereka berkelakuan baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang baik untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • mengekalkan aktiviti harian yang biasa dilakukan supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • membantu mereka mengatur jadual harian supaya mereka dapat mengikutnya dengan sempurna dengan menyediakan senarai semak
  • menggalakan mereka supaya mengawal minda dan kata hati supaya mereka berfikir dahulu sebelum berkata-kata.
  • membina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan tidak terlalu memandang kepada kelemahannya sahaja.
  • menempatkan mereka di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Meminta bantuan guru untuk mencatitkan kerja-kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada ibu bapanya ketika di rumah nanti.

2.Bantuan Terapi Sokongan

Bantuan terapi sokongan merangkumi tiga intervensi iaitu khidmat perundingan, sokongan emosi dan intervensi krisis. Setiap kes berkemungkinan memerlukan satu atau lebih bantuan bergantung kepada keperluan kes. Tujuan bantuan terapi sokongan adalah:

  1. Membantu keluarga menangani tekanan yang disebabkan oleh keadaan yang dihidapi oleh kanak-kanak ADHD.
  2. Membantu mengurangkan kebimbangan keluarga tentang rawatan yang mungkin akan dijalani dan kesan-kesan yang mungkin timbul dari rawatan berkaitan kepada kanak-kanak ADHD
  3. Menghubungkan keluarga kepada organisasi atau kumpulan yang dapat memberi sokongan dari segi emosi.
  4. membantu keluarga untuk memahami kepentingan rawatan supaya tiada kejadiaan ketidakhadiran untuk proses rawatan.
  5. Membantu keluarga untuk memahami tentang penyakit yang dihidapi, tentang pilihan rawatan dan apakah implikasinya.
  6. Memberi peluang kepada keluarga untuk meluahkan masalah-masalah yang dihadapi setelah mengetahui keadaan anak- anak ADHD ini yang disahkan menghidap ADHD.

3.Bantuan Praktik

Intervensi bantuan praktik melibatkan aspek bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am), penempatan institusi dan mengesan waris. Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik. Antara intervensi yang dijalankan adalah:

  1. Membantu dalam urusan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) sekiranya kanak-kanak ini berkelayakan.
  2. membantu perancangan rawatan yang komprehensif dengan membuat penilaian psikososial keluarga/pesakit.
  3. Menyokong permohonan pengecualian/ pengurangan bayaran caj rawatan terutamanya bil hospital bagi yang tidak berkemampuan.
  4. membantu kanak-kanak ini mendapatkan bantuan peralatan perubatan sekiranya mereka ini disahkan keperluannya.
  5. Merujuk kepada agensi pemberi bantuan sekiranya keluarga dan kanak-kanak ADHD ini memerlukan dan berkelayakan

4.Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan mendapat manfaat dari kelas yang lebih kecil dek kerana mendapat tumpuan yang lebih kepada mereka.

Rujukan : My Health Malaysia

Mencedok Tangan Ke Dalam Gayung Ketika Berwuduk.

Soalan:

Adakah perbuatan mengambil air wuduk dari sesuatu bekas atau gayung yang airnya tidak sampai 2 qullah itu dibolehkan?

Jawapan:

Wuduk adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan Ibadah. Hal ini demikian kerana, tanpa wuduk maka tidak sah ibadah yang dilakukan. Namun, untuk berwuduk juga, ia mempunyai syariatnya yang tersendiri bahkan tidak dilakukan secara semberono sahaja.

Seperti yang kita tahu, pada awalnya air mutlak yang digunakan untuk berhadas mestilah lebih dari dua kolah. namun penggunaan kadar dua kolah sebenarnya hanyalah merujuk kepada status takungan air tersebut iaitu yang mana ia telah dimasuki najis, atau ia berubah dari mutlak menjadi air mutanajjis yang tidak boleh digunakan untuk bersuci.

Oleh itu, air mutlak itu kekal suci malah menyucikan walaupun berada di dalam bekas yang tidak mencukupi dua kolah, selagi mana ia tidak dimasuki najis atau terjadi sesuatu perkara yang merosakkan status air mutlak tersebut.

 “Air yang kekal dengan sifat asal yang dicipta oleh Allah ﷻ, sama ada tawar atau masin. Dan air itu tidak berubah dari sifat semulajadinya. Dan bukan air yang telah digunakan untuk berwuduk, mandi wajib atau menghilangkan najis”.

Dr. Muhammad Zuhaili. Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e (1/37)

“Seseorang yang berwuduk dengan tangan dimasukkan ke dalam air yang sedikit, selepas dia membasuh muka, tanpa berniat dilakukan untuk mencebok, maka baki air yang sedikit tadi itu berubah menjadi air musta`mal”

Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebut dalam kitab Minhaj al-Qowim (hlm. 13):

Berdasarkan pendapat ini, ini adalah pendapat muktamad daripada Mazhab Syafie. Hal ini berlaku kerana basuhan tangan sehingga ke siku ialah basuhan wajib daripada wuduk, sedangkan membasuh tangan ialah rukun wuduk selepas membasuh muka. Jika seseorang mencelupkan tangannya dengan niat mencebok, iaitu memindahkan air tersebut untuk tujuan berwuduk maka niat untuk mengangkat hadas telah dinafikan di sini dan baki air yang sedikit itu tidak berubah menjadi air musta`mal.

Hadis berkenaan wuduk dengan celupan daripada bekas air memang sabit. Antaranya ialah hadis Humran, maula Uthman bin `Affan R.Anhuma, bahawa dia pernah melihat Saiyidina Uthman RA memintanya bawakan air untuk berwuduk:

فأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ مِن إِنَائِهِ، فَغَسَلَهُمَا ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْوَضُوءِ، ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا، وَيَدَيْهِ إِلى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلاَثًا، ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ، ثُمَّ غَسَلَ كلْتَا رِجْلَيْهِ ثَلاثًا، ثُمَّ قالَ: رَأَيْتُ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هذا، وقَالَ مَن تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هذَا، ثُمَّ صلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Lalu beliau menuangkan air ke atas tangannya daripada bekasnya maka dia membasuh kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali, kemudian beliau mencelupkan tangan kanan ke dalam bekas air wuduk tersebut, kemudian beliau berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidungnya dan mengeluarkannya, kemudia beliau membasuh mukanya sebanyak tiga kali, dan tangannya hingga ke siku sebanyak tiga kali, kemudia dia menyapu kepalanya, kemudian dia membasuh kedua-dua kakinya sebanyak tiga kali, kemudian beliau berkata: Aku telah melihat Nabi ﷺ berwuduk seperti wudukku ini, dan baginda bersabda: “Barangsiapa yang berwuduk seperti wudhkku ini, kemudian dia solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk dalam kedua-dua rakaat itu, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.”

Riwayat al-Bukhari (no. 159) dan Muslim (no. 226)

Dalam riwayat lain, daripada Amr, daripada ayahnya, Yahya bin `Umarah: Aku pernah menyaksikan `Amr bin Abi Hasan bertanya kepada Abdullah bin Zaid RA – seorang Sahabat Nabi ﷺ – tentang wuduk Nabi ﷺ:

وَسَلَّمَ فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ، فَتَوَضَّأَ لَهُمْ وُضُوءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  «فَأَكْفَأَ عَلَى يَدِهِ مِنَ التَّوْرِ، فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاَثًا، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي التَّوْرِ، فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ، ثَلاَثَ غَرَفَاتٍ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا، ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ إِلَى المِرْفَقَيْنِ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَمَسَحَ رَأْسَهُ، فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ مَرَّةً وَاحِدَةً، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ إِلَى الكَعْبَيْنِ»

Maksudnya: “Lalu beliau minta diambilkan satu gayung air, kemudian beliau memperlihatkan kepada mereka cara wuduk Nabi ﷺ. Beliau menuangkan air dari gayung ke telapak tangannya lalu mencucinya tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung, lalu berkumur-kumur, lalu memasukkan air ke hidung lalu mengeluarkannya kembali dengan tiga kali cidukan, kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung, lalu membasuh mukanya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangannya dua kali sampai ke siku. Kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung, lalu mengusap kepalanya dengan tangan; bermula dari bahagian depan ke belakang dan menariknya kembali sebanyak satu kali, lalu membasuh kedua kakinya hingga buku lali.”

Riwayat al-Bukhari (no. 186) dan al-Baihaqi (no. 378) dalam Sunan al-Kubra.

Berkata Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis di atas:

“Adapun tentang pensyaratan niat ightiraf (mencebok) maka tidak ada dalilnya dalam hadis ini, mahupun dalil menafikannya. Abu Uwanah berdalilkan hadis ini dalam Sahih-nya tentang keharusan bersuci dengan air musta`mal, kerana dia memandang daripada sudut bahawa niat tertentu tidak disebutkan dalam hadis ini, sedangkan disebutkan beliau (Ibn Zaid) memasukkan tangannya setelah membasuh wajahnya sewaktu membasuh tangan. Al-Ghazali berpendapat semata-mata mencebok (sekalipun tanpa niat) tidak menjadikan air itu musta`mal kerana air musta`mal hanya berlaku pada pihak yang dicelup daripadanya. Inilah pendapat yang diputuskan oleh al-Baghawi.”

 Rujuk Fath al-Bari (1/293-294)

Huraian di atas adalah berkenaan berkaitan hukum air mustakmal, iaitu berlaku perselisihan dalam penyucian menggunakannya. sebahagian ulama seperti Mazhab Maliki menganggap bahawa air mustakmal itu masih suci namun makruh digunakan. Manakala dalam bab niat ightiraf, pendapat yang berbeza daripada muktamad tidak mewajibkan niat tersebut. Inilah pendapat Imam al-Ghazali dan Imam al-Baghawi.

Oleh itu, maka tidak seharusnya dihukumkan secara mutlak bahawa wuduk seseorang itu tidak sah kerana melihat individu tersebut berwuduk dengan celupan tangan ke dalam bekas yang kecil atau menggunakan air mustakmal.

Hal ini disokong dengan fakta bahawa cara berwuduk daripada satu bekas dilakukan oleh para sahabat, sekalipun bekas itu digunakan oleh ramai orang.

Abdullah bin Umar R.Anhuma berkata:

الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ يَتَوَضَّئُونَ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمِيعًا

Maksudnya: “Golongan lelaki dan wanita berwuduk pada zaman Rasulullah ﷺ bersama-sama.”

Riwayat al-Bukhari (no. 193)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghuraikan:

“Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa mencedok dalam air yang sedikit tidak mengubah air itu menjadi air musta`mal, kerana bekas-bekas mereka dahulu bersaiz kecil, seperti mana yang disebut secara jelas oleh al-Syafie dalam al-Umm di beberapa tempat.”

Rujuk Fath al-Bari (1/299)

Di sisi ulama yang mewajibkan niat ightiraf apabila ingin mencebok menggunakan tangan, mereka berdalilkan beberapa hadis. Disebutkan oleh Syeikh al-Ramli al-Kabir dalam Hasyiah (1/7) beliau ke atas Asna` al-Matolib oleh Imam Zakariyya al-Ansari:

“Niat ightiraf itu asalnya daripada sunnah, iaitu sabda ﷺ:

لَا يَغْتَسِلْ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ وَهُوَ جُنُبٌ فَقَالَ كَيْفَ يَفْعَلُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ؟ قَالَ َتَنَاوَلُهُ تَنَاوُلًا

Maksudnya: “Janganlah seseorang kamu mandi dalam air yang tetap tidak mengalir sedangkan dia berada dalam keadaaan berjunub.”Lalu Abu Hurairah ditanya: “Bagaimana sepatutnya dia lakukan wahai Abu Hurairah?,” Lalu dia menjawab: “Mengambilnya satu persatu.”

Riwayat Muslim (283)

Maka jelas bahawa larangan itu bertujuan untuk mengelak air daripada rosak dengan penggunaannya (dengan mandi junub). Kesimpulan daripada itu jua, hendaklah dipindahkan air daripada bekas dan membasuh dengan air itu di luar bekas. Begitu juga hadis-hadis lain yang melarang memasukkan tangan ke dalam bekas sebelum membasuh tangan. Maka sesungguhnya basuhan itu jika bertujuan untuk menyucikan najis, dalil menunjukkan bahawa air yang sedikit menjadi bernajis apabila didatangi najis ke atasnya. Jika basuhan itu bertujuan untuk mengangkat hadas, maka larangan itu untuk mengelakkan rosaknya air dengan basuhan kedua-dua tangan dalam bekas itu lantaran hadas, seperti mana yang warid berkenaan larangan mandi orang berjunub di dalamnya, dan begitu juga hadis larangan berwuduk dengan lebihan wuduk orang perempuan.

Tambahan lagi, niat mencedok dengan tangan ini bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya adalah perkara yang biasa berlaku dalam kalangan manusia.

Syeikh Jamal dalam Hasyiah-nya (1/37):

“Tidak disyaratkan niat mencebok itu dengan berkata: nawaitul ightiraf dun raf` al-hadath (Sahaja aku mencebok bukan untuk mengangkat hadas), tetapi cukup semata-mata dengan niat, yakni makna niat itu, bertujuan mengeluarkan air dari bekas, untuk mengangkat hadas apabila ia keluar.”

Dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa syarat niat ightiraf ini tidak disepakati oleh ulama Syafie sendiri kerana hadis-hadis itu tidak begitu jelas dan memiliki kemungkinan. Berkata al-Allamah al-Habib Abdurrahman Ba`lawi:

“Tidak warid dalam isu niat ightiraf apa-apa khabar (hadis) mahupun athar. Tiada nas tentangnya oleh al-Syafie mahupun oleh para sahabatnya. Sesungguhnya ia datang semata-mata berdasarkan istinbat ulama yang terkemudian dan para pengikut mereka. Pendapat yang tepat lagi zahir ialah hukumnya wajib…berkata Abu Makhramah: Janganlah seorang ulama itu mengetatkan hukum ke atas orang awam, bahkan berfatwalah bahawa hukumnya (niat ightiraf) itu tidak wajib.”

al-Allamah al-Habib Abdurrahman Ba`lawi. Bughyah al-Mustarsyidin (hlm.25-26) & al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadah (hlm. 60) oleh Syeikh Hasan al-Kaf

Keringanan pada percikan dan baki air basuhan pada anggota

seperti yang kita tahu, apabila berwuduk pasti air tersebut akan terpercik terkena anggota-anggota wuduk yang lain, apatah lagu ketika seseorang itu mencedok air dari bekas yang kecil pasti akan berbaki sisa air wuduk dari basuhan sebelumnya. sekiranya air tersebut dikategorikan sebagai air mustakmal, sudah pasti ia akan menghalang seseorang daripada berwuduk dek kerana percikkan air pada setiap kali basuhan, sedangkan hadis-hadis diatas tidak menunjukkan ia begitu sukar.

Jawapannya ialah kedua-duanya dimaafkan pada Hukum Syarak, kerana begitu sulit untuk dijaga pada adat kebiasaan.

Berkata Imam al-Nawawi pada menakalkan ucapan Imam al-Juwaini:

“Berkenaan air lebihan ini, perlu kepada perhatian. Sesungguhnya air apabila ia berulang alik di atas beberapa anggota, yang masing-masing berbeza kejadiannya, berlaku pada aliran air tadi beberapa percikan dari anggota ke anggota lain, tanpa dapat dihalang. Tidak mungkin hal ini dapat dijaga dengan apa cara pun, dan Syarak tidak menginginkan agar seseorang itu mengendahkan perkara ini pada asalnya. Maka apa sahaja yang terdiri daripada kategori ini adalah dimaafkan secara pasti. Adapun percikan yang tidak berlaku melainkan kerana secara jarang-jarang, jika dilakukan secara sengaja maka jadilah air mustakmal.”

Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab (1/163)

Berkata Imam al-Khatib al-Syarbini:

“Air yang beralih-alih atas anggota seseorang yang berwuduk, dan atas badan orang yang berjunub, dan di atas benda yang bernajis, selagi mana tidak berubah, maka hukumnya ialah tohur (menyucikan, yakni tidak hilang sifat air mutlak). Jika air mengalir dari satu anggota seseorang yang berwuduk ke satu anggota yang lain, sekalipun bukan anggota wuduk, contohnya air itu mengalir sampai ke bahu, atau menitis dari anggota, sekalipun anggota badan orang yang berjunub, maka air itu jadi musta`mal. Benar, air yang biasa tercampak-campak (atau terpercik), contohnya dari tapak tangan ke pergelangan, atau sebaliknya, bukanlah air musta`mal, kerana keuzuran, sekalipun ia berlaku kerana digerakkan oleh angin, seperti mana yang ditegaska oleh al-Rafie.”

Rujuk Mughni al-Muhtaj (1/24)

Berkata Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (1/274):

“Air musta`mal pada perbuatan mengangkat hadas; iaitu apa-apa air yang menitis dari anggota-anggota, atau yang bersambung dengannya, atau yang berpisah darinya, sedangkan air berpisah itu sedikit, atau dibasuh di dalamnya, maka apabila dicebok keluar kemudian digunakan untuk membasuh anggota, (semua tadi) bukanlah air musta`mal.”

Huraian ulama yang dinukilkan diatas jelas menunjukkan bahawa air basuhan yang terpercik semasa berwuduk yang sukar dikawal adalah dimaafkan apabila ia sedikit dan tidak mengubah sifat air. Maka jelaslah kepada kita mengapa para sahabat Nabi ﷺ boleh menjimatkan air dengan berwuduk menggunakan bekas yang kecil, tanpa risau kepada percikan atau baki air basuhan pada tapak tangan yang digunakan untuk meratakan air, kerana semua itu dimaafkan.

seperti yang kita dapat kita fahami bahawa huraian ulama diatas jelas menunjukkan bahawa air basuhan yang terpercik semasa berwuduk dek kerana sukar dikawal adalah dimaafkan apabila ia sedikit dan tidak mengubah sifat air. maka jelaslah bahawa mengapa para sahabat Nabi boleh menjimatkan air dengan berwuduk menggunakan bekas kecil tanpa perlu risau kepada percikkan atau baki air basuhan pada tapak tangan untuk meratakan air kerana semua itu jelas dimaafkan.

Rujukan : Mufti Wilayah Persekutuan

Obsessive Compulsive Disorder

OCD adalah Obsessive Compulsive Disorder yang mana ia merupakan salah satu daripada penyakit kebimbangan, keresahan atau kerisauan atau lebih dikenali dengan penyakit was-was. Penyakit ini terdiri dari dua komponen, iaitu obsesif dan kompulsif.

Obsesif terjadi apabila fikiran sentiasa berulang-ulang terhadap sesuatu sehingga pesakit berasa resah dan tertekan.

Manakala kompulsif pula ialah kelakuan atau perbuatan yang berulang-ulang sebagai satu solusi untuk meredakan obsesif pemikiran. Jadi OCD adalah gabungan diantara pemikiran obsesif dan melalui tindakan kompulsif.

1. Punca OCD

Antara punca OCD adalah disebabkan kombinasi daripada kelainan neurologi, biologi, genetic(Keturunan), kelakuan, kognitif dan persekitaran. Faktor utama OCD adalah disebabkan masalah komunikasi dibahagian otak yang dikait dengan pembentukkan neurotransmitter.

2. FAKTOR OCD

Antara faktor risiko yang menyebabkan OCD ialah

A). Genetik. Risiko tertinggi untuk seseorang terkena OCD adalah disebabkan Faktor genetik iaitu apabila wujudnya ahli keluarga terdekat yang mempunyai masalah OCD.

B). Kelainan Otak. Apabila pesakit otak terkait bahagian frontal seperti akibat stroke atau tumor dibahagian frontal sehingga menyebabkan wujudnya kelainan stuktur otak.

C). Persekitaran. Faktor persekitaran berlaku apabila seseorang itu mempunyai sejarah trauma atau penderaan sewaktu kanak-kanak sehingga menganggu komunikasi dibahagian otak.

D). Personaliti. Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.

E). Konflik. Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.

3) GEJALA PENYAKIT OCD

Gejala penyakit OCD, seperti definisi penyakitnya adalah terdiri dari dua komponen iaitu komponen obsesif dan kompulsif:

A.) Komponen obsesif

  • Obsesif pemikiran adalah sentiasa terfikir tentang kebersihan
  • Kerap memikirkan tentang keselamatan
  • Was-was terhadap ingatan atau persepsi tentang sesuatu seperti tentang tutup api di dapur
  • Kepatuhan yang jitu dan terlalu tegar terhadap sesuatu peraturan
  • Terlalu mementingkan susunan dan simetri
  • Pemikiran yang sering terpusatkan terhadap sesuatu tanpa boleh dikacau

B.) Komponen kompulsif

  • Mencuci tangan berulang kali
  • Mengecek kunci kereta dan rumah berulang kali
  • Berulang melakukan hal yang sama seperti apabila menghitung sesuatu barang
  • Sentiasa menyusun dan mengemas walhal baru sahaja selesai mengemas
  • Hoarding ataupun sifat suka menimbunkan barang secara berlebihan dan enggan untuk membuang barangan yang sudah tidak diperlukan seperti contohnya pakaian yang telah lusuh
  • mempunyai perasaan insecure yang kuat

4. KOMPLIKASI/ KESAN SEKIRANYA TIDAK DIRAWAT

Antara kesan OCD apabila tidak dirawat ialah akan terjadinya kebimbangan yang disertai dengan serangan panik. serangan panik adalah bentuk serangan yang berlaku apabila muncul perasaan takut berlebihan terhadap sesuatu. Serangan panik disertai dengan peluh, sesak nafas dan terketar-ketar.

Seterusnya, kesan OCD turut akan membawa kepada kemurungan. kemurungan adalah sejenis gangguan perasaan yang disebabkan perasaan sedih yang berpanjangan. hal ini terjadi apabila pesakit tersebut sering berfikir dan mengakibatkan ia menganggu kehidupan seharian, atau ia telah menganggu obsesif sehingga ia menyebabkan kemurungan.

Selain itu, antara kesan OCD juga adalah individu akan mengalami masalah makan. Memandangkan sebahagian besar pesakit OCD mempunyai masalah makan dan sebahagian besar pesakit eating disorder mempunyai OCD, sukar untuk ditentukan yang mana satu penyebab asal diantara keduanya.

Tambahan lagi, Tourette’s syndrome juga merupakan gangguan neurologi yang disertai pergerakan berulang yang dipanggil tics. Antara jenis tics adalah mata berkedip berulang, batuk berulang, dan sesetengah pergerakan wajah berulang yang tidak terkawal.

5. CARA UNTUK MERAWAT DAN MENGATASI PENYAKIT OCD

Antara solusi utama OCD terdiri dari dua cara iaitu Psikoterapi dan Pengubatan.

Psikoterapi terdiri daripada proses exposure dan response dimana pesakit akan didedahkan dengan perkara yang ditakutinya atau dirisaukanya sedikit demi sedikit dan akan menjalani terapi untuk menangani masalah tersebut. pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat makan yang berbentuk antidepressan. Kebiasaannya doktor akan memberikan ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.

pesakit akan mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama bergantung kepada tindakbalas.

Individu yang mengalami OCD akan risau dengan perkara yang dialaminya apabila gejala tersebut mula menunjukkan kesan yang jelas seperti tangan atau kulit yang menggelupas akibat pencucian yang berlebihan atau masa yang banyak dibazirkan sehingga menggangu kerja harian.


Pesakit juga akan diberikan pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku, iaitu,

  • Psikoterapi kognitif – pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
  • Psikoterapi tingkah laku – Terapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.

Namun, peratus untuk setiap pesakit itu sembuh bergantung kepada,

  • Keseriusan masalah yang dihadapi
  • Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi
  • Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
  • Tempoh mengidap penyakit tersebut. 

6. CARA MENCEGAH OCD

Sebetulnya, tiada cara yang dapat dilakukan bagi mencegah kejadian OCD. Akan tetapi, ia dapat dicegah daripada memburuk menjadi komplikasi di atas sekiranya masalah OCD dideteksi dengan segera.

Rujukan :

DoctorOnCall

Kementerian Kesihatan Malaysia

Agama dan Akhlak.

Lewat malam, sepi sendirian, hanya bertemankan gadjet ditangan, ligat jari jemari scroll news feed di Facebook. Zupppp, mata terpaku, terus terhenti memerhati tepat satu penulisan oleh saudara AlFaqir Hassan Al-Idrus berkaitan Akhlak dan Agama.

Diceritakan oleh alFaqir bahawa ada seorang sheikh telah menyebutkan berkenaan dengan  satu hadis pasal seorang wanita yang ingin memilih calon suami yang berbunyi

“Apabila kamu redha dengan agamanya dan akhlaknya.”

Lalu sheikh bertanyakan kepada kami,

“Mengapa Nabi sebut Agama dengan akhlak itu diasingkan, dan tidak disebutkan salah satu darinya. Apakah wujud perbezaan antara Agama dan Akhlak?”

Lalu Sheikh itu menyambung lagi,

“Adakah orang berakhlak itu tidak beragama? Dan adakah orang beragama itu tidak berakhlak?”

Diceritakan oleh al-Faqir, mereka semua terdiam seketika. Sambil memikirkan jawapan kepada persoalan yang dilontarkan. Namun, mereka termenung panjang sehingga tiada siapa pun mampu memberikan jawapan keatas persoalan tersebut.

Akhirnya, Sheikh tersebut memberikan jawapan,

Kata Sheikh,

“Ya memang wujud perbezaan antara akhlak dan agama. Orang yang beragama tidak semestinya dia itu seorang yang berakhlak. Namun, orang berakhlak sudah pastinya dia beragama.

Lalu Sheikh pun tersenyum dan lalu menyambung dan memberikan contoh.

“Contoh begini mudah, Kamu seorang yang rajin solat, Rajin pergi jemaah di masjid. Kamu seorang yang bab Agama memang mantap. Ilmu penuh di dada. Kelas pengajian semua kamu hadir. Tidak pernah tertinggal.

Namun bila disebutkan berkaitan dengan akhlak, kamu tidak setaraf dengan agama yang ada didada kamu.

Bila bercakap, menggunakan suara yang tinggi. Apabila terlambat sedikit, kamu mula marah-marah. Bila ada perkara yang tidak memuaskan hati kamu, kamu leoaskan dengan memukul sana sini. Maka, semua hati yang ada disekeliling kamu jadi terguris.

Jika sesuatu perkara itu tidak kena dengan kehendak kamu, kamu mula menghina. Mengherdik sampai kamu dapatkan apa yang kamu hendakkan. Kamu hempukkan tangan kamu di meja tanda kamu tidak berpuas dengan orang lain.”

Maka, terdiam alFaqir dan sahabat-sahabatnya. Fokus dan cuba memahami sambal bermuhasabah kerana risau memikirkan diri yang mungkin termasuk dalam golongan yang disebutkan Sheikh sebentar tadi.

Setelah berhenti sejenak, Sheikh menyambung lagi kata-katanya, namun dengan menggunakan nada yang lembut berbanding tadi .

Kata Sheikh lagi,

Beza dengan orang berakhlak. Mereka ini, sangat baik. Bila bercakap lemah lembut. Bila tidak berpuas hati, tidak marah marah. Bahkan mudah memaafkan dan tidak mudah naik angin hendak marah marah.

Disebutkan oleh alfaqir bahawa beliau terus  teringatkan hadis Nabi SAW yang berbunyi.

“Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

Lalu alFaqir terfikir mengapa wujudnya ayat al-Quran yang menyebutkan tentang Allah mengutuskan Nabi itu kerana hendak menyempurnakan akhlak.

Dan kemungkinan jawapan sheikh itu telah menjawab semua persoalan difikiran alfaqir tersebut.

Pak Arab adalah contoh. Mereka sangat  menitikberatkan berkaitan solat di awal waktu. Agama mereka hebat, bahkan kebanyakkan mereka juga merupakan hafiz 30 juz hatta’ yang berseluar jeans pun. Tetap seorang hafiz al-Quran.

Tapi bila disebutkan bab akhlak. Mereka kurang. Bila sebut siapa yang mudah melenting marah, Kasar suara pada orang lain, mereka lah yang terkehadapan.

Dan itulah juga sebabnya Allah mengutuskan Nabi di Tanah Arab. Kerana hendak perbaiki akhlak mereka. Manalah tidaknya, Cuaca panas disana sudah panas, maka angin dalaman turut mudah naik. Ibarat Suhu kereta mana tidak naik tinggi kalau tiada penyejuk dengan air.

Analoginya, Air itu adalah akhlak. Agama adalah enjin dalam kehidupan. Kalau tiada enjin, maka kita tidak mampu bergerak. Begitulah juga akhlak. Kalau tiada akhlak, Maka kita adalah insan yang lemah dan mudah melontar marah.

Sehinggakan ada Hadis Nabi yang ringkas menyebutkan berkaitan dengan marah iaitu apabila seorang sahabat meminta nasihat dari Nabi SAW, Baginda menyebutkan dengan ringkas.

“Laa Taghdob!”

“Jangan lah kamu marah.” Nabi ulang 3 kali perkataan ini.

Maka dari kisah ini, alfaqir menyimpulkan bahawa, bagi wanita di luar sana yang berkenan dengan seorang lelaki,

Nasihat alFaqir, kalian (Para Wanita) perlu perhatikan sebetul-betulnya mereka ni. Jika didapati baik akhlak dan agamanya, maka terimalah, walaupun iras wajah tidak seindah pelakon TV3 idaman.

Berapa ramai yang bercerai setelah menikah kerana hanya menilik lelaki itu yang mempunyai gaya ustaz, yang mana Aada serban di kepala, ada rida’ di bahu, ada ilmu mampu membaca kitab Arab dengan padu, Tapi akhlak ke laut, tidak boleh dibuat suami.

Semoga kita semua dapat memperbaiki Akhlak dan Agama dari hari ke hari sebelum kita menghadap Allah.

Sebelum mengakhiri penulisan, Alfaqir mengulang semula hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

Rasulullah bersabda,

إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. Tirmidzi.

Manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwa Ta‘ala berfirman

:إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

 (Surah Ar-Ra’d: 11).

Wallahualam.

Gangguan Pemakanan (Eating Disorder)

Gangguan pemakanan adalah disebabkan pemikiran seseorang mengenai berat badan dan pemakanan. Ia akan mempengaruhi tingkah laku seseorang dari segi tabiat makan dan akan menganggu aktiviti harian. Sebanyak 90% mereka yang mengalami gangguan pemakanan ini adalah wanita. Namun, lelaki juga mampu mengalami kondisi yang sama. Antara jenis Gangguan Pemakanan yang biasa adalah Anorexia Nervosa dan Bulimia nervosa.

1. Anorexia Nervosa

Anorexia Nervosa ini berlaku apabila seseorang itu sengaja mengehadkan pengambilan makanan dan tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya.

2. Bulimia Nervosa

Bulimia nervosa adalah tabiat mengambil makanan dan kemudian mengeluarkan atau memuntahkan semula makanan yang dimakannya, penyalahgunaan laxative dan enema( cecair yang disuntik ke dubur atau senaman yang berlebihan.

3. Masalah keseronokan menikmati makanan

Masalah ini berlaku kepada mereka yang mengambil menikmati makanan tetapi tidak mengeluarkan apa yang dimakananya.

Tanda-tanda dan gejala Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa

A) Anorexia Nervosa

  • Denyutan nadi rendah
  • Tekanan darah rendah
  • Sering keletihan
  • Sering mengantuk
  • Kulit menjadi kering
  • Rambut tidak bermaya
  • Kemunculan bulu halus
  • Mudah amrah
  • Fikiran sering terganggu
  • Sentiasa mencari kesempurnaan
  • Kurang bersosial untuk mengelakkan diri darupada menikmati makanan
  • Kurang berkeyakinan
  • Tidak datang haid

B). Bulimia Nervosa

  • Berlaku pembengkakan kelenjar liur akibat sering muntah
  • haid yang tidak teratur
  • gigi mereput disebabkan asid yang terlalu tinggi dalam muntah
  • ketegangan atau pengecutan perut sering berlaku disebabkan makan berlebihan
  • berlaku masalah perkumuhan, lender kotor didalam usus besar dan juga pembuangan air besar akibat penggunaan laxative
  • sukar untuk tidur dan suara menjadi serak

Kesan-kesan yang berlaku akibat daripada masalah gangguan pemakanan

Masalah gangguan pemakanan akan menyebabkan berlakunya komplikasi yang serius iaitu, semakin lama tabiat pemakanan yang tidak normal diamalkan, maka akan semakin tinggi risiko gangguan status pemakanan akan berlaku seperti kehilangan otot-otot, lemak tubuh dan juga mineral pada tulang bahkan juga akan menyebabkan kekurangan mineral utama dan vitamin pada badan

Manakala dari segi gangguan psikologi pula ialah berlaku masalah penyesuaian diri semasa mengalami perubahan ke tahap akil baligh. Individu akan sentiasa mengasaingkan diri daripasa bersosiap dan kerap mengalami konflik keluarga serta hilang keyakinan diri. Individu turut berpotensi untuk mengalami gangguan mental seperti takut dan kemurugan.

Antara masalah lain yang akan mempengaruhi individu ialah ialah tulang mudah reput dan seterusnya akan menyebabkan osteoporosis bahkan berisiko tinggi mendapat penyakit dan boleh membawa kepada maut.

Cara untuk menangani masalah gangguan pemakanan.

Bagi individu yang mengalami gangguan pemakanan, individu dinasihatkan untuk berbincang bersama keluarga/guru/kawan-kawan dan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Doktor akan merawat individu tersebut bersama pakar kesihatan yang lain, bahkan akan mendapat rawatan secara individu, rawatan keluarga, perubahan sikap dan juga pemulihan pengambilan makanan.

Manakala, anggota fisioterapi dan pemulihan cara kerja yang membantu individu dalam proses pemulihan. Namun sekiranya individu tersebut mengalami komplikasi dan kekurangan makanan yang teruk, individu tersebut akan dirawat di hospital untuk tempoh tertentu.

Objektif rawatan bagi masalah ini adalah untuk mencapai berat badan yang normal dan tabiat makan yang baik supaya pertumbuhan fizikal dan mental dapat berkembang dengan sempurna. Sasaran berat badan yang normal adalah pada Indeks Jisim Tubuh (IJT) 18 – 24 (ataupun mencapai berat badan sebelum mengalami masalah gangguan pemakanan).

Namun, rawatan ubat tidak diberikan disebabkan ianya kurang efektif. Ubat antikemurungan biasanya diberikan kepada pesakit anoreksia nervosa yang mengalami tekanan. Sokongan keluarga dan persekitaran amatlah penting dalam proses pemulihan hal ini kerana ia mengambil masa yang lama dan rumit. Rawatan di hospital hanya diperlukan apabila berlaku kes-kes yang serius.

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sunnah Menjilat Jari Selepas Makan

Diantara sunnah Rasulullah SAW adalah makan dengan menggunakan tangan kanannya. Beliau memakan makanannya dengan tiga jari, lalu menjilati ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya. Ramai diantara kita yang masih meremehkan sunnah menjilat jari selepas makan. Namun, mari kita fahami hadis Rasulullah SAW.

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu makan, maka janganlah dia menyapu tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilatnya.”

 [Riwayat al-Bukhari (5456) dan Muslim (2031)]

Makna hadith ini adalah larangan seseorang itu menyapu (membersihkan) tangannya sehinggalah dia menjilatnya terlebih dahulu. Sekiranya dia tidak melakukan hal sedemikian, maka (janganlah dia membersihkan tangannya) hendaklah orang lain yang menjilatnya yang mana mereka itu tidak berasa geli atau kotor (dengan perbuatan tersebut) seperti isteri, hamba, anak dan khadam yang kasih kepadanya dan seronok dengan perbuatan tersebut tanpa berasa geli atau kotor. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 206/13]

Imam Badr al- Din al-‘Aini menyebutkan antara hikmah dituntut untuk menjilat jari selepas makan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah di dalam hadis Rasulullah SAW:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَلْعَقْ أَصَابِعَهُ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيَّتِهِنَّ الْبَرَكَةُ

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu makan maka jilatlah jari-jarinya kerana sesungguhnya dia tidak tahu di manakah tempat yang mempunyai keberkatan.” 

[Riwayat Muslim (2035)]

Selain itu, beliau menyatakan lagi cara menjilat jari adalah bermula dengan jari tengah, kemudian telunjuk dan seterusnya ibu jari. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثِ: بِالْإِبْهَامِ، وَالَّتِي تَلِيهَا، وَالْوُسْطَى، ثُمَّ رَأَيْتُهُ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا، وَيَلْعَقُ الْوُسْطَى، ثُمَّ الَّتِي تَلِيهَا، ثُمَّ الْإِبْهَامَ

Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Kemudian, aku juga telah melihatnya menjilat tiga jarinya sebelum menyapunya (membersihkannya). Baginda SAW menjilat jari tengah, kemudian selepas daripada itu (jari telunjuk) dan juga ibu jari. 

[Riwayat al-Thabarani di dalam al-Awsath (1649)] [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 76-77/21]

Subhanallah, Islam itu adalah agama yang serba lengkap.  Setiap yang datang dari Rasulullah SAW pasti akan ada hikmah dan kebaikannya. Sesungguhnya, Nabi Muhammad S.A.W adalah suri teladan bagi seluruh umat yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan.

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Tertidur Ketika Mendengar Khutbah Jumaat

Soalan : Apakah hukum tertidur ketika mendengar khutbah Jumaat?

Jawapan :

Hari jumaat merupakan penghulu segala hari, bahkan ia juga merupakan hari yang sangat isteimewa bagi umat Islam. Sesungguhnya pada hari Jumaat, umat islam telah diperintahkan untuk menunaikan solat Jumaat. Solat Jumaat merupakan perhimpunan mingguan umat Islam secara besar-besaran, dan disitulah umat islam duduk bersama mendengar Khutbah yang akan disampaikan oleh Khatib untuk menambah ilmu pengetahuan, menerima nasihat dan tunjuk ajar serta meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Namun, para Fuqaha mempunyai pendapat yang berbeza tentang hukum diantara wajib dan juga sunat. Namun menjadi keutamaan untuk mereka yang hadir mendengar khutbah dengan teliti.

Secara umumnya, terdapat dua perkara yang menyebabkan seseorang itu lagha ketika solat jumaat adalah,

Pertama: Perkataan

Semasa khutbah sedang berlangsung, sebarang ucapan dan perkataan yang berlaku akan menyebabkan seseorang itu lagha.

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ‏ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ ‏

Maksudnya: Apabila kamu berkata kepada sahabat kamu: “Diamlah” ketika imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah lagha.

Riwayat Al-Bukhari (934)

Hadis ini menjadi dalil penguat bahawa sebarang ucapan adalah dilarang sama sekali ketika khutbah jumaat sedang berlangsung. Para ulama telah memberikan pengertian bagi lagha adalah:

  1. Tidak mendapat sebarang pahala
  2. Fadilat Jumaat seseorang itu terbatal
  3. Solat Jumaatnya menjadi solat Zohor sahaja

Kedua: Perbuatan Anggota Badan

Antara perkara yang akan melaghakan seseorang ketika khutbah jumaat adalah apabila melibatkan sebarang pergerakkan dan perbuatan sehingga menyebabkan seseorang itu hilang fokus. Berdasarkan riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Maksudnya: Sesiapa yang berwuduk dan dia perelokkan wuduknya, kemudian dia pergi menuju solat jumaat serta mendengar (khutbah) dengan teliti, dan diam (semasa khutbah), akan diampunkan dosa-dosanya dalam tempoh antara dirinya dan juga hari jumaat (yang akan datang), serta pertambahan 3 hari lagi. Dan sesiapa yang bermain dengan batu kecil, maka dia telah lagha.

Riwayat Muslim (857)

Berdasarkan hadis ini dapat difahami bahawa perbuatan bermain-main batu kecil ketika khatib memberikan khutbah adalah dilarang kerana mampu menjadikan pelakunya lagha. Hal ini juga mampu dikaitkan dengan bermain telefon, tidur, makan, minum dan lain lain yang menganggu fokus dan tumpuan ketika mendengar Khutbah.

Maka, dapat disimpulkan disini bahawa tidur ketika khutbah berlangsung adalah dilarang kerana ia akan menggangu fokus ketika mendengar Khutbah Jumaat. Oleh itu, perkara ini sangat ditegah kerana ia akan melalaikan pendengarnya. Namun sekiranya ia tidur dengan tidak sengaja, maka ia tidak termasuk didalam larangan tersebut.

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Tips Kewangan Efektif

Sebagai pelajar Universiti atau pekerja yang baru menceburi alam pekerjaan, kita sangat mementingkan nilai samada kecil atau besar. Dengan jumlah tanggungjawab dan komitmen yang semakin bertambah selari dengan usia yang semakin meningkat, maka adakah pengetahuan dan pengurusan kewangan kita juga meningkat?

1. Menabung

Mulakan tabiat simpanan ke dalam akaun walaupun dengan jumlah kecil. Untuk memastikan kewangan kita didalam keadaan yang stabil, maka teknik menyimpan ini haruslah dilakukan secara berdisiplin.

2. Elakkan Berhutang

Elakkan berhutang atau menangguh pembayaran. Hal ini kerana, kerap berhutang akan menyebabkan  hutang tersebut bertambah dan tidak akan mampu menyelesaikan masalah kewangan dengan baik, sekaligus akan semakin berkurang wang simpananya. Pastikan setiap hutang direkod untuk mengelakkan sebarang penipuan.

3. Catat Setiap Wang Keluar Masuk.

Sediakan buku nota kecil dan catat setiap sen yang keluar, atau lebih mudah sekiranya kita menggunakan aplikasi money changer. Mengapa pentingnya mencatat setiap yang sen yang keluar? Hal ini demikian kerana, kita dapat mengenalpasti kemana wang dikeluarkan dan digunakan.

4. Mengutamakan Keperluan

Antara perkara penting dalam menguruskan kewangan adalah dengan tidak berboros. Hal ini demikian kerana, mengutamakan keperluan daripada kehendak akan membantu kita dalam berjimat .

Tips Untuk Memahami Al-Quran

Membaca Al-Quran dapat memberi ketenangan, apatah lagi sekiranya kita dapat memahami isiNya. Bahkan prinsip untuk memahami Al-Quran juga adalah perlu difahami secara kontekstual.

1. Betul Dan Luruskan Niat.

Antara perkara yang paling penting untuk kita memahami Al-Quran adalah dengan membetulkan segala niat kita. Hal ini demkian kerana, Sabda Rasulullah juga menegaskan tentang pentingnya sesuatu niat untuk melakukan setiap perkara.

2. Membaca Terjemahan Al-Quran

Selain itu, untuk memahami konteks Al-Quran, kita hendaklah membaca terjemahan Al-Quran. Mengapa pentingnya membaca terjemahan Al-Quran? Kerana, memahami isi kandungan Al-Quran ini sangat penting, terutama sekali bagi mereka yang tidak mampu memahami Bahasa Arab dengan baik.

3. Tadabbur Al-Quran

Seterusnya adalah dengan mentadabbur isi kandungan Al-Quran. Tadabbur tidak memerlukan seseorang itu memenuhi syarat-syarat tertentu kecuali kefahaman secara umum tentang satu-satu ayat. Hal ini kerana Allah SWT telah menjadikan al-Qur’an itu mudah untuk difahami secara umum. Allah telah berfirman di dalam surah Muhammad ayat 24

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maksudnya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

4. Membaca Tafsir

Disamping itu, membaca tafsir dari kitab tafsir. Tafsir merupakan satu cabang ilmu khas untuk mengetahui makna sebenar ayat-ayat Allah SWT. Tetapi, bagi mereka yang baru hendak mempelajari ilmu tafsir, maka hendaklah mereka merujuk kepada para guru yang pakar untuk mendalami ilmu tafsir ini.

5. Mempelajari Bahasa Arab

Untuk memahami lebih baik isi kandungan Al-Quran, maka kita sangat digalakkan untuk mempelajari Bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, ia akan mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca.

Tips Sihat Mengikut Rasulullah

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu suri teladan bagi seluruh umatnya. Hal ini demikian kerana segala perkara atau sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah ini akan memberi manfaat dan kebaikan yang banyak. Hal ini juga termasuk didalam bahagian bagaimana Rasulullah menjaga kesihatan.

1. Bangun sebelum subuh

Rasulullah sentiasa mengajalk umat Baginda untuk bangun sebelum subuh dengan mempersiapkan diri terlebih awal untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Hikmah yang dapat diambil apabila bangun sebelum subuh adalah kita dapat menghirup kesegaran udara subuh.

2. Mengosok gigi menggunakan siwak

Manfaat menggunakan siwak ialah membersihkan mulut, menguatkan gusi, menghilangkan kahak, menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan suara, membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan percakapan, mencergaskan bacaaan zikir dan solat, dan menghindar mengantuk.

Antara hikmah bersiwak yang dinukilkan oleh Imam Hajar ‘Asqalani dalam kitab Fath al-Bari:

قَالَ بن دَقِيقِ الْعِيدِ الْحِكْمَةُ فِي اسْتِحْبَابِ السِّوَاكِ عِنْدَ الْقيام إِلَى الصَّلَاة كَونهَا حَالا تَقَرُّبٍ إِلَى اللَّهِ فَاقْتَضَى أَنْ تَكُونَ حَالَ كَمَالٍ وَنَظَافَةٍ إِظْهَارًا لِشَرَفِ الْعِبَادَةِ

“Berkata Ibn Daqiq al-‘Eid: Hikmah disunatkan bersiwak  mendirikan solat  kerana waktu solat merupakan waktu mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka seseorang perlu dalam keadaan sempurna dan bersih  untuk mezahirkan kemuliaan ibadah.

Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/376).

3. Gemar Berjalan kaki

Rasulullah SAW sentiasa berjalan kaki ke masjid, pasar, dan mengunjungi sahabat. Apabila kita kerap berjalan kaki, peluh pasti akan mengalir, roma akan terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar sekaligus akan mencegah penyakit jantung.

4. Tidur Miring ke Kanan

Rasulullah SAW bersabda,


ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

 …kemudian berbaringlah kamu di atas lambung kamu di sebelah kanan.

Riwayat Al-Bukhari (247) & Muslim (2710)

Posisi tidur Nabi SAW adalah miring kesebelah kanan, kemudian beliau berbalik bertumpu sedikit pada sisi kiri agar proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya lambung di atas hati. Kemudian beliau kembali tidur bertumpu pada sisi kanan lagi, agar makanan segera larut dari lambung. Jadi posisi permulaan dan posisi terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan.

Tips Keluarga Sakinah

Keluarga merupakan komponen penting bagi pembentukan masyarakat seterusnya membawa kepada pembentukkan negara. Bahkan, keluarga sakinah merupakan impian semua insan yang berkeluarga atau yang bakal berkeluarga.

1. Menggalakkan minat dan hobi ahli keluarga.

Setiap manusia mempunyai minat dan hobi yang berbeza. Bahkan ahli keluarga walaupun mempunyai ikatan darah yang sama, tetapi setiap dari mereka pasti mempunyai hobi dan minat yang berbeza. Maka, pentingnya menggalakan dan memberi semangat terhadap minat dan hobi ahli keluarga kita.

2. Ucapan penghargaan.

Ucapkanlah terima kasih kepada ahli keluarga kita apabila ahli keluarga membantu kita. Bahkan, ucapan penghargaan ini sangat penting untuk menganggap bahawa segala yang kita hadapi sepanjang kehidupan adalah suatu anugerah, sentiasa mengambil peduli akan betapa bertuahnya kita disebabkan semua yang ada di sekeliling.

3. Menjadikan Rasulullah sebagai model.

Antara perkara yang penting untuk mengekalkan keluarga sakinah adalah dengan menjadikan Rasulullah sebagai Mauizatul Hasanah(Contoh terbaik). Menghidupkan sunnah Rasulullah di dalam kehidupan harian dapat menjadikan keluarga kita sentiasa akan membawa kepada ketenangan dan kebahagiaan.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 iaitu;

Maksudnya, “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

4. Amalkan mesyuarat keluarga

Amalan bermusyawarah dapat membantu ahli keluarga dari terus berada di dalam konflik yang berterusan atau mengelakkan ahli keluarga berkecil hati dan bermasam muka. Hal ini demkian kerana, perasaan suka memendam akhirnya akan menjadikan seseorang itu memberontak pada akhirnya. Maka, bermusyawarah adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah didalam keluarga.

dan Allah telah mensyaratkannya dalam urusan keluarga seperti mana firman-Nya:

فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ

Maksudnya: “Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya);”

(Surah al-Baqarah: 233)

Maka Allah telah mensyariatkan dengan ayat-ayat yang telah disebutkan tadi perlaksanaan musyawarah pada pelbagai lapisan maslahat; iaitu maslahat keluarga, kabilah, negeri dan maslahat umat keseluruhan.”

Rujuk Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir (4/147-148)

Tips Mudah Hilangkan Mengantuk Ketika Belajar.

Sering mengantuk ketika belajar? Ini tips mudah untuk hilangkan mengantuk ketika belajar.

Bagi yang sedang berada di alam persekolahan atau university, suasana kelas sudah pasti akan membuat ramai pelajar yang mengantuk.

Ramai yang menyalahkan buku dengan mengatakan buku tersebut bosan, atau tidak kurang juga mereka yang menunding jari kepada guru kononnya guru tersebut tidak kreatif ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Walau apapun alasan yang kita lontarkan, masalah mengantuk ketika belajar ini harus diatasi.

1. Tidur Yang Cukup

Antara masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah tidak mempunyai waktu tidur yang cukup. Apabila tidur tidak mencukupi, maka sekaligus badan akan menjadi lemah maka, jangan amalkan tabiat suka tidur lewat, hal ini demikian kerana, pelajar yang tidak mempunyai waktu tidur yang baik membuktikan bahawa dia tidak mengatur jadual hariannya dengan baik.

2. Jaga Pemakanan

Makanan membekalkan tenaga, tetapi sekrianya kita tidak mampu menjaga pemakanan yang baik akan menimbulkan pelbagai masalah. Antara cara untuk mengurangkan rasa mengantuk ketika belajar ialah tidak mengisi perut sehingga terlalu kenyang. Ini akan menyebabkan perut memerlukan masa untuk menghadamkan makanan tersebut. Proses ini amat memerlukan masa dan tenaga. Makanlah sekadar keperluan untuk mengisi perut yang kosong.

3. Elakkan Tekanan Emosi

Tekanan emosi akan menyebabkan gangguan pada emosi, bahkan ia jua akan memberi kesan kepada fizikal. Uruskan emosi dengan baik. sekiranya masih berlarutan, berjumpa dengan psikiatri adalah solusi yang terbaik.

4. Berdoa

Jangan lupa selitkan doa sebelum belajar supaya kita sentiasa diberikan semangat dan kekuatan untuk belajar tanpa mengantuk. In shaa Allah, Allah akan membantu mereka yang sentiasa berdoa kepadaNya.

Hidupkan Jiwa, Didik Minda dan Rohani Manusia Dengan Al-Quran

Al-Quran merupakan panduan yang utama bagi umat Islam dalam segenap aspek kehidupan. Al-Quran berupaya menjadi inspirasi dan pembangkit semangat bagi masyarakat Islam untuk mencapai kejayaan kecemerlangan di dunia dan akhirat dengan memalui amalan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

Allah berfirman di dalam Al-Quran,

هَذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّقَوْمِ يُوقِنُونَ

“Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).”

(Surah al-Jathiyah, ayat 20)

Pelbagai usaha dilakukan sebagai inisiatif untuk memupuk budaya mencintai dan mendekati Al-Quran perlu diteruskan dan dipergiatkan dalam kalangan masyrakat Islam walau berdepan dengan cabaran yang besar.

Aktiviti-aktiviti untuk menyampaikan mesej dakwah Islam perlu diperluaskan kepada golongan masyarakat bukan Islam agar golongan ini juga dapat menikmati tentang keindahan dan nilai Rahmah Islam.

Apabila Al-Qur’an dikatakan sebagai ‘pandangan’ kepada manusia, itu bermaksud tanpa Al-Qur’an, kita diibaratkan seperti buta. Apabila kita tidak dapat melihat, tentu kita tidak dapat menemui jalan dan akan tersesat.

Maka, jika kita tidak mempunyai panduan hidup, pasti akan tersesat di jalanan, bukan? Maka panduan Al-Qur’an ini sangat penting agar kita tidak tersesat di dalam kehidupan. Sekiranya kita sesat, pasti di akhirat kelak kita akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam.

Allahul Musta’an.

Saling Membantu Sifat Orang Bertakwa

Allah SWT berfirman di dalam KalamNya,

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

[Surah at-Tawbah 71]

Menurut Syed Qutb di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran:

“Tabiat orang Islam saling bekerjasama dalam meningkatkan keimanan kepada Allah dan Rasul. Selain itu, mereka juga saling membantu bagi mewujudkan kebaikan dan menolak keburukan. Usaha-usaha seperti ini berupaya mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara manusia khususnya dalam hubungan suami isteri”

sebagaimana Rasulullah SAW bersabda,

“المؤمن للمؤمن كالبنان يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا”

Seorang mukmin bagi orang mukmin lain sama dengan bangunan, sebahagian darinya mengikat sebagian yang lain. Lalu Rasulullah SAW. merangkumkan jari-jemari kedua telapak tangan­nya.

Apabila setiap peribadi itu berjaya dibentuk maka pastilah seluruh masyarakat itu lahir menjadi baik kerana masyarakat itu diibaratkan seperti batu bata yang membentuk sebuah bangunan.

Justeru itu, jiwa dan hati setiap individu muslim itu memerlukan roh Al-Quran supaya ia menjadi terang benderang dan mudah diislahkan supaya mampu bangkit untuk membangun dan memimpin dunia menuju keamanan dan kesejahteraan.

Allah Sebagai Pelindung

Allah SWT berfirman,

إِنَّ وَلِـِّۧیَ ٱللَّهُ ٱلَّذِی نَزَّلَ ٱلۡكِتَـٰبَۖ وَهُوَ یَتَوَلَّى ٱلصَّـٰلِحِینَ

“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”

[Surah al-A’raf 196]

Allah Maha Berkuasa sebagai pelindung dan pemelihara kita. Sesungguhnya tiada kuasa lain yang mampu melindung dan memelihara kita dari sebarang perkara selain Allah.

حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِیلُ

“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”

[Surah Aali Imran 173]

Dalam ayat ini, Allah swt mengatakan bahawa, NabiNya berkata kepada para penyembah berhala bahawa yang melindungi dan memelihara baginda ialah hanyalah Allah SWT. Hanya Allah yang berkuasa memberi perlindungan, bukannya berhala dan patung yang mereka sembah.

Di samping itu, Allah turut memelihara dan menjaga orang-orang soleh dan orang-orang mukmin yang sentiasa beramal soleh dan melakukan kebaikan. Sekiranya kita mahukan pertolongan dan perlindungan Allah, maka hendaklah kita sentiasa memelihara setiap perintah yang Allah tetapkan dan sentiasa melakukan kebaikan.

Antara perkara kebaikan yang boleh kita lakukan agar kita tergolong di kalangan hambaNya yang soleh, antaranya:

1. Meninggalkan perkara yang dilarang seperti mengumpat, berbohong dan mencerca orang lain
2. Memperbanyakkan sedekah
3. Melazimkan diri dengan bacaan al-Quran
4. Menjamu makan orang yang berbuka puasa
5. Basahkan lidah dengan beristighfar, berselawat, berzikir dan berdoa.
6. Banyakkan bertaubat
7. Menghidupkan malam dengan ibadah sunat (Qiamullail)
8. Menyantuni dan menggembirakan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang sakit.
9. Membayar zakat
10. Beriktikaf dan bermunajat.
11. Menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu
12. Menunaikan solat fardhu secara berjemaah
13. Membantu ibubapa dan ahli keluarga
14. Dan melakukan apa sahaja kebaikan dan kebajikan.

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”

[Surah an-Nahl 97]

Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan, pembelaan, pemeliharaan dan pertolongan Allah swt di dunia dan di akhirat.

Rujukan: Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Kewajipan Berwuduk

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran,

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُوا۟ وُجُوهَكُمۡ وَأَیۡدِیَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَكُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَیۡنِۚ

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” [Surah al-Ma’idah 6]

Berdasarkan ayat diatas ini adalah berkenaan dengan seruan Allah untuk menjelaskan mengenai syariat berwuduk ketika mendirikan solat kepada orang beriman. Hal ini demikian kerana, suci daripada hadas merupakan salah satu syarat sahnya solat. Tanpa wudhuk solat itu tidak sah dan tidak akan diterima.

Rasulullah saw bersabda:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوءَ لَهُ وَلاَ وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِ

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudhuk. Dan tidak ada wudhuk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah swt atasnya.” (HR Abu Dawud)

kita dituntut berwudhuk ketika ingin mendirikan solat, bahkan ia turut dituntut ketika kita hendak tidur. Nabi saw bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَبِيتُ عَلَى ذِكْرٍ طَاهِرًا، فَيَتَعَارُّ مِنَ اللَّيْلِ فَيَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

“Tiada seorang Islam yang tidur dengan berzikir dan dalam keadaan taharah, kemudian dia terjaga pada waktu malam, lalu dia memohon kepada Allah kebaikan di dunia dan akhirat, kecuali Allah swt perkenankan hajatnya” (HR Abu Daud dan Ibn Majah)

Sayidina al-Bara’ bin ‘Azib r.huma, katanya: Rasulullah saw bersabda kepadaku:

إِذَا أَتَيتَ مَضْجَعَكَ فَتَوضَّأْ وضُوءَكَ لِلصَّلاةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلى شِقِّكَ الأَيمَنِ، وقلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ، لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ، فإِنْ مِتَّ. مِتَّ عَلَى الفِطرةِ، واجْعَلهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ

“Apabila kamu datang ke tempat perbaringan, hendaklah kamu berwudhuk seperti wuduk solat, kemudian berbaring atas lambung kanan, dan berdoalah:

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ، لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ

“Ya Allah, aku serahkan diriku padaMu, dan aku serahkan urusanku padaMu. Aku sandarkan belakangku kepadaMu dengan penuh rasa harap dan takut kepadaMu. Tiada tempat bersandar dan selamat selain daripadaMu. Aku beriman dengan kitabMu yang Kamu turunkan, dan nabiMu yang Kamu utuskan.”

Sekiranya kamu mati, nescaya kamu mati di atas fitrah dan jadikanlah rangkuman doa ini sebagai akhir apa yang kamu baca” (HR al-Bukhari)

Didalam Hadis lain, Rasulullah SAW turut bersabda,

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

“Apabila kamu pergi ke tempat perbaringan kamu, maka hendaklah kamu wuduk seperti kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Imam Al-Qadhi ‘Iyadh turut berkata:

“Hadis ini terdapat tiga sunnah, salah satunya berwuduk untuk tidur kerana dibimbangi Allah mematikannya tanpa taharah (tanpa dalam keadaan bersuci). Dan seterusnya supaya mimpinya benar serta jauh dari permainan syaitan dalam mimpinya dan yang menakutkannya. Ketiga, jika dia mati, maka akhir amalannya di dunia adalah bertaharah serta zikrullah”.

Semoga kita tergolong dikalangan orang yang sentiasa berwuduk serta taat dalam melaksanakan Sunnahnya.

Inspirasi Cinta Al-Quran Dari Imam Masjidil Haram

Sebut sahaja Syeikh Abdurrahman bin Abdul Aziz As-Sudais, rata-rata diantara kita sangat mengenali sosok tubuh ini, bahkan mungkin diantara kita yang akan terus terngiang-ngiang ditelinga dengan bacaan alunan Al-Quran imam ini. Imam Syeikh Abdurrahman bin Abdul Aziz As-Sudais merupakan Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Seperti yang kita tahu, Imam Syeikh Abdurrahman bin Abdul Aziz As-Sudais merupakan seorang Hafiz Al-Quran. Semangat cinta Al-Quran dalam diri Imam As-Sudais sudah dipupuk sejak beliau kecil, bahkan sebelum beliau mengenali sendiri apakah itu Imam dan Hafiz.

Didikan dan panggilan dari ibunya sendiri dengan memanggil “ Ya Abdurrahman, Ya Hafidzal Quran, Ya Imamal Masjidil Haram” kerap diulang sehingga rupanya ia telah menjadi satu doa.  Berkatnya doa seorang ibu, yang akhirnya dikabulkan Allah SWT.

Dengan sokongan dari keluarga, doa ibunya yang sangat berkeinginan anaknya menjadi seorang yang bermanfaat untuk ummah, yang mempunyai pendidikan, serta dari kecerdasan As-Sudais sendiri, akhirnya, Imam As-Sudais menjadi seorang hafiz yang berwibawa, berwawasan luas dan berbakti untuk ummah di sebaik-baik tempat.

Semoga Allah turut menjadikan kita dikalangan golongan yang sentiasa mencintai dan memanfaatkan Kalamullah yang agung ini dengan sebaiknya.

Kalau Kita Ada Al-Quran, Kita Ada Segala-Galanya.

Nor Farhatul Fairuzah Panut, sering menjadi bualan selepas menjuari Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61.

Farhatul menjadikan Al-Quran sebagai sahabat pendamping hariannya. Seusai solat subuh, akan bergema suara merdunya mengalunkan ayat suci Al-Quran.

“dahulu, saya pun macam orang lain. Di awal remaja, saya minat Kpop dan menonton televisyen hingga lewat malam. Tetapi apabila meningkat dewasa, saya belajar untuk tinggalkan semua itu. Saya banyakkan masa dengan al-Quran dan bergaul dengan mereka yang cintakan al-Quran.”

Nor Farhatul Fairuzah Panut

Al-Quran adalah kitab suci yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu mukjizat Baginda. Turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk umat manusia sehingga ke hari kiamat.

Farhatul berkata lagi,

“Sesibuk mana pun, tak ada alasan untuk tak baca al-Quran kerana sekarang sudah ada aplikasi di telefon pintar. Jadi kita boleh baca melalui telefon sahaja.

“Rugi sangat kalau kita tidak jadikan al-Quran sebahagian daripada hidup kita. Orang yang ada al-Quran, ada segala-galanya,”

Maka, marilah kita sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita sehingga ke akhir hayat kita. In sha Allah, Al-Quran akan menjadi pembela kita di akhirat kelak.

Pelajar OKU Hafaz 30 Juzuk Menjadi Inspirasi

Ketidaksempurnaan fizikal bukanlah faktor untuk menghalang seseorang itu mencapai kejayaan. Ibarat, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Begitulah apabila untuk menggambarkan perkara yang mustahil untuk dicapai jika mempunyai keazaman dan kesungguhan yang tinggi.

Seorang pelajar lelaki yang berusia 17 Tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran walau ditakdirkan buta sejak kecil. Adam Hussaini Mohd Rosli, Berjaya menjadi antara pelajar terbaik syahadah sempena Majlis Konvensyen Himpunan Huffaz Permata Al-Quran perngkat Nusantara.

“Kesungguhan belajar menggunakan braille sejak sekolah menengah lagi membuatkan saya dapat menguasainya dengan mudah al-Quran dan seterusnya menghafal”

Adam Hussaini Mohd Rosli

Walaupun belia tidak mampu melihat setiap huruf dan baris ayat, beliau mampu membaca dan menulis Bahasa Arab dengan baik. Beliau memperuntukkan sekurang kurang 15 jam sehari untuk membaca Al-Quran menggunakan Braille dan mampu menghabiskan 30 juzuk Quran dalam tempoh masa kurang daripada empat tahun.

Sesungguhnya, setiap kekurangan itu adalah kelebihan bagi setiap orang, bahkan bukan penghalang untuk terus maju ke hadapan.

Semoga Allah menjadikan kita dikalangan orang yang bukan sekadar celik mata, bahkan juga celik hati.

Pahala Besar Bagi Mereka Yang Tidak Berputus Asa Mempelajari Quran.

Anugerah terbesar bagi seorang muslim itu adalah mereka yang mampu membaca Al-Quran, dan tidak pernah meninggalkan ia walau sehari. Namun, bagi mereka yang masih merangkak, buanglah sikap malu untuk teruskan belajar walaupun baru mengenali huruf Hijaiyyah.

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]

Sesungguhnya mempelajari Al-Quran itu, bukanlah perkara yang mudah. Namun, niat dan tekad belajar adalah kunci utama untuk berjaya membaca Al-Quran dengan baik dan lancar.

“Biar gagap, biar merangkak-rangkak untuk belajar, kerana kesusahan untuk belajar Al-Quran juga ada pahala yang besar. Kita usaha untuk betulkan bacaan, tak kira siapa pun kita, kita ummat islam wajib belajar Al Quran”.

PU Amin

Tambah beliau lagi,

“Biar susah di dunia, jangan susah nak menjawab depan Allah nanti. Inshaallah pelan pelan, pasti Allah mudahkan urusan untuk belajar Al-Quran. Nabi sebut sebaik baik manusia adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”.

Jadi, jelaslah Al-Quran bukan sekadar mukjizat tetapi turut memberi kelebihan kepada mereka yang membacanya.

Al-Quran Sebagai Inspirasi Hidup

Kisah-kisah Nabi yang diceritakan di dalam Al-Quran bukan sekadar sebuah penceritaan, bahkan ia juga sebagai panduan dan inspirasi dalam hidup kita.

Menurut Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman, beliau turut berkongsi mengenai rangkuman ibrah dan pengajaran menerusi kisah dalam Al-Quran.

Allah menjadikan satu perempat daripada kisah Al-Quran adalah kisah yang telah berlaku pada zaman lampau. Namun bagi mereka yang mentadabburi dan memahaminya tidak akan merasakan bahawa isi kandungan itu bukan sekadar bacaan, bahkan sebagai panduan dan inspirasi. Apabila bercerita tentang kisah-kisah didalam Al-Quran, sudah tentu ia datang daripada Allah, dan ia bukan rekaan Rasulullah SAW.

Pertamanya, Al-Quran disusun secara kronologi. Sebagai contoh, kisah Al-Sardi yang mana ia disampaikan secara kronologi. Kisah seperti ini menggabungkan antara ayat Al-Quran dan Hadis bermula dengan kelahiran sehingga kewafatan Nabi.

Yang kedua adalah kategori Tafsiri. Iaitu surah surah yang menceritakan atau menyebut kisah seseorang Nabi.

Seterusnya ialah, kategori Tahlili. Iaitu, setiap perkataan mengenai kisah Nabi dikaji secara mendalam dan dianalisis dan disemak apakah maksudnya di dalam Bahasa Arab.

Kategori keempat ialah Al-Adabi, iaitu menggunakan kaedah Nabi dalam Al-Quran lalu dinovelkan.

Kategori kelima adalah dengan menggunakan kaedah Al-Muqran, iaitu perbandingan di mana mereka membandingkan kisah Nabi dengan perkara yang di sebut di dalam kitab.

Kategori keenam ialah berkenaan dengan Kaedah Maudhui, iaitu tentang kisah para nabi yang dipaparkan dalam al-Quran dan penulis menekankan setiap perspektif yang patut diambil untuk sesuatu penulisan itu. Terdapat satu kajian akademik membongkarkan kisah Nabi Yaakub dalam surah Yusuf mengenai 10 tip keibubapaan.

Kategori ketujuh ialah pendekatan ‘al-Wa’zul Irsyadii’ iaitu dengan mengaplikasikan kisah Nabi sebagai motivasi dan inspirasi. Pendekatan ini digunakan dan disyarahkan dengan panjang lebar sehingga individu tersebut ‘jumpa’ apa yang dicarinya selama ini.

Kategori terakhir ialah ‘al-Taklifil Atfal’ iaitu buku yang menyentuh mengenai anak. Inilah antara kaedah penceritaan al-Quran bukan sekadar untuk pembacaan bahkan untuk diambil pengajaran dan inspirasi.

Rujukan: Berita Harian

SKIZOFRENIA

Skizofrenia adalah penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan sel kimia dalam otak (Dopamine).  Ia adalah suatu gangguan Psikosis Fungsional berupa gangguan mental secara berulang dengan gejala-gejala psikotik seperti kemunduran fungsi sosial, fungsi kerja dan perawatan diri. Skizofrenia adalah sejenis kecelaruan otak seperti sawan, nyanyuk dan Multiple Sclerosis. Ia biasanya bermula di kalangan orang yang baru masuk ke alam dewasa.

