5 perkara yang perlu difahami dalam hidup:
- Sejahat-jahat manusia pasti ada sekelumit rasa untuk berubah menjadi baik.
- Apabila mati orang tuamu, maka hilanglah satu doa yang mustajab.
- Adik-beradik dan saudara mara merupakan aset terdekat untuk kita berbuat kebajikan dan memberi kebaikan.
- Jika rakanmu berbuat salah, tentu sedikit sebanyak hatinya berasa menyesal dan ingin membetulkan kesilapannya.
- Allah maha besar rahmatNya, meski dosamu tinggi melangit, namun pengampunannya seluas alam semesta.
Hidup ini sangat singkat, tidak perlu untuk bermasam muka. Jika berselisih faham, segera jernihkan ia. Jika ingin berbuat kebaikan, jangan berkira, tak perlu ditangguh atau berfikir lama.
Jagalah silaturrahim kerana kelak ia akan menjadi kenangan semata-mata.
Senyumlah dan maafkanlah orang-orang yang bersalah kepadamu, kerana seburuk-buruk sikapnya, pasti ada sekelumit rasa bersalah atas perilakunya.
Sentiasalah memohon rahmat dan pengampunan Allah kerana kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia.