Tips Perniagaan Maju Daripada Hassan Al Basri

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya,

lalu berpesan,”Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

๐Ÿ’ฅ Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

๐Ÿ’ฅBila kamu berniaga, jangan kena matahari.”

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik.

Lalu bertanya,Si ibu : “Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?”

Jawab si adik: “Saya ikut pesanan ayah.”

Si ibu : “Apakah pesanan ayahmu?”

Jawab si adik : “Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.”

Pesan ayah lagi, “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.”

“Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

“Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula,

lalu bertanya.Si ibu : “Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?”

Jawab si abang : “Saya ikut pesan ayah.”

Si ibu : “Apa pesanan ayahmu?”

Jawab si abang: “Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG.

Jadi , semua saya JUAL TUNAI.

Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.”

“Kedua , ayah berpesan. “KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI.” Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.”โœ๐Ÿป

Ibadah yang Sangat Hebat dalam 1 Minit

#1 Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa. Rasulullah ๏ทบ bersabda: “Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Ahmad). Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, InsyaAllah kita akan memperolehi rumah di Syurga

#2 Berselawat Kepada Rasulullah ๏ทบ

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa bersholawat kepada baginda Rasulullah kerana bagi setiap sholawat, Allah akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya. “Barangsiapa yang bersholawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda”. (Hadis Riwayat Muslim)โ€Žุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูDi dalam masa satu minit, kita boleh bersholawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan sholawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

#3 Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Allah akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ๏ทบ: “Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad). Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek (ุฃุณุชุบูุฑ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู…)โ€œAstaghfirullah hal adzhimโ€, boleh dilafazkan sekitar 100 kali

#4 Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WASAP sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang. Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.Sabda Nabi Muhammad ๏ทบ: “Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari)

#5 Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu:โ€Žโ€“ ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ูˆ ุจุญู…ุฏู‡ โ€“ โ€Žโ€“ ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู… โ€“ “Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim.” (Hadis Riwayat Muslim). Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

#6 Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, InshaAllah Allah juga akan memberikan doa yang sama buat kita. Rasulullah bersabda ๏ทบ : “Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.” (Hadis Riwayat al-Thabarani)

#7 Sebarkan kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.Moga bermanfaat

Keluarga Contoh Di Dalam Al-Quran

1. Allah memilih untuk menampilkan kisah keluarga Imran sebagai contoh keluarga yang soleh di dalam al-Quran. Antaranya adalah kisah Imran iaitu bapa kepada Saidatina Maryam. Menurut Ibn Asyur, beliau adalah di antara lelaki yang soleh dikalangan Bani Israel. (al-Tahrir wa al-Tanwir, 3/84)

2. Bukan sahaja Imran, isteri beliau turut digambarkan sebagai ibu dan isteri yang solehah. Ini dapat difahami melalui dialog (doa) beliau ketika mengandungkan Maryam. Isteri Imran bernazar agar anak yang dikandungnya menjadi seorang yang melindungi agama dan mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. (al-Tabari, Jamiโ€™ al-Bayan).

3. Berkat doa ibu yang solehah serta ayah yang soleh, mereka dikurniakan anak yang solehah iaitu Maryam. Bukan itu sahaja, Allah menyusun agar guru yang mendidik Maryam juga adalah seorang yang soleh, iaitu Nabi Zakaria (surah Ali Imran: 37).

4. Kisah ringkas yang disebutkan oleh Allah dalam Quran ini menggambarkan kepentingan sinergi gabungan peranan ibubapa dan guru dalam membesar, mendidik serta menghasilkan pelajar yang baik. Walaupun diuji dengan ujian yang amat sukar (Maryam mengandung tanpa berkahwin), Maryam berjaya melalui ujian ini dengan tenang.

5. Kehebatan keluarga ini telah menjadikan nama mereka dipatrikan sebagai salah satu nama surah di dalam al-Quran, iaitu surah Ali Imran. Menariknya disini, Allah turut menampilkan juga contoh keluarga yang tidak baik, yang berlawanan dengan kisah keluarga Imran.