1. GEJALA SKIZOFRENIA

A) Delusi

Gangguan intepretasi terhadap persepsi atau pengalaman yang dialami dan ia merupakan gejala paling umum. Antaranya adalah berhalusinasi iaitu mengalami gangguan fikiran  melihat atau mendengar perkara yang tidak berlaku. Contohnya mendengar suara-suara ghaib bercakap dengannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain.

B) Gangguan Tingkah Laku

Individu yang mengalami gangguan skizofrenia akan mempunyai perangai yang pelik dan sering berubah-ubah. Individu seperti ini juga kurang berupaya membuat aktiviti harian dengan baik, bahkan suka memencilkan diri dari berinteraksi dengan masyarakat serta tiada motivasi diri

C) Tidak Fokus.

Individu yang mempunyai Skizofrenia juga menghadapi masalah pembelajaran dan kurang dapat memberikan perhatian dan mempunyai masalah daya ingatan.

2. KESAN SKIZOFRENIA

Sekiranya individu itu tidak dirawat, gangguan ini akan berubah ke peringkat kronik. Individu tersebut akan terus memencilkan diri sendiri, tidak menghiraukan keadaan dirinya,malah tiada motivasi untuk meneruskan hidup dan tidak mempunyai perasaan.

3. RAWATAN

A) Rawatan ubat-ubatan psikotropik merupakan rawatan utama pada masa sekarang.

  • Ubat-ubatan ini akan membantu mengawal tanda-tanda gangguan Skizofrenia
  • Ubat-ubatan ini mestilah diambil sepertimana yang diarahkan oleh doktor
  • Ubat-ubatan ini hendaklah terus diambil walaupun keadaan penyakit telah semakin pulih.
  • Rawatan ubat-ubatan ini perlu diambil untuk jangka masa yang lama kerana kemungkinan gangguan Skizofrenia untuk berulang kembali adalah tinggi, terutamanya pada permulaan 2 tahun selepas mendapat penyakit.
  • Doktor akan menasihati pesakit gangguan Skizofrenia dalam tempoh lama mana setiap individu itu perlu terus mengambil ubat.
  • pesakit dinasihatkan supaya tidak teragak-agak untuk berbincang dengan doktor mengenai setiap ubat-ubat yang diambil.

B) Kaunseling individu

  • Dalam sesi kaunseling individu, pakar akan membantu pesakit untuk memahami tentang penyakit ini untuk membolehkan pesakit lebih bersedia menangani penyakit ini. Ia juga membantu pesakit meningkatkan keyakinan dan jati diri.

C) Terapi Berkelompok

  • Terapi berkelompok ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit schizophrenia duduk bersama-sama membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.

D) Pendidikan Kesihatan

  • Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya, cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan upaya ianya tidak berulang kembali.

E) Terapi Keluarga

  • Membantu ahli-ahli keluarga menangani stres semasa hidup bersama pesakit Skizofrenia.

4. PEMULIHAN

Setelah individu itu semakin stabil dengan mengambil ubat, Plan Rehabilitasi perlu diatur supaya individu tersebut mampu keluar menjalani hidup bermasyarakat seperti biasa.

Setiap Jabatan Psikiatri di hospital-hospital besar seluruh negara akan mempunyai pusat pemulihan cara kerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu individu tersebut pulih sepenuhnya serta dapat mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat.

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia

GANGGUAN BIPOLAR

Gangguan Bipolar ialah penyakit mental yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah gangguan perasaan yang melampau. Gangguan Bipolar ini juga dikenali sebagai mania kepada episode Kemurungan. Ia adalah gangguan bahan kimia di bahagian otak yang menyebabkan perubahan yang luar biasa dari segi mood, tenaga, tahap aktiviti dan keupayaan menjalankan tugas harian.

1. Punca Gangguan Bipolar

Antara punca gangguan Bipolar adalah faktor Psikosial iaitu menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian serta pengambilan dadah dan alkohol yang berlebihan.

Selain itu, sejarah keluarga atau genetik seperti individu tersebut mempunyai keluarga terdekat yang menghidap gangguan bipolar akan cenderung untuk menghidapi penyakit yang sama. Namun harus diingatkan, tidak semestinya kebanyakkan orang akan menghidap perkara yang sama walaupun keluarganya mempunyai sejarah gangguan Bipolar.

Seterusnya adalah ketidakstabilan bahan kimia dalam badan seperti paras norepinephrin yang tidak stabil. Sesetengah kajian mengatakan bahawa tahap neurotransmitter yang rendah atau tinggi seperti serotonin, norepinephrine, atau dopamin adalah penyebab kepada gangguan Bipolar.

Disamping itu, pengambilan ubat-ubatan juga adalah penyumbang kepada gangguan Bipolar seperti ubat-ubatan untuk kemurungan, darah tinggi dan steroid.

2. Simptom Gangguan Bipolar

Antara simptom gangguan Bipolar ialah mempunyai perasaan yang terlalu gembira, keyakinan yang lebih dari kebiasaan, cepat merasa marah, kesedihan yang melampau, mempunyai perasaan bersalah dan akhirnya tidak dapat menikmati kehidupannya sendiri.

Seterusnya adalah faktor pemikiran, iaitu fikiran yang tidak tenang, tidak dapat memberi tumpuan dengan baik serta tiada pertimbangan dan sentiasa berfikir perkara yang tidak perlu.

Selain itu, antara simptom gangguan bipolar adalah disebabkan tingkah laku individu tersebut seperti terlalu aktif, kurang selera makan dari kebiasaan, sentiasa merasa letih walaupun tidak melakukan perkara berat dan hilang minat dengan perkara yang disukainya.

3. Rawatan Gangguan Bipolar

Terdapat beberapa rawatan untuk mengawal gangguan Bipolar. Antaranya adalah dengan pengambilan ubat-ubatan. Contohnya adalah penstabil mood seperti lithium.

Selain itu, adalah dengan menjalani rawatan psikoterapi. Rawatan psikoterapi merangkumi :

  • Yang pertama, psychoeducation seperti menjalani sesi kaunseling untuk membantu individu yang mengalami gangguan bipolar ini menguruskanya.
  • Yang kedua adalah terapi interpersonal dan irama sosial seperti memberi tumpuan untuk mengawal tabiat harian seperti tidur.
  • yang ketiga, terapi tingkah laku kognitif iaitu berbincang tentang cara untuk menguruskan gangguan bipolar. Rawatan ini akan membantu individu untuk memahami corak pemikiran dan melukis strategi untuk mengatasi masalah secara positif.

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia

KEMURUNGAN

Kemurungan  merupakan gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dengan aktiviti harian bahkan ia akan berlarutan sehingga sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Penyakit ini boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira jantina, umur dan bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Sekiranya ia tidak ditangani secara baik, ianya kemungkinan akan membawa kepada tindakan membunuh diri.

1. Penyebab/Punca Kemurungan  

Antara penyebab atau punca kemurungan adalah keturunan, iaitu jika seseorang itu mempunyai keluarga yang pernah menghadapi kemurungan atau tinggal bersama mereka yang menghidapi masalah yang sama. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti sesetengah jenis ubat darah tinggi juga mampu mencetuskan kemurungan dan ianya akan terhenti apabila pengambilan ubat itu dihentikan. Seterusnya, corak pemikiran seseorang seperti bagaimana persepsi individu kepada diri sendiri terhadap kehidupannya. Akhir sekali, adalah penyalahgunaan dadah atau ketagihan dadah yang juga merupakan salah satu punca mengapa berlakunya kemurungan.

2. Tanda-Tanda Kemurungan

Antara tanda-tanda kemurungan adalah mempunyai perasaan kosong yang berpanjangan, serta hilang minat dengan hobi yang kebiasaanya menarik perhatian. Individu yang mempunyai kemurungan juga akan merasakan tidak bertenaga dan mudah merasa letih serta mudah berputus asa, bahkan mereka yang merasakan diri sendiri tidak berguna dalam kehidupannya juga merupakan salah satu diantara tanda-tanda yang mencetuskan kemurungan. Seterusnya, pesakit yang mempunyai kemurungan ini juga akan kerap mengalami gangguan tidur, mudah merasa cemas dan fobia, tidak tenteram dan mudah untuk merasa marah.

3. Langkah Pencegahan Kemurungan

Individu yang mengalami kemurungan boleh mendapatkan rawatan atau bantuan daripada mereka yang lebih berkelayakan seperti Doktor, Ahli Psikologi atau Ahli Psikiatri.

Selain itu, individu ini hendaklah sentiasa bersikap positif dan cuba untuk bertenang ketika menghadapi sesuatu perkara serta mengamalkan gaya hidup yang sihat atau lakukan aktiviti yang disukainya.

4. Kesan Kemurungan

Diantara kesan sekiranya bantuan tidak diberikan akan mendatangkan banyak keburukan seperti kesan ke atas fizikal, psikologi dan sosial.

Kesan keatas fizikal adalah masalah kurang berat badan atau mempunyai masalah kegemukkan, gangguan kitaran haid yang tidak teratur seperti kebiasaan dan anemia iaitu sentiasa kelihatan pucat.

Kesan ke atas psikologi pula ialah individu akan mempunyai perasaan rendah diri seperti tidak yakin dengan diri sendiri dan mempunyai risiko untuk membunuh diri.

Akhir sekali, antara kesan kepada sosial ialah sekiranya individu tersebut adalah pelajar sekolah, kemungkinan yang akan dihadapinya adalah pencapaian sekolah yang semakin merosot dan seterusnya membawa kepada tabiat ponteng sekolah. Selain itu, kesan kepada sosial juga adalah ia akan menjurus kepada penyalahgunaan dadah dan pengambilan minuman keras yang memabukkan.

Rujukan : Kementerian Kesihatan Malaysia