6. Sebagaimana Allah mengkhususkan satu surah untuk keluarga Abu Lahab, Allah telah menggambarkan kedudukan mereka sebagai contoh keluarga yang teruk di dalam al-Quran. Surah ini dimulakan dengan lafaz โ€œcilakaโ€ (tabbat) buat Abu Lahab kerana bukan sahaja memusuhi Islam dan menyakiti Rasulullah, malah isteri serta anak mereka turut membantu dalam perkara ini.

7. Ummu Jamil, isteri Abu Lahab dikatakan bukan sahaja mencaci Rasulullah, malah menabur duri dijalan yang dilalui Rasulullah. Anak mereka yang berkahwin dengan puteri Rasulullah, Utbah (yang berkahwin dengan Ruqaiyah) serta Utaybah (yang berkahwin dengan Ummu Kalthum) disuruh pula menceraikan isteri mereka (iaitu anak-anak Rasulullah).

8. Kejahatan Abu Lahab serta ahli keluarga mereka dalam memerangi Islam kini diabadikan di dalam al-Quran di dalam satu surah khas, sebagai pedoman buat Muslim.

Antara doa yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah

ย ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ู‡ูŽุจู’ ู„ูŽู†ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฒู’ูˆูŽุงุฌูู†ูŽุง ูˆูŽุฐูุฑูู‘ูŠูŽู‘ุงุชูู†ูŽุง ู‚ูุฑูŽู‘ุฉูŽ ุฃูŽุนู’ูŠูู†ูย ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู„ูู„ู’ู…ูุชูŽู‘ู‚ููŠู†ูŽ ุฅูู…ูŽุงู…ู‹ุง

Bermaksud:ย ย โ€œYa Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.โ€ย ย (Al-Furqan : 74)

Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.

Artikel Asal: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Sabar Dan Solat

Allah berfirman di dalam Al-Quran,

ูˆูŽุงุณู’ุชูŽุนููŠู†ููˆุงู’ ุจูุงู„ุตูŽู‘ุจู’ุฑู ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ู„ุงูŽุฉู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ู„ูŽูƒูŽุจููŠุฑูŽุฉูŒ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฎูŽุงุดูุนููŠู†ูŽ

Terjemahannya: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Surah Al-Baqarah: 45

Ayuh kita perhatikan Firman Allah SWT diatas, dimana Allah menfokuskan tentang dua perkara, iaitu Sabar dan Solat. Menurut Ibn Uthaimin, sabar ini mempunyai makna yang luas, malahan ibadah solat itu sendiri termasuk dalam sabar iaitu sabar dalam mentaati dan menurut perintah Allah.

Sabar terbahagi kepada tiga perkara, iaitu yang pertamanya adalah sabar didalam meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengundang kepada dosa dan meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah.

Yang keduanya adalah sabar ketika melakukan ketaatan. sabar ketika melakukan ketaataan meskipun terasa berat oleh jiwa dan tubuh badan. Sabar ketika melakukan ketaatan ini akhirnya akan membawa pahala yang lebih besar.

Ketiga, sabar di dalam mengharungi berbagai macam musibah dan cubaan. Sabar yang sebegini hukumnya adalah wajib, sebagaimana memohon ampun dari perbuatan-perbuatan yang aib.

Manakala solat pula adalah penolong yang paling besar untuk menguatkan diri seseorang di dalam mentaati Allah, seperti yang Allah firmankan di dalam ayat Al-Ankabut 29:45,yang bermaksud,ย 

โ€œBacalah apa yang diwahyukan kepadamu daripada Kitab, dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran. Dan sesungguhnya zikrullah itu adalah lebih hebatโ€.

Diriwayatkan di dalam sebuah hadis,

โ€œAdalah Rasulullah s.a.w., apabila menimpanya sesuatu perkara, maka dia solatโ€.

Demikianlah kebijaksanaan yang terkandung di dalam menjadikan sabar dan solat sebagai penolong dan pembimbing untuk memperoleh belas kasihan Allah serta kebahagiaan dunia dan akhirat).

 Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